Team Building Di Gopeng Glamping Park Perak
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai pembaca semua... Dah lama Bonde tak pergi Camping tau! Kali ni trip Jabatan Bonde buat Team Building Dekat Goreng Glamping Park, Perak. Jadi Teruja sangatlah nak pergi.
Team Building Di Gopeng Glamping Park, Perak
Nak rasa suasana bercamping bersama officemate pulak...
Gopeng Glamping Park
Bagi anda yang nak tahu info tentang Gopeng Glamping Park...
Dikelilingi oleh Bukit, Sungai, Gua dan Hutan; Gopeng Glamping Park menawarkan pengalaman yang ideal dan unik di tengah-tengah pemandangan alam semula jadi yang menakjubkan, sesuai untuk acara seperti pintu masuk romantis atau perhimpunan hujung minggu bersama keluarga dan rakan-rakan. Dan juga untuk pembinaan pasukan, parti, retret dan perayaan
Gopeng Glamping Park ialah pengalaman perkhemahan luar glamor yang dikendalikan oleh keluarga, memastikan layanan yang paling mesra dan keselesaan seperti di rumah anda
Bersempadan dengan perkampungan Kampung Chulek yang indah dan tenang, Gopeng sebagai salah satu hab pengembaraan-pelancongan terbaik di Malaysia, Gopeng Glamping Park menawarkan beberapa pilihan aktiviti daripada tempat percutian yang tenang dan santai kepada budaya santai, warisan dan aktiviti bersejarah kepada yang paling banyak.
Aktiviti lasak dan pengembaraan untuk penggemar adrenalin, Taman Glamping Gopeng pasti akan memenuhi keperluan dan pilihan tetamunya
Gopeng Glamping Park berbangga dengan hidangan makanan yang disediakan, setiap hidangan disediakan dan dihidangkan dengan kasih sayang dan belas kasihan untuk para tetamu yang datang.
Dengan pelbagai pilihan daripada makanan Melayu tempatan, hidangan oriental hingga masakan barat, Gopeng Glamping Park cuba sedaya upaya memastikan tetamu Gopeng Glamping Park menikmati makanan sepuas hati.
Iternary 3D2N Di Gopeng Glamping Park, PerakDay 1 : Jumaat
9.30 pagi : Loading bag dan semua kelengkapan ke dalam bas10.00 pagi : Bergerak dari Office di Cyberjaya menaiki Bas Pejabat12.30 tengahari : Singgah makan tengahari di Mee Udang Kak Zai, Sungkai, Perak.1.15 petang : Sampai di Gua Tempurung transit naik lori untuk ke Tapak Glamping3.00 petang : Sampai dilokasi Gopeng, Glamping Park (loding bag dan peralatan)3.30 petang : Minum petang/solat4.30 petang : Ice breaking dan penerangan aktiviti/mandi sungai7.30 malam : Solat7.45 malam : Makan malam8.30 malam : Tazkirah dari Bos dan Aktiviti dalam Kumpulan 11.00 malam : Balik ke khemah rehat dan tidur
Day 2 - Sabtu
6.30 pagi : Solat berjemaah7.00 pagi : Aktiviti bebas berjoging dan berbasikal8.00 pagi : Sarapan pagi9.00 pagi : Aktiviti berkumpulan Outdoor (Bola beracun, Keretapi Laju, Belon Air)12.30 tengahari : makan tengahari1.30 petang : Solat2.00 petang : Water Rafting7.30 malam : Solat7.45 malam : Makan malam8.30 malam : Tukar-tukar hadiah - (Surprise cabutan bertuah)11.00 malam : Balik ke khemah rehat dan tidur
Day 3 - Ahad
6.30 pagi : Solat berjemaah7.00 pagi : Aktiviti bebas berjoging dan berbasikal8.00 pagi : Sarapan pagi9.00 pagi : aktiviti bebas12.00 tengahari : Check Out
Jom Bonde bawa explore kawasan Gopeng Glamping Park ni...
Ini adalah area khemah Bonde dan officemate yang lain. Khemah kami berdekatan jadi senanglah kami berhubung antara satu sama lain.
Dan aktiviti malam ada unggun api dan fire show berhadapan dengan khemah kami sahaja.
Khemah disini memang sentiasa terpasang dan tertutup jika tiada sewaan. Kadar sewa khemah anda boleh check dekat sini.
Khemah Bonde ada 2 Katil Queen, muat untuk 4 orang
Pemandangan di bahagian belakang area khemah Bonde
Seterusnya Bonde bawa ke tempat aktiviti
Padang untuk aktiviti Sukaneka dan Memanah
Area trampoline
Tree House
Dekat bahagian atas kami adakan aktiviti indoor games pada belah malam, anda juga boleh main permainan yang disediakan seperti congkak, dam aji, chess dan lain-lain
Hammock TentKalau anda tak selesa nak tidur dalam khemah anda boleh tidur dalam hammock ni.... Bonde pun ada cuba duduk bersantai dalam hammock seronok dibuatnya berbuai-buai lekas betul mata nak lelap
Bicycle Rental
RM 5.00 / 3 HoursSeronok juga sewa bicycle masa aktiviti bebas, Boleh ronda-ronda kampung dan lalu jambatan yang bawahnya ada sungai...
Bersebelahan dengan tempat sewa bicycle ni adalah tempat makan.
Mandi SungaiAir sungai sangat tenang, jernih, bersih dan airnya sejuk , memang seronok sekali... rugi tak rasa nikmat tu yea. Jadi kalau datang sini jangan lupa mandi sungai.
Tandas 5 Bintang
Sebab bersih, ada open dan berbilik jadi tak perlu berebut-rebut untuk mandi
Package Gopeng Glamping Park, PerakKami ambik package 3D2N
Dari Gua Tempurung ke Gopeng Glamping Park
View this post on Instagram A post shared by Zaidalifah Aisheteru 🧕🏻 (@zaidalifah_aisheteru)
Sekitar kawasan Di Gopeng Glamping Park
View this post on Instagram A post shared by Zaidalifah Aisheteru 🧕🏻 (@zaidalifah_aisheteru)
Menu-menu makanan di Gopeng Glamping Park
View this post on Instagram A post shared by Zaidalifah Aisheteru 🧕🏻 (@zaidalifah_aisheteru)
Next Bonde akan kongsikan aktiviti yang Bonde cuba , iaitu water rafting! Ini adalah pengalaman pertama Bonde tau... keterujaan tu lebih ! Jadi anda kena saksikan apa yang terjadi.
Untuk keterangan lanjut dan promosi anda boleh layari :
Laman Web :www.gopengglampingpark.comFacebook :gopengglampingparkInstagram :gopengglampingpark
~ Bonde Senyum Riang ~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.bondezaidalifah.com/2023/01/team-building-di-gopeng-glamping-park.html