Tayar Pancit Kena Paku


Assalamualaikum WBT 



MASA nak masukkan Sup Tulang Merah dalam kereta petang semalam, Sk terperasan tayar belakang sebelah kiri pancit. Allah! Mujurlah Sk hantar STM tu ke kereta awal-awal sebab takut terlupa dan tertinggal. Selalunya, lagi 5 minit sebelum pukul 5 baru bergerak ke kereta. Mujur jugak nak masukkan STM tu ikut pintu sebelah kiri sebab biasa tak banyak barang, terus duduk di kerusi pemandu


Sk terus call anak buah di pejabat, Faiz. Faiz dalam perjalanan balik ke kolej kerana bekerja di luar kawasan. Sk cari nombor telefon Siti, pengajar automotif tapi nombor telefonnya tiada dalam contact. Ialah, Sk kan baru tukar telefon, bukan beli baru  tapi percuma dengan menukar plan baharu celcom. Minta nombor Siti  dari Fidah dan beritahu juga tayar pancit. Telefon Siti tak dapat, Fidah tolong telefon Wan, seorang lagi pengajar automotif, minta bantuan segera


Tak lama, Wan sampai bawa tiga pelajar. Mujur belum waktu pulang  lagi. Masa ni risau jugak tayar spare okey ke tidak. Oh, ni kali kedua tayar sebelah kiri belakang ni kena paku. Kali pertama boleh baca DI SINI.


Nasib baik tayar spare tu okey. Lega sungguh. Wan pesan pergi pam tayar dan jangan lambat-lambat tampal tayar asal dan tukar semula dengan tayar spare. Sk minta Pak Inche teman ke kedai tayar di Taman Mutiara Pulai, suruh PI bersiap-siap



Teringat ada kedai tayar sebelah Pet Outlet dekat Taman Pulai Makmur. Masa lalu nampak kedainya buka, terus singgah. Cakap PI tak jadi ambil dia sebab dah jumpa kedai tayar, baiklah terus buat. Sebenarnya dua kali jumpa kedai tayar buka tapi tak yakin nak singgah, huhu


Nasib baik cedera ringan jer. Keluarkan paku dan tampal. Kemudian dia rendam tayar dalam air cari kot-kot ada bocor di tempat lain, syukur tak ada


Oh, kedai tayar sendiri rupanya, hahaha


Abang ni muka takde senyum. 

Lepas tampal, tak payah suruh dia tahu apa nak buat. Terus tukarkan semula spare tyre tu dan Sk minta dia tolong pamkan spare tyre sebelum disimpan semula di tempatnya. Jumlah perlu dibayar, RM8

Ya Allah, aku bersyukur bila diuji dan bermuhasabah diri namun janganlah kau timpakan aku dengan ujian yang berat-berat kerana aku tak mampu memikulnya, Ya Allah... Amiiinnn YRA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/07/tayar-pancit-kena-paku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Viral Driver Ojol Temukan Empat Kantong Plastik Berisi Paku Diduga Untuk Ranjau Di Jalan Gatot Soebroto

Viral Driver Ojol Temukan Empat Kantong Plastik Berisi Paku Diduga Untuk Ranjau Di Jalan Gatot Soebroto

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 47 hits
Seorang driver ojek online menemukan banyak paku diduga untuk ranjau bertebaran di Jalan Gatot Subroto
Panduan Dan Cara Baca Kod Tayar Serta Cara Baca Kelajuan Maksima Tayar

Panduan Dan Cara Baca Kod Tayar Serta Cara Baca Kelajuan Maksima Tayar

papar berkaitan - pada 24/6/2024 - jumlah : 76 hits
Cara Baca Kod Tayar Memahami kod tayar dan kelajuan maksimanya adalah penting bagi setiap pemandu Pengetahuan ini tidak hanya memastikan keselamatan di jalan raya tetapi juga membantu anda membuat keputusan yang bijak semasa membeli tayar A...
Aeon Bank Bank Digital Patuh Syariah Pertama Malaysia

Gkb Eurycozin Pilihan Terbaik Untuk Kesihatan Lelaki

Best Dividend Stock Malaysia 2024 Highest Yield

4 Syarikat Multinasional Henti Operasi Di Malaysia

Gip Blackrock Khazanah Jawapan Pmx Hmmmmmm

Mengenali Jenis Panadol Dan Fungsinya

Produk Gkb Lion S Mane Mushroom Baik Untuk Kesihatan Otak

Resepi Kek Batik Agar Agar



Berapakah Tahap Kepanasan Suhu Api Dapur Gas Anda

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Slot Megadrama Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Nuh Dan Nayla Slot Akasia TV3

Resepi Nasi Goreng Seafood Paling Mewah dan Terliur Meriah Ramuan Didalamnya

5 Perangai Pemandu Malaysia Yang Buat Memandu Jadi Tak Seronok


Supplement Yang Nieyl Makan Sekarang

Filem Gelora

Segenggam Kekuasaan Dan Segudang Kebenaran By Dr Hm Rakib S H M Ag D

2 Cara Dapatkan Sijil Kursus Canva Dalam Kemahiran Grafik Designer Untuk Pelajar Dan Guru

6 Coffee Maker Terbaik Bawah Rm150 Untuk Pencinta Kopi

Dolar Australia Dijangka Mengukuh