Tawas Hilangkan Masalah Air Telaga Berbau
Tawas adalah kelompok garam berhidrat berupa kristal. Ia bahan semula jadi seperti garam dan mineral lain. Memandangkan bentuknya seperti batu, maka ia lebih dikenali sebagai batu tawas.
Batu tawas telah digunakan oleh manusia sejak zaman dahulu untuk pelbagai tujuan atau kegunaan. Salah satu kegunaan tawas paling banyak dimanfaatkan ialah untuk mengatasi masalah air telaga berbau atau keruh.
Masalah air berbau dan keruh kerap berlaku terutama telaga yang baharu digali atau yang sudah lama tidak digunakan. Masalah air berbau juga sering terjadi ketika musim kemarau.
Penggunaan tawas dapat menghilangkan masalah air telaga berbau. Ambil kira-kira 200 gram tawas dan dimasukkan di dalam telaga. Biarkan ia larut. Tunggu sehingga tiga hingga empat jam untuk lihat keberkesannnya. Untuk mudah larut, guna tawas dalam bentuk serbuk.
Jika masih tidak elok, boleh tambah tawas lagi. Penggunaan tawas tidak mendatangkan bahaya.
Unsur tawas akan 'mengikat' bau yang tidak menyenangkan dan menjadikan air lebih jernih. Boleh digunakan untuk telaga, kolam, telaga tiub, tangki dan sebagainya. Ia juga digunakan untuk “membersihkan” kolam ikan.
Tawas juga digunakan untuk menghilangkan bau badan yang tidak menyenangkan, terutama di bahagian bawah ketiak.
Tawas juga digunakan sebagai bahan penjagaan badan;- Mencerahkan kulit bawah ketiak dan celah paha.- Melembutkan bahagian bawah ketiak dan celah paha.- Menghilangkan bulu-bulu halus di badan.- Mengurangkan rasa gatal di bahagian badan.- Antibakteria
Penggunaan tawas bukannya terus kerkesan 100 peratus. Kalau hendak mencerah kulit bawah ketiak dan melembutnya, perlu mengambil masa. Ia perlu diguna secara berterusan.
Namun tidak sukar untuk diamalkan. Niat untuk mencerahkan dan menghaluskan kulit bawah ketiak sebenar dilakukan bersama-sama tujuan untuk menghilangkan bau ketiak dan badan yang tidak menyenangkan.
Begitu juga untuk mengurangkan bulu ketiak, dapat dilakukan untuk tujuan menghilangkan bau badan, menghaluskan dan memutihkan bawah ketiak dan menghapuskan bakteria. Jadi, ia memberi kesan berganda untuk pelbagai tujuan.
Cara penggunaan:Tawas ketul digunakan dengan cara membersihkan kawasan yang ingin ‘dirawat’ atau membasahkan. Sebab itu, sesuai diamalkan selepas mandi. Tidak perlu lapkan kawasan yang ingin disapukan tawas. Basahkan tawas dan terus disapukan kepada bahagian berkenaan. Biarpun ia kering dengan sendiri.
Boleh juga guna tawas bebentuk serbuk. Ia dilumurkan terus ke bahagian kulit seperti penggunaan bedak. Boleh juga dicampurkan dengan air dan dibiarkan larut. Gunakan larutan itu untuk disapu di bahagian badan. Larutan itu juga boleh dimasukkan ke dalam penyembur dan kemudian disemburkan di bahagian badan. Ia mengikut keselesaan pengguna.
Tawas juga digunakan untuk membilas buah dan sayur-sayuran agar tahan segar lebih lama.
Makanan yang dicampurkan dengan sedikit tawas akan menjadikan ia tidak cepat basi. Selain itu, tawas dimasukkan ke dalam adunan membuat kuih agar lebih kenyal dan tahan lama.
Tawas digunakan dalam proses menjeruk buah-buahan agar buah kekal ranggup dan kenyal.
Dengan kata lain, tawas banyak kegunaan seperti juga garam. Ia tidak membahayakan kesihatan jika tidak digunakan secara berlebih-lebihan. Mudah kata, anggaplah penggunaannya seperti garam. Kalau menggunakan terlebih garam pasti mendatangkan kesan buruk. Begitu juga penggunaan tawas.
Dapatkan tawas secara dalam talian. Mudah cepat murah. Klik palutan di bawah.
Tawas hancur untuk digunakan rawat air dalam keadaan hancur supaya mudah larut dan cepat memberi kesan. Lebih mudah digunakan, terutama jika ingin digunakan dalam kuantiti kecil.TAWAS RAWAT AIR TAWAS RAWAT AIR TAWAS RAWAT AIR
Tawas ketul sesuai untuk penjagaan badan. Mudah dipegang dan senang disimpan. Mudah dibawa ke mana-mana. TAWAS KETUL TAWAS KETUL TAWAS KETUL
Tawas serbuk kasar. mudah larut dan lebih cepat berfungsi. Lebih mudah untuk digunakan. Keadaan fizikalnya lebih kurang macam garam mesim. TAWAS SERBUK KASAR TAWAS SERBUK KASAR TAWAS SERBUK KASAR
Tawas serbuk halus. Mudah larut dan lebih cepat berkesan. Keadaan seperti gandum.TAWAS SERBUK HALUS TAWAS SERBUK HALUS TAWAS SERBUK HALUS
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bicaramentari.blogspot.com/2024/04/cfv.html