Tawaran Sehingga Rm20 000 Setahun Biasiswa Sarjana Muda Pidm


Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

Tawaran Sehingga RM20,000 Setahun Biasiswa Sarjana Muda PIDM ini sedang dibuka permohonannya sehingga tarikh akhir pada 3 Mei 2021, jam 6.00 petang. Permohanan untuk Biasiswa Ijazah Sarjana Muda 2021 ini terbuka kepada semua pelajar warganegara Malaysia yang memohon untuk atau sedang mengikuti kursus ijazah sarjana muda sahaja.
Anda boleh mengemukakan permohonan anda sebelum menerima sebarang tawaran daripada universiti yang disenarai dan diluluskan oleh PIDM. Walau bagaimanapun, sebarang tawaran biasiswa hanya akan di anugerahkan apabila anda memenuhi semua syarat yang diperlukan dan juga setelah anda memperoleh kemasukan ke salah satu program yang layak di salah satu kolej atau universiti yang diluluskan.
Tawaran Biasiswa Ijazah Sarjana Muda PIDM Program Biasiswa Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan oleh PIDM ini merangkumi:
Sehingga RM20,000 setahun bagi yuran kursus atau kos sebenar, yang mana lebih rendah Sehingga RM2,000 sebagai elaun untuk bahan sokongan pembelajaran, termasuk buku, komputer, alatulis, dan bahan lain bagi setiap semester atau sehingga RM4,000 setahun Elaun maksimum sehingga RM 6,000 setahun atau RM500 sebulan Penerima biasiswa tidak akan terikat untuk berkhidmat dengan PIDM dan tidak dikehendaki membayar balik wang pembiayaan anugerah biasiswa yang diberikan Program Mentor dan Bimbingan Penerima biasiswa akan mendapat sokongan daripada mentor yang terdiri daripada kalangan tenaga kerja PIDM dan alumni penerima biasiswa yang akan
memberi bimbingan dan memantau perkembangan penerima biasiswa secara berterusan sepanjang tempoh program. Penerima biasiswa akan mendapat banyak manfaat daripada pengalaman kumpulan mentor ini. Program Latihan Praktikal Sebagai satu ciri strategik program itu,
penuntut akan ditawarkan peluang program latihan praktikal berbayar selama enam bulan di PIDM untuk mengguna pakai ilmu yang dipelajari dalam konteks operasi (‘Purata Nilai Gred Kumulatif’ sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir). program ini akan membiayai yuran dan elaun di atas sehingga maksimum RM30,000 setahun bagi setiap individu. Semasa tempoh latihan industri dengan PIDM, setiap penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,000. Syarat-syarat Kelayakan Biasiswa ini ditawarkan setiap tahun kepada maksimum 20 pemohon yang berjaya, untuk mengikuti pengajian ijazah sarjana muda sehingga empat tahun di institusi tempatan.
Biasiswa ini terbuka kepada semua penuntut warganegara Malaysia yang memerlukan pembiayaan. Para penuntut yang telah memulakan pengajian ijazah sarjana muda juga layak untuk memohon sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
Anda seorang warganegara Malaysia di bawah umur 25 tahun (pada 1 Januari 2021) dan merupakan penuntut sepenuh masa. Permohonan terbuka hanya kepada pemohon yang sudah melengkapkan kursus Pra-Universiti atau sedang dalam semester terakhir kursus Pra-Universiti. Anda hendaklah mencapai keputusan akademik yang cemerlang dalam peperiksaan SPM (minimum 5A dengan kredit dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan STPM atau setara dengan A-Levels (minimum 2A). Sekiranya anda tiada keputusan STPM atau A-Levels, anda harus mempunyai keputusan peperiksaan Pra-Universiti (seperti asasi, matrikulasi atau diploma) dengan minimum Purata Nilai Gred Kumulatif (“PNGK”) sebanyak 3.50 dan ke atas. Anda seorang penuntut sepenuh masa dan telah diterima masuk ke mana-mana kursus yang berkaitan dengan bidang pengajian yang berkaitan dengan PIDM yang disenaraikan di sini, serta dilulus dan diakreditasi oleh Lembaga Akreditasi Negara (“LAN”), dalam kolej atau universiti yang diluluskan oleh PIDM. Tidak dapat meneruskan pengajian tanpa bantuan kewangan. Tidak menerima biasiswa dan bantuan kewangan lain daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan lain. Tidak pernah diberhentikan atau ditamatkan daripada penerimaan biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan dari mana-mana institusi, organisasi atau yayasan, atas sebab tindakan disiplin ke atas pemohon. Hanya universiti terkemuka seperti yang disenaraikan oleh Quacquarelli Symonds World University Rankings (“QS”) dan Times Higher Education Rankings (“THE”) akan diberi pertimbangan. Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekiranya pemohon memenuhi kriteria kelayakan; bidang pengajian khusus serta senarai kolej dan universiti adalah seperti yang diluluskan oleh PIDM.
Terma dan syarat program biasiswa boleh diubah oleh PIDM mengikut budi bicara mutlaknya dari semasa ke semasa tanpa notis. Sebarang penganugerahan biasiswa adalah mengikut budi bicara PIDM. Rayuan tidak akan diterima.
Prasyarat Senarai prasyarat merangkumi:
Keperluan untuk menyediakan maklumat mengenai pendapatan pemohon dan/atau ibu bapa. Tawaran biasiswa itu akan tertakluk kepada penerimaan terma dan syarat perjanjian biasiswa dengan PIDM. Penerima biasiswa dikehendaki untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam perjanjian biasiswa termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mengekalkan ‘Purata Nilai Gred Kumulatif’ (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir. Cara Permohonan Individu yang memenuhi kesemua syarat yang ditetapkan perlu membuat permohonan secara dalam talian sebelum 3 Mei 2021. Klik pautan di bawah untuk membuat permohonan.
Permohonan Program Biasiswa Ijazah Sarjana Muda PIDM Maklumat Lanjut Bidang Pengajian dan Senarai Universiti/Kolej yang Diluluskan Anda boleh rujuk pautan Program Biasiswa Sarjana Muda PIDM untuk maklumat lanjut berkenaan senarai bidang pengajian yang ditawarkan dan juga senarai Universiti/Kolej yang diluluskan.
Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian Pemberian 50,000 Komputer Riba/Tablet CERDIK Kepada Pelajar ataupun Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2021 Setengah Bulan Gaji.
Semoga perkongsian Program Biasiswa Sarjana Muda PIDM Sehingga RM20,000 Setahun bermanfaat kepada para pelajar universiti ataupun kolej yang layak untuk memohon. Anda digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga atau rakan-rakan yang berkelayakan.
Tawaran Sehingga RM20,000 Setahun Biasiswa Sarjana Muda PIDM
Noorazlin Abu Bakar


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2021/04/tawaran-sehingga-rm20000-setahun-biasiswa-sarjana-muda-pidm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tasekgelugor Penganjur Bazar Aidilfitri Kubang Menerong Dikompaun Rm20 000

Tasekgelugor Penganjur Bazar Aidilfitri Kubang Menerong Dikompaun Rm20 000

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 247 hits
Gagal memastikan penjarakan fizikal penganjur Bazar Aidilfitri Kubang Menerong di sini dikenakan kompaun RM20 000 Kompaun dikeluarkan polis Seberang Perai Utara selepas pemeriksaan mendapati berlaku kesesakan orang ramai yang berkunjung ke ...
500 000 Guru Akan Terima Vaksin Pada Fasa Ke 2

500 000 Guru Akan Terima Vaksin Pada Fasa Ke 2

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 218 hits
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata 500 000 guru akan menerima vaksin dalam fasa ke 2 Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan yang bermula hari ini PUTRAJAYA Kira kira 500 000 guru termasuk di sektor swasta akan mene...
Kompaun Rm10 000 Berjaya Turunkan Kes

Kompaun Rm10 000 Berjaya Turunkan Kes

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 205 hits
Oleh NUR ALINA HASSAN ADHAM Baba menyampaikan sumbangan sara hidup kepada sebahagian penduduk sempena Program Malaysia Prihatin Oleh Menteri Kesihatan di Perkarangan Masjid Jamek Bandar Tangkak Johor UTUSAN NUR ALINA HASSANTANGKAK Pelaksana...
Malaysia Records Over 2 000 New Covid 19 Cases For Fourth Consecutive Day Sarawak Has Most Infections

Malaysia Records Over 2 000 New Covid 19 Cases For Fourth Consecutive Day Sarawak Has Most Infections

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 376 hits
Dr Noor Hisham 8211 Bernama file photo KUALA LUMPUR The Health Ministry has today reported 2 195 new Covid 19 infections marking the fourth day in a row that cases have breached the 2 000 mark Health director general Tan Sri Dr Noor Hisham
Taufan Surigae Badai Filipina Paksa 60 000 Penduduk Dipindahkan

Taufan Surigae Badai Filipina Paksa 60 000 Penduduk Dipindahkan

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 177 hits
KONGSI ARTIKEL FILIPINA Angin kencang dan ombak tinggi melanda bahagian timur Filipina hari ini sedang taufan paling kuat yang pernah dicatatkan pada bulan April membadai Laut Pasifik menyebabkan amaran amaran dikeluarkan mengenai ba
Lelaki Rugi Rm127 000 Ditipu Ritual Tarik Nombor Ramalan

Lelaki Rugi Rm127 000 Ditipu Ritual Tarik Nombor Ramalan

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 171 hits
118 total views 118 views today Polis menahan seorang lelaki dipercayai menjadi dalang sindiket penipuan iklan menawarkan khidmat nombor ramalan 10 tahun lepas sehingga menyebabkan seorang individu kerugian RM127 120 10 Ketua Polis Daerah A...
Gempar Lelaki Dedah J Kom Bayar Rm15 000 Setiap Bulan

Gempar Lelaki Dedah J Kom Bayar Rm15 000 Setiap Bulan

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 160 hits
April 20 2021 Jabatan Komunikasi Komuniti menafikan dakwaan agensi itu ada menggaji seorang individu dengan bayaran RM15 000 setiap bulan J Kom turut menafikan lelaki yang membuat dakwaan dibayar sebanyak itu adalah kakitangan mereka malah ...
Covid 19 2 078 Kes Baharu Lebih 20 000 Kes Aktif

Covid 19 2 078 Kes Baharu Lebih 20 000 Kes Aktif

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 288 hits
Sementara itu Malaysia merekodkan 2 078 kes baharu COVID 19 dalam tempoh 24 jam yang lalu Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan Sarawak menjadi negeri yang merekodkan kes tertinggi iaitu 589 kes SUBSCRIBE now ...
Mp Calls For 10 000 Extra Staff To Trace Covid 19 Contacts

Mp Calls For 10 000 Extra Staff To Trace Covid 19 Contacts

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 357 hits
Dr Lee Boon Chye says there is SOP fatigue among the public PETALING JAYA Amid a new surge of Covid 19 infections a former deputy health minister has called for a more aggressive detection strategy with 10 000 extra staff to be employed in ...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian