Tawaran Kerja Kepada Pati Sepatutnya Jadi Pilihan Terakhir


Wartawan MalaysiaGazette Sebahagian pekerja tanpa izin yang ditahan dalam operasi yang dijalankan dalam operasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. KUALA LUMPUR- Cadangan Kerajaan Persekutuan untuk mengeluarkan Permit Kerja Sementara kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi mengatasi kekurangan tenaga buruh asing di sektor perladangan dan perindustrian di negara ini perlu kajian menyeluruh.
Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Arthur Joseph Kurup berkata, kerajaan perlu memberi keutamaan kepada rakyat tempatan terlebih dahulu untuk bekerja di sektor berkenaan.
Ia kerana, akibat daripada pandemik Covid-19 yang melanda negara menyebabkan ramai rakyat tempatan, khususnya golongan muda kehilangan pekerjaan.
“Ada dalam kalangan mereka yang terpaksa pulang ke kampung mengusahakan tanah terbiar. Ada juga yang bekerja sebagai penghantar makanan, berniaga kecil-kecilan dan sebagainya semata-mata untuk mencari sumber pendapatan bagi meneruskan kelangsungan hidup demi menyara keluarga atau diri
sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Statistik Tenaga Buruh Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Ogos 2020, kadar pengangguran di Malaysia adalah sebanyak 741,600 orang atau 4.7 peratus, sekali gus menunjukkan kadar pengangguran yang agak tinggi.
Ini bererti ramai rakyat tempatan sedang mencari peluang pekerjaan.
Justeru, kerajaan perlu melihat kepada angka-angka ini dengan memberi keutamaan kepada mereka untuk bekerja di sektor berkenaan.
”Jangan kita anggap mereka (rakyat) tidak mahu bekerja kalau kita tidak tawarkan peluang pekerjaan ini kepada mereka.
“Jika peluang pekerjaan tersebut diberikan kepada rakyat tempatan, secara tidak langsung akan membantu memulihkan kembali ekonomi negara kita.
”Bila ada pekerjaan, rakyat akan ada pendapatan. Bila ada pendapatan rakyat akan berbelanja,” ujarnya sambil meminta peluang pekerjaan dalam sektor perladangan dan perindustrian dinaik taraf supaya sektor ini dapat menarik minat golongan belia untuk menyertainya.
Dengan ini dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.
Apabila peluang pekerjaan ini diisi oleh rakyat tempatan maka
negara dapat mengurangkan pengaliran wang ke luar negara dan wang itu boleh terus kekal dalam negara untuk merangsang ekonomi, ujar Arthur.
Tambahnya lagi, tawaran kepada warga asing patut menjadi pilihan paling terakhir jika rakyat tempatan tidak dapat mengisi peluang pekerjaan di sektor perladangan dan perindustrian.
Namun tawaran tersebut, perlu disusuli dengan langkah-langkah dan prosuder yang ketat supaya ianya tidak disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Mengulas lanjut mengenai perkara ini, Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, PBRS yang merupakan sebahagian daripada wakil dalam Kerajaan Persekutuan akan sentiasa memastikan keutamaan peluang pekerjaan diberikan kepada rakyat tempatan terutamanya di Negeri Sabah.
”Kita tetap konsisten dan akan pastikan Kerajaan Persekutuan tidak melaksanakan pemberian Permit Kerja Sementara kepada PATI di Negeri Sabah.
”Segala usaha dalam mengembangkan ekonomi perlu diberikan keutamaan kepada rakyat tempatan khususnya di Negeri Sabah supaya dapat mengurangkan penghijrahan belia Sabah ke luar negeri untuk mencari rezeki,” katanya. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/tawaran-kerja-kepada-pati-sepatutnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertamina Siap Bahas Kerja Sama Tawaran Pln Soal Suplai Listrik Wk Rokan

Pertamina Siap Bahas Kerja Sama Tawaran Pln Soal Suplai Listrik Wk Rokan

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 296 hits
Saat ini WK Rokan mendapat supply listrik dan uap dari integrated power system yang meliputi fasilitas utama 3 power generation yakni Minas Gas Turbine Central Duri Gas dan North Duri Cogen
Tawaran Dan Pengalaman Menarik Dari Irehab Untuk Pencari Kerja

Tawaran Dan Pengalaman Menarik Dari Irehab Untuk Pencari Kerja

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 388 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Dalam keadaan wabak Covid19 melanda dunia saban hari YF akan membaca status dari media sosial yang rata rata kehilangan punca rezeki It s a tough situation out there Namun begitu setiap pintu yang t...
Gambar Kita Yg Terakhir Abg Terbabas Masuk Lopak Air Anggota Tudm Ajal Ke Tempat Kerja

Gambar Kita Yg Terakhir Abg Terbabas Masuk Lopak Air Anggota Tudm Ajal Ke Tempat Kerja

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 510 hits
Malang tidak berbau begitulah ungkapan yang sering dikaitkan dengan kecelakaan jalan raya yang berlaku Kadangkala kita cukup berhati hati ketika berada di jalan raya namun begitu atas beberapa faktor lain seperti keadaan jalan antara salah ...
Pilihan Raya As Peluang Trump Melambung Tinggi

Pilihan Raya As Peluang Trump Melambung Tinggi

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 310 hits
Secara rasmi Biden dan Trump bertanding 225 dengan 213 undi Senario adalah seperti berikut kedua dua calon berjaya merebut negeri mereka Namun dalam keadaan tegas dan goyah Trump mungkin mempunyai kelebihan yang semakin meningkat hampir di ...
Ini Belanjawan Pilihan Raya Lindungi Rakyat Melebihi Segalanya Pm

Ini Belanjawan Pilihan Raya Lindungi Rakyat Melebihi Segalanya Pm

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 280 hits
Harits Asyraf HasnanNovember 4 2020 Tegas Muhyiddin Belanjawan 2021 yang disediakan Kerajaan telah meletakkan keutamaan untuk melindungi rakyat melebihi segala perkara lain Sumber foto Pejabat Perdana Menteri Apabila itu telah selesai maka ...
Indeks Saham As Meningkat Menjelang Pilihan Raya As Dan Saham Asia Pasifik Menyusul

Indeks Saham As Meningkat Menjelang Pilihan Raya As Dan Saham Asia Pasifik Menyusul

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 280 hits
Indeks saham utama AS meningkat menjelang pilihan raya presiden di AS Hasil pilihan raya akan menentukan lintasan pembangunan negara di masa depan di tengah krisis ekonomi dan pandemi Oleh itu Dow Jones Industrial Average meningkat 423 45 m...
Atuk Ikut Je Arahan Jeanelle Sambut Harijadi Ketiga Tema Frozen Jadi Pilihan Atuk Pun Kena Jadi Elsa

Atuk Ikut Je Arahan Jeanelle Sambut Harijadi Ketiga Tema Frozen Jadi Pilihan Atuk Pun Kena Jadi Elsa

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 469 hits
Keletah comel Jeanelle Nika Mandagie sering jadi tumpuan warga maya Tambah pula dengan aksi persis model yang sering digayakan si cilik anak kepada pasangan pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie dan isteri Nina Ismail ini Baru baru ini Jea...
Pilihan Raya Presiden As Keputusan 7 Negeri Belum Diketahui

Pilihan Raya Presiden As Keputusan 7 Negeri Belum Diketahui

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 364 hits
ANKARA Keputusan sama ada calon Republikan Donald Trump atau pencabarnya dari Demokrat Joe Biden yang akan memenangi kerusi Presiden Amerika Syarikat bergantung kepada keputusan undian membabitkan tujuh negeri yang belum diumumkan lapor age...
Tak Hanya Model Dan Desainer Ini 6 Pilihan Pekerjaan Kalau Kamu Mau Berkarier Di Bidang Mode

Tak Hanya Model Dan Desainer Ini 6 Pilihan Pekerjaan Kalau Kamu Mau Berkarier Di Bidang Mode

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 273 hits
Walaupun mungkin masih terdengar asing tapi pekerjaan tersebut benar benar ada Siapa tahu cocok
Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini

Sambal Ubi Kentang Dan Ikan Bilis Dan Bab Langkah Kecemasan

Malaysia Set On Stepping Up Economic Ties With Brics Says Tengku Zafrul

Bot Karam Di Belawai 5 Lagi Mangsa Ditemui Hari Ini

Six9game 16 May Six9game Top 27 By Kazuko

Bar4game 9 Bar4game Top 46 By Gabriela

Daging Masak Hitam Sarawak Gula Apong Buat Rasa Lagi Sedap Ini Resipinya

Port Makan Durian Segamat Johor 2025 Lokasi Harga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Itinerary Cameron Highland 2025 4d 3n

Breakfast

Rafizi Lancar Ayuh Malaysia Bagi Gempur Perusahaan Sosial Akar Umbi

Puisi Dari Kawanmu

8 Cara Praktikal Kawal Bajet Keluarga Zaman Kos Sara Hidup Tinggi

Resepi Roti Manis