Tawaran Kerajaan Selamatkan Rakyat Islam Membina Insan Berintegriti



Allah SWT menceritakan mengenai penciptaan manusia pertama, Nabi Adam AS melalui firman-Nya:

﴿وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلَاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ٣١ قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ٣٢﴾
“Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman: ‘Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kalian memang benar orang-orang yang benar!’ (31); Mereka menjawab: ‘Maha Suci Engkau, tiada yang kami ketahui selain daripada apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.’ (32).” (Surah al-Baqarah: 31-32)
Para malaikat yang mulia menyerahkan kepada kebijaksanaan Allah SWT menciptakan manusia dengan tugasan dan tujuannya yang tertentu.

Wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW ialah firman Allah SWT:

﴿اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ١ خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ٢ اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ٣ الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ٤ عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ٥﴾
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. (1); Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. (2); Bacalah, dan Tuhanmu itulah yang Maha Pemurah. (3); Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam (pena). (4); Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (5).” (Surah al-‘Alaq: 1-5)
Ayat di atas menjelaskan tentang acuan Allah SWT sebagai pencipta alam, termasuklah peranan makhluk manusia yang ditugaskan berada di bumi supaya beribadat kepada-Nya semata-mata, berkhilafah (politik mentadbir negara) dan menunaikan amanah menegakkan hukum Allah yang adil kepada semua.
Allah SWT menetapkan acuan bagi membina syakhsiyah (jati diri manusia), yang perlu memenuhi komponen fitrah penciptaannya. Bukan sahaja mempunyai jasad dengan segala keperluannya, mereka juga berakal serta memerlukan pengisian ilmu, iktibar dan pengalaman termasuklah bermasyarakat Madani.
Maka membina insan hendaklah memenuhi segala komponen tersebut dengan mempunyai jasad yang sihat dengan rezeki yang halal, akal yang bijak dengan ilmu dan pengalaman bermanfaat, serta hidayah Allah SWT. Tanpa menyempurnakan semua aspek tersebut, ucapan berintegriti hanya sekadar menjadi slogan dan ungkapan omong kosong.
Ayat daripada Surah al-Baqarah yang disebutkan di atas menegaskan bahawa penciptaan manusia yang pertama itu mengikut ketetapan Allah SWT. Kemudian para malaikat yang menyaksikan penciptaan Nabi Adam AS akur terhadapnya.
Berikutnya ayat daripada Surah al-‘Alaq merupakan ayat pertama diwahyukan kepada Rasulullah SAW ketika Marhalah Makkiyyah (permulaan dilantik menjadi pesuruh Allah). Ayat itu bertemakan perintah supaya membaca dan menulis yang menjadi alat terpenting untuk menghasilkan segala ilmu bagi diri manusia. Sama ada, ilmu wahyu atau ilmu akal berkonsepkan rabbani (ketuhanan), kerana manusia itu sangat berhajat kepada hidayah (petunjuk) daripada pencipta mereka. Hal yang tersebut, bagi mengatasi kelemahan makhluk dalam menyempurnakan tujuan mereka diciptakan (maqasid al-syari‘ah)

Petunjuk itu dinamakan dengan agama Islam yang sempurna, bercirikan tiga perkara iaitu Islam, iman dan ihsan (aqidah, syariat dan akhlak). Islam yang sempurna itu adalah ketetapan Allah SWT kepada seluruh alam. Sebagaimana firman-Nya:

﴿أَفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُ أَسْلَمَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ٨٣﴾
“Maka apakah mereka mencari agama selain daripada agama Allah, padahal kepada-Nya jualah menyerahkan diri (Islam) segala apa yang ada di langit dan di bumi, baik dengan suka (patuh dengan pilihan sendiri) mahupun terpaksa (secara tabii) dan hanya kepada Allah mereka itu dikembalikan.” (Surah Ali ‘Imran: 83)
Islam memuliakan manusia dengan diberikan jasad yang bernyawa, mampu bergerak dan dikurniakan akal yang mampu berfikir. Kemudian disempurnakan kejadian manusia itu berpandukan hidayah wahyu dalam perkara yang tidak boleh dicapai oleh kemampuan jasad dan akal, supaya mereka berperanan mengikut hikmah dan tujuan mereka diciptakan oleh Allah SWT. Firman-Nya:

﴿وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلًا٧٠﴾
“Dan sesungguhnya telah Kami memuliakan anak-anak Adam (manusia), dan Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami memberikan kepada mereka rezeki daripada perkara yang baik-baik (halal) dan Kami melebihkan bagi mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.” (Surah al-Isra’: 70)

Dengan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT itu, maka manusia boleh mentadbir makhluk lain yang jauh lebih besar bentuknya dan lebih banyak jumlahnya. Pada akhir zaman dunia, Allah SWT melantik Rasulullah SAW dengan dikurniakan bersama mukjizat ilmu al-Quran yang menjadi tanda kerasulannya

Setelah Rasulullah SAW berdakwah dengan menyeru supaya manusia menganut Islam tanpa sebarang paksaan, maka dipilih sebahagian daripada kalangan mereka yang berjaya ditarbiah dengan ilmu, ujian amal dan perjuangan yang mencabar. Pelaksanaan berdasarkan ilmu yang digabungkan dengan perjuangan yang menghadapi cabaran di Makkah, bersama sebahagian daripada penganut Islam yang datang daripada Madinah yang telah berilmu kerana pergaulan mereka dengan kalangan ahli Kitab. Setelah dilakukan baiah (ikrar taat setia), maka Allah SWT memerintahkan supaya ditegakkan sebuah negara berkerajaan dan bermasyarakat majmuk yang dinyatakan ciri-cirinya melalui firman Allah SWT:

﴿إِنَّ اللَّهَ يُدَافِعُ عَنِ الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ خَوَّانٍ كَفُورٍ٣٨ أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا وَإِنَّ اللَّهَ عَلَى نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ٣٩ الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَنْ يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّهُ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ٤٠ الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ٤١﴾
“Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang telah beriman. Sesungguhnya Allah juga tidak menyukai mereka yang khianat lagi mengingkari ni‘mat-Nya. (38); Telah diizinkan (berjuang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka itu telah dizalimi. Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa untuk menolong mereka itu. (39); (Mereka itu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: ‘Tuhan kami hanyalah Allah.’ Dan sekiranya Allah tidak menolak (kezaliman) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan tempat-tempat pertapaan dan gereja-gereja (orang Nasrani), rumah-rumah ibadat (Orang Yahudi), tempat-tempat sembahyang dan masjid-masjid (orang Islam), yang terdapat di dalamnya banyak disebutkan nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (40); (Mereka itu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka itu mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat perkara yang ma‘ruf (baik) dan mencegah daripada melakukan perbuatan yang mungkar (buruk); dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan. (41).” (Surah al-Hajj: 38-41)
Ayat di atas menegaskan bahawa ciri-ciri tarbiah melalui perjuangan merupakan asas terpenting bagi menubuhkan sebuah negara berkebajikan dengan makna yang luas dan berwawasan jauh daripada dunia sehingga ke akhirat. Pada masa yang sama, negara itu memerlukan satu kepimpinan dan kumpulan yang berintegriti dari sudut aqidah, syariat dan akhlak yang mulia, melalui proses ilmu, amal dan perjuangan yang ikhlas.
Perkara tersebut telah dilakukan secara praktikal oleh Rasulullah SAW yang memimpin kerajaan berpandukan wahyu. Sebagaimana berdasarkan sebab-sebab penurunan ayat-ayat al-Quran yang memenuhi segala kemampuan berintegriti dalam mentadbir sebuah negara masyarakat majmuk yang berdaulat.
Adapun secara realitinya, integriti itu dibuktikan oleh keperibadian Rasulullah SAW yang ditarbiah secara langsung oleh Allah SWT dengan kawalan wahyu, termasuk dirinya yang wajib bersifat benar dibuktikan dengan niat yang ikhlas, kata-kata dan amalan. Termasuklah sifat amanah Baginda SAW untuk taat kepada Allah SWT dan berakhlak mulia terhadap makhluk-Nya.
Selain itu, sifat tabligh Baginda untuk menyampaikan Islam dengan berani, paling berilmu dan bijak. Keperibadian Rasulullah SAW dikuatkan juga dengan keluarganya sendiri dan dibuktikan secara khusus sewaktu Baginda berada di puncak kekuasaan. Sebagaimana firman Allah SWT:

﴿لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا٢١﴾
“Sesungguhnya telah terdapat pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat dan dirinya banyak menyebut-nyebutkan Allah.” (Surah al-Ahzab: 21)
Firman Allah SWT:

﴿يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ إِنْ كُنْتُنَّ تُرِدْنَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا فَتَعَالَيْنَ أُمَتِّعْكُنَّ وَأُسَرِّحْكُنَّ سَرَاحًا جَمِيلًا٢٨ وَإِنْ كُنْتُنَّ تُرِدْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالدَّارَ الْآخِرَةَ فَإِنَّ اللَّهَ أَعَدَّ لِلْمُحْسِنَاتِ مِنْكُنَّ أَجْرًا عَظِيمًا٢٩﴾
“Wahai Nabi (Muhammad SAW), katakanlah kepada isteri-isterimu: ‘Jika kalian sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya aku berikan kepada kalian mut‘ah (imbuhan) dan aku menceraikan kalian dengan cara yang baik. (28); Dan jika kalian sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi sesiapa yang berbuat baik antara kalian dengan pahala yang besar. (29).” (Surah al-Ahzab: 28-29)
Seterusnya Islam membentuk para pemimpin yang berintegriti sebagaimana dibuktikan oleh ucapan dasar Khalifah Islam pertama, Saidina Abu Bakar al-Siddiq RA yang dipilih menjadi ketua negara selepas kewafatan Rasulullah SAW. Katanya:

أَيُّهَا النَّاسُ، فَإِنِّي قَدْ وُلِّيتُ عَلَيْكُمْ وَلَسْتُ بِخَيْرِكُمْ، فَإِنْ أَحْسَنْتُ فَأَعِينُونِي، وَإِنْ أَسَأْتُ ‌فَقَوِّمُونِي، الصَّدْقُ أَمَانَةٌ، وَالْكَذِبُ خِيَانَةٌ، وَالضَّعِيفُ
فِيكُمْ قَوِيٌّ عِنْدِي حَتَّى أُرِيحَ عَلَيْهِ حَقَّهُ إنْ شَاءَ اللَّهُ، وَالْقَوِيُّ فِيكُمْ ضَعِيفٌ عِنْدِي حَتَّى آخُذَ الْحَقَّ مِنْهُ إنْ شَاءَ اللَّهُ، لَا يَدَعُ قَوْمٌ الْجِهَادَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إلَّا ضَرَبَهُمْ اللَّهُ بِالذُّلِّ، وَلَا تَشِيعُ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ إلَّا عَمَّهُمْ اللَّهُ بِالْبَلَاءِ، أَطِيعُونِي مَا أَطَعْتُ اللَّهَ وَرَسُولَهُ، فَإِذَا عَصَيْتُ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَلَا طَاعَةَ لِي عَلَيْكُمْ

“Wahai kalian semua! Ketahuillah bahawa aku telah dipilih menjadi pemimpin kalian, padahal aku bukanlah orang yang terbaik daripada kalangan kalian. Kalau aku berlaku baik, maka tolonglah aku, sekiranya aku berlaku buruk, maka perbetulkan aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat. Orang yang kuat adalah lemah di sisiku, maka aku bertindak mengambil daripadanya (apa yang diambil dengan cara yang salah); dan orang yang lemah itu adalah kuat di sisiku, maka aku kembalikan haknya yang dirampas. Sesiapa dalam kalangan kaum itu ada yang meninggalkan jihad (menegakkan kebenaran Islamnya), nescaya akan ditimpa ke atasnya bencana secara menyeluruh. Taatilah diriku selagi aku mentaati Allah dan Rasul-Nya. Apabila aku sudah tidak mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka janganlah lagi kalian mentaatiku.” (Sirah Ibn Hisyam, Ibn Hisyam, jld. 2, ms. 661)Setiap orang yang dilantik menjadi ketua negara bagi memimpin kerajaan, menyampaikan ucapan berprinsip dan mempunyai konsep yang sama. Ucapan yang menegaskan tentang ciri-ciri pemimpin teladan yang dihormati oleh seluruh jentera kerajaan dan rakyatnya. Peribadi yang dikawal oleh iman dan rakyat yang berani serta tidak mengampu pemimpin

Sebagai contoh, Khalifah ‘Umar bin al-Khattab RA mendengar nasihat seorang wanita tua supaya dia bertaqwa kepada Allah SWT, dan menerima teguran seorang wanita setelah berucap di dalam masjid dan mengaku dirinya yang bersalah

Manakala Khalifah ‘Umar bin Abdul Aziz pula memadamkan pelita minyak dan menukarkannya kepada pelita minyak peribadi miliknya, apabila menteri bertanyakan tentang hal peribadinya. Hal ini demikian kerana, beliau tidak mahu menyalahgunakan harta kepunyaan negara untuk kepentingan peribadi

Itulah kisah benar pemimpin yang berintegriti, suatu amalan bersikap jujurdan menunjukkan kepatuhan tanpa kompromi terhadap prinsip dan nilai moral serta etika yang kuat. Integriti bukanlah cakap-cakap kosong yang sekadar menjadi slogan. Konsep ini dibentuk melalui tarbiah jasad, akal dan roh. Suatu konsep yang tidak wujud dalam ideologi sekularisme yang memisahkan aspek politik daripada agama. Bahkan mereka sentiasa berpura-pura dalam bersikap integriti, apabila terbukti di belakang mereka berlaku banyak salah laku yang disembunyikan dan dilindungi oleh kuasa dan undang-undang ciptaan mereka sendiri. Ini disebabkan mereka tidak mempercayai konsep dosa dan pahala, serta tidak beriman akan adanya hukuman dalam urusan keduniaan selepas mati kelak.
Perjuangan untuk menegakkan Islam diaturkan dengan tarbiah ilmu, amal soleh dan ujian cabaran hidup sebelum mencapai kemenangan sehinggalah berjaya mendapat kuasa untuk memerintah
Telah dinyatakan dalam sebuah kitab Jawi, iaitu kitab Munyatul Musolli karangan Sheikh Daud al-Fatoni yang menyebutkan tentang kisah seorang Raja Parsi sebelum Islam bernama Anu Syirwan. Ketika zaman remajanya, dia telah dihantar oleh ayahandanya supaya diasuh oleh seorang guru yang terpilih.
Tiba-tiba pada suatu hari, guru itu memukulnya tanpa sebab melakukan apa-apa kesalahan. Setelah baginda ditabalkan menjadi raja, Raja Anu Syirwan memanggil guru tersebut dan bertanyakan apakah kesalahannya yang menyebabkan dirinya dipukul dahulu. Guru yang bijak itu menjawab:
“Tatkala aku melihat dirimu menyukai akan ilmu, aku berharap kelak kamu akan menjadi seorang raja yang menggantikan ayahmu. Maka, aku rasakan kepadamu betapa kamu dizalimi, supaya kamu tidak berlaku zalim kepada mana-mana rakyatmu.” (Munyatul Musolli, Sheikh Daud al-Fatoni, ms. 36)Integriti tidak boleh dibentuk dengan ujian untuk menyerahkan sijil atau ijazah yang bertulis di atas kertas sahaja. Ujiannya perlu melalui proses perjuangan yang mencabar. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut, akan tersingkir dalam perjalanannya. Hanya mereka yang berwawasan dunia sehingga meninggal dunia dan ke akhirat sahaja yang pasti berjaya. Hal ini demikian kerana, mereka itu beriman bahawa urusan keduniaan tidak tamat dengan meninggal dunia dan percaya kelak akan ada pembalasan. Pemimpin yang berintegriti itu diberikan kepercayaan oleh rakyatnya, bukan kerana takutkan kezalimannya atau diangkat setelah memberi sogokan kepada penyokong dengan pelbagai kesenangan dan pangkat. Akan tetapi, pemimpin berintegriti itu disegani dan hebat jati dirinya kerana bertaqwa kepada Allah SWT dengan beriman dan budiman yang disebutkan dengan عدالة (‘adalah) mengikut istilah politik Islam. Hal yang tersebut kerana ilmu dan sokongan rakyat boleh dibeli, dibuli, ditipu dengan slogan dan manifesto serta janji bohong

Rakyat yang mengundi dan memilih pemimpin juga mestilah berintegriti, bukan semata-mata berdasarkan faktor umur, malah juga berasaskan kematangan akal dan ilmunya. Maka, Allah SWT menyebutkan contoh Bani Israel (orang Yahudi pada zaman dahulu) yang memilih pemimpin kerana faktor kekayaan bukan kerana iman, akhlak dan ilmu. Firman Allah SWT:

﴿وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ اللَّهَ قَدْ بَعَثَ لَكُمْ طَالُوتَ مَلِكًا قَالُوا أَنَّى يَكُونُ لَهُ الْمُلْكُ عَلَيْنَا وَنَحْنُ أَحَقُّ بِالْمُلْكِ مِنْهُ وَلَمْ يُؤْتَ سَعَةً مِنَ الْمَالِ قَالَ إِنَّ اللَّهَ
اصْطَفَاهُ عَلَيْكُمْ وَزَادَهُ بَسْطَةً فِي الْعِلْمِ وَالْجِسْمِ وَاللَّهُ يُؤْتِي مُلْكَهُ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ٢٤٧﴾
“Nabi mereka mengatakan kepada mereka: ‘Sesungguhnya Allah telah mengangkat Talut menjadi Raja kalian (pemimpin kalian).’ Mereka menjawab: ‘Bagaimana Talut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan urusan pemerintahan daripadanya, sedang dirinya itu pun tidak diberikan kekayaan yang cukup banyak?’ Nabi (mereka) berkata: ‘Sesungguhnya Allah telah memilih raja bagi kalian dan menganugerahkan kepadanya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa.’ Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 247)
Ayat di atas secara tegas menunjukkan bahawa integriti adalah sifat ikhlas yang dibentuk dengan tarbiah yang sempurna bersumberkan rezeki yang halal kepada jasad, akal yang mempunyai ilmu yang baik dan amal yang soleh. Begitu juga rohnya itu beriman dan berakhlak mulia, diri dan keluarganya menjadi contoh (mithali), bukan keluarga atau kroni diberikan peluang yang salah.
Integriti adalah petunjuk kurniaan Allah SWT yang dikurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Ia merupakan cahaya Allah SWT yang tidak padam, walaupun manusia dilanda dengan pelbagai krisis dan perpecahan, kerana ia lahir dengan petunjuk daripada-Nya.
Kukuhnya integriti itu laksana teras yang tidak akan musnah dan cahaya yang tidak akan padam, sekalipun dilanda dengan segala ribut taufan dan gelombang lautan yang besar, hatta gempa bumi yang paling kuat. Mereka yang gagal dalam integriti, akan tenggelam dalam cabaran yang mengepung kehidupannya dan dalam partinya sendiri serta berlaku krisis nilai diri. Firman Allah SWT:

﴿أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَسَالَتْ أَوْدِيَةٌ بِقَدَرِهَا فَاحْتَمَلَ السَّيْلُ زَبَدًا رَابِيًا وَمِمَّا يُوقِدُونَ عَلَيْهِ فِي النَّارِ ابْتِغَاءَ حِلْيَةٍ أَوْ مَتَاعٍ زَبَدٌ مِثْلُهُ كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الْحَقَّ وَالْبَاطِلَ فَأَمَّا الزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَاءً وَأَمَّا مَا يَنْفَعُ النَّاسَ فَيَمْكُثُ فِي الْأَرْضِ كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ١٧﴾
“Allah telah menurunkan air (hujan) dari langit, maka mengalirlah air di lembah-lembah menurut ukurannya, maka arus itu membawa buih yang mengambang. Dan dari apa (logam) yang mereka lebur dalam api untuk membuat perhiasan atau alat-alat, ada (pula) buihnya seperti buih arus itu.

Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan yang batil. Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tiada harganya; adapun yang memberikan manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat pelbagai perumpamaan.” (Surah al-Ra‘d: 17)
Terdapat kalangan manusia yang tersesat dalam kegelapan, sehingga mereka bertindak memecahkan kepalanya sendiri. Bahkan ada yang terbakar dalam kepanasan kerana tidak bertemu cahaya yang sebenar. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

مَثَلِي وَمَثَلُكُمْ كَمَثَلِ رَجُلٍ أَوْقَدَ نَارًا فَجَعَلَ الجَنَادِبُ وَالفَرَاشُ يَقَعْنَ فِيهَا، وَهُوَ يَذُبُّهُنَّ عَنْهَا، وَأَنَا آخذٌ بحُجَزكُمْ عَنِ النَّارِ، وَأنْتُمْ تَفَلَّتونَ مِنْ يَدَيَّ

“Perumpamaan diriku dan kalian laksana seorang yang menyalakan api, tiba-tiba datang serangga berkerumun membakar dirinya sendiri lalu jatuh ke dalam api itu. Sedangkan orang itu menghalang semua binatang itu agar tidak jatuh ke dalam api tersebut. Aku memegang tali seluar kalian bagi menyelamatkan diri kalian daripada jatuh ke dalam api itu, tetapi kalian merentap tanganku (kerana mahu terjun membakar diri ke dalam api).” (Riwayat Muslim 2285)
ABDUL HADI AWANGPresiden PASBertarikh: 18 Sya‘ban 1442 / 1 April 2021



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/04/tawaran-kerajaan-selamatkan-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Hilang Kepercayaan Pada Kerajaan Pn

Rakyat Hilang Kepercayaan Pada Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 523 hits
Rakyat Hilang Kepercayaan Pada Kerajaan PN Seorang pakar kesihatan memberi amaran bahawa kerajaan berisiko kehilangan kepercayaan rakyat sekiranya ia tidak menangani persepsi berhubung amalan dwistandard dalam penguatkuasaan undang undang d...
Sekat Air Kerajaan Negeri Pulau Pinang Harus Utamakan Rakyat Negeri Sendiri Dalam Semua Sektor

Sekat Air Kerajaan Negeri Pulau Pinang Harus Utamakan Rakyat Negeri Sendiri Dalam Semua Sektor

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 274 hits
Sedut air selut bukan ugutan cuma amaran awal kata MB Kedah kepada Pulau PinangAbd Hadi Che AwangMac 24 2021 02 09 MYTMuhammad Sanusi berkata kerajaan negeri Kedah tidak pernah sesekali menutup pintu rundingan dengan Pulau Pinang dalam isu ...
Kerjasama Pas Umno Tergugat Parti Islam Perkukuh Kerjasama Dengan Ppbm Tolak Cubaan Bentuk Kerajaan Baharu Dengan Ph

Kerjasama Pas Umno Tergugat Parti Islam Perkukuh Kerjasama Dengan Ppbm Tolak Cubaan Bentuk Kerajaan Baharu Dengan Ph

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 348 hits
March 31 2021 2 01 PMPETALING JAYA Dalam apa yang dilihat petanda paling jelas kecenderungan PAS terhadap PPBM kedua dua parti itu mengumumkan mereka akan mengukuhkan kerjasama bagi menghadapi PRU15 dan menolak sebarang cubaan membentuk ker...
Rakyat Boleh Cuba Pilih Kerajaan Baru Dap Pkr Umno

Rakyat Boleh Cuba Pilih Kerajaan Baru Dap Pkr Umno

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 424 hits
DAP kuat MIMPIBerkawanan dengan Anwar sesuatu yang tepat dan jika bersama UMNO tambah lengkap Orang Melayu boleh cuba pilih kerajaan baru DAP PKR UMNO Mereka mempunyai musuh yang sama Mahathir
Kerajaan Berintegriti Visi Murabbi

Kerajaan Berintegriti Visi Murabbi

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 251 hits
Tulisan terkini Tuan Guru Presiden PAS menawarkan kerajaan berintegriti yang boleh menyelamatkan rakyat Malaysia Integriti diukur berdasarkan 3 paksi utama iaitu paksi aqidah paksi syariah dan paksi akhlak 3 paksi ini melahirkan pemimpin ya...
Short Pengkhianat Mandat Rakyat Mudah Jadi Kerajaan

Short Pengkhianat Mandat Rakyat Mudah Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 284 hits
WACANA SINAR 241 23 MAC 2021 Berikut merupakan petikan Wacana Sinar Siri 241 bertajuk Realiti kerjasama PKR UMNO bersama Naib Presiden PKR Chang Lih Kang UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI https bit ly 31e0ybq Muzik www bensound com SinarHarian
Bila Rakyat Nak Saman Kerajaan

Bila Rakyat Nak Saman Kerajaan

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 400 hits
Takkan kerajaan je asyik ITU ini sekarang ni nak saman rakyat Apapun kedudukan lubang tersebut BERJARAK ikut SOP tiada saman boleh dikeluarkan oleh PDRM
Pinjaman Peribadi Bank Rakyat 2021 Permohonan Pembiayaan Peribadi I Sektor Awam Swasta Pesara Kerajaan

Pinjaman Peribadi Bank Rakyat 2021 Permohonan Pembiayaan Peribadi I Sektor Awam Swasta Pesara Kerajaan

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 510 hits
PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT 2021 PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERIBADI i SEKTOR AWAM SWASTA PESARA KERAJAAN Jika anda mempunyai keperluan untuk menggunakan wang anda boleh buat pinjaman peribadi Bank Rakyat 2021 Ada 3 jenis pinjaman peribadi Ban...
Speaker Dewan Rakyat Tarik Diri Forum Tampil Najib Sebagai Jurucakap Utama

Speaker Dewan Rakyat Tarik Diri Forum Tampil Najib Sebagai Jurucakap Utama

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 204 hits
Forum itu turut menampilkan beberapa ahli politik PH termasuk Anwar Yang di Pertua Dewan Rakyat Azhar Harun Yang di Pertua Dewan Rakyat menarik diri daripada hadir ke sebuah forum demokrasi berparlimen yang turut menampilkan bekas perdana m...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias