Tawaran Bantuan Kemasukan Ke Ipta Ipts Yayasan Sejahtera Kulai
Bantuan Kemasukan Ke IPTA@IPTS Yayasan Sejahtera Kulai
Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Sejahtera Kulai kini menawarkan Bantuan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta (IPTA@IPTS).
Yayasan Sejahtera Kulai adalah sebuah yayasan yang dipengerusikan oleh YB Dato Mohd Jafni bin Md Shukor iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.
Bantuan ini ditawarkan bagi pelajar yang bersekolah atau bermastautin dalam kawasan PBT Majlis Perbandaran Kulai. Untuk makluman, penerima Bantuan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta (IPTA/IPTS) adalah terhad bagi 30 orang penerima Diploma dan 30 orang penerima Ijazah Sarjana Muda.
Baca Juga : Skim Bantuan Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor
Tarikh Permohonan
Pelajar yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu pada 14 September 2022 iaitu pada hari Rabu jam 3.00 petang.
Kadar Bantuan Kemasukan ke IPTA@IPTS Yayasan Sejahtera Kulai
Kadar bantuan yang akan diberikan secara one-off kepada penerima adalah seperti berikut :
Program Diploma: RM300.00Program Ijazah Sarjana Muda: RM800.00
Syarat Umum
Pelajar yang ingin memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
Merupakan warganegara Malaysia.Bersekolah atau bermastautin dalam kawasan PBT Majlis Perbandaran Kulai.Telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (dalam atau luar negara).Menyambung pengajian kali pertama ke Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.Pelajar yang mengikuti program persediaan seperti Pra Ijazah adalah tidak layak untuk bantuan ini.Pemohon mestilah mengikuti pengajian secara Sepenuh Masa.Pemohon yang tersenarai dalam e-Kasih, penerima bantuan Baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan berpendapatan bulanan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) serta lain-lain golongan memerlukan akan diberikan keutamaan.Pemohon dari golongan B40 layak dipertimbangkan untuk bantuan ini.Pemohon hendaklah melampirkan salinan surat tawaran kemasukan ke IPT, salinan keputusan SPM/Matrikulasi/STPM/STAM.Pemohon dikehendaki memberikan bukti pendapatan kesemua isi rumah. Sekiranya berniaga sepenuh masa, sila lampirkan pengesahan pendapatan dari Ketua Kampung, Penghulu Mukim atau Pesuruhjaya Sumpah atau borang BE. Sekiranya bekerja makan gaji, sila sertakan slip gaji dari majikan.Pemohon yang terdiri dari kalangan OKU atau sakit, dikehendaki melampirkan salinan kad OKU atau laporan doktor.Pengesahan borang serta dokumen mestilah dibuat oleh Wakil Rakyat ADUN kawasan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sejahtera Kulai, Pengetua Sekolah atau pemimpin masyarakat seperti Ahli Majlis MPKu, Ketua Kampung, Ketua Masyarakat atau Penghulu.Sekiranya didapati terdapat maklumat yang tidak benar, pemohon adalah dikehendaki membayar balik jumlah geran yang telah diterima.Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
Cara Memohon
Calon boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :
Muat turun borang permohonan di pautan berikut https://drive.google.com/file/d/1CK4cl_QQgnXP8QlzAHjt-7be3NhtGtfe/view?fbclid=IwAR2dPJ37tVVk4tGt4F0bDIUtqdagZCWC8Pg4dMHsa25y9KmPR8IXFg6HX1g.Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar borang yang lengkap serta semua dokumen ke alamat berikut:
Yayasan Sejahtera Kulai,
No 156 A, Jalan Susur Kulai 3,
81000 Kulai,
Johor Darul Takzim.
Dokumen Yang Diperlukan
Pemohon juga dikehendaki untuk kemukakan dokumen sokongan seperti berikut :
Salinan Kad Pengenalan pemohon.Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran Isi Rumah.Salinan Slip Gaji/Bukti Pendapatan Isi Rumah.Salinan SPM/Matrikulasi/STPM/STAM.Salinan Surat Tawaran Kemasukan Ke IPT.Salinan Kad OKU (jika berkenaan).Salinan Rekod Kesihatan / Temujanji Hospital (jika berkenaan).
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Kemasukan Ke IPTA@ IPTS, sila hubungi Pejabat Yayasan Sejahtera Kulai di talian 07-6605348.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/bantuan-kemasukan-ke-ipta-ipts-yayasan-sejahtera-kulai/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bantuan-kemasukan-ke-ipta-ipts-yayasan-sejahtera-kulai