Tawaf Wada Hukum Panduan Mengerjakannya


Tawaf Wada: Hukum &  Panduan Mengerjakannya
Ketika melaksanakan ibadat haji atau umrah, selain melaksanakan rukun-rukun dan wajib-wajibnya, salah satu kewajipan yang wajib dilaksanakan juga ialah tawaf wada‘. 
Tawaf wada adalah amat dituntut bahkan ia disaran oleh Rasulullah SAW. 
Berdasarkan sebuah hadith daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma, beliau berkata: “Dahulunya orang ramai beredar mengikut haluan masing-masing (untuk meninggalkan Mekah). Lalu Rasulullah SAW bersabda:
لَا يَنْفِرَنَّ أَحَدٌ حَتَّى يَكُونَ آخِرُ عَهْدِهِ بِالْبَيْتِ
Maksudnya: “Jangan sekali-kali seseorang daripada kamu meninggalkan Makkah sehinggalah akhir keberadaannya (di Makkah) al-Bait (Tawaf al-Wada`).”
Riwayat Muslim (1327)
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Tawaf Wada. 
BACA JUGA: Checklist Barang Keperluan Umrah: Senarai 20 Benda Wajib Bawa
Tawaf Wada Tawaf wada juga dikenali tawaf as-sadar, yang bermaksud tawaf selamat tinggal. 
Tawaf wada‘ merupakan pekerjaan terakhir yang wajib dilakukan sebelum meninggalkan Makkah setelah selesai segala urusan-urusan haji dan umrah. 
Hukum Ia WAJIB dilakukan bagi mereka yang hendak meninggalkan Makkah jarak 2 marhalah (91 kilometer) atau lebih.
Imam an-Nawawi rahimahullâh menyebutkan bahawa menurut pendapat yang paling shahih (al-ashah) dalam mazhab asy-Syafi‘i, hukum tawaf wada‘ adalah wajib ke atas orang yang hendak keluar meninggalkan Makkah sama ada orang Makkah atau bukan orang Makkah sebagai penghormatan kepada tanah haram.
Hukum ini tidak terkecuali sama ada orang itu selepas mengerjakan haji ataupun umrah. 
Ini kerana menurut pendapat yang paling shahih (al-ashah), tawaf wada‘ bukanlah sebahagian dari manasik haji, bahkan ia adalah ibadat yang tersendiri (mustaqillah) yang diperintahkan ke atas siapa sahaja yang hendak meninggalkan Makkah.  
Berkata al- Baghawi dan al-Mutawalli dan lainnya yang bermaksud: “Tawaf wada‘ bukan sebahagian dari manasik, bahkan ia adalah ibadat tersendiri yang diperintahkan ke atas sesiapa sahaja yang hendak meninggalkan Makkah ke tempat yang dibolehkan mengqashar sembahyang.. 
Sesiapa yang sengaja meninggalkannya tanpa sebarang keuzuran adalah berdosa dan dikenakan Dam.
Bagi yang jatuh sakit juga diwajibkan walaupun terpaksa berusung atau pun berkenderaan, selagi tidak membahayakan nyawanya dan ia mampu membayar upahnya.
Menurut mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Hukum Tawaf Wada adalah terbahagi seperti berikut:
(Rujukan: https://maktabahalbakri.com/1328-hukum-tawaf-wada-ketika-umrah/) 
Tawaf wada’ adalah diwajibkan bagi mereka yang menunaikan haji kerana hadith yang diucapkan oleh Rasulullah SAW supaya menjadikan tawaf wada’ sebagai ibadah akhir sebelum meninggalkan Makkah adalah ditujukan kepada jemaah haji ketika peristiwa Hajjatul Wada’. Tawaf wada’ ketika ingin pulang daripada melakukan umrah adalah sunat, afdhal dan sangat dituntut, tetapi ia tidaklah wajib untuk dilakukan berdasarkan pendapat majoriti ulama’. Nasihat kami, buat mereka yang telah selesai melakukan umrah dan ingin meninggalkan Makkah dan tidak mempunyai keuzuran yang menghalangnya, maka lakukanlah tawaf wada’. Ini berdasarkan umum hadith Nabi SAW. Walaupun begitu, beberapa perkiraan perlu diambil perhatian seperti jumlah jemaah yang amat ramai di dataran Kaabah atau berlakunya wabak seperti Covid-19 dan lain-lain wabak di samping kemampuan jemaah tersebut daripada segi kesihatan dan daya tahan. Semoga hal ini menjadi asas kepada pertimbangan untuk melakukan tawaf wada’ sama ada ia perlu dilakukan atau tidak. Syarat Sah Tidak boleh dilakukan kecuali setelah sempurna melakukan Tawaf Rukun (Rukun Umrah atau Rukun Haji). Hendaklah bersegera meninggalkan Makkah kecuali kerana perkara berkaitan solat atau perjalanan. Panduan Mengerjakan Tawaf Wada Cara mengerjakan Tawaf Wada sama seperti mengerjakan Tawaf Rukun, iaitu mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali dengan arah berlawanan jarum jam. 
Berikut ialah panduan mengerjakannya secara terperinci:
1. Mulakan tawaf dengan berdiri menghadap Kaabah, diantara Rukun Yamani dengan Rukun Hajarul Aswad. 
2. Berjalan dengan cara mengirikan Kaabah (Kaabah di sebelah bahu kiri kita).
3. Apabila sampai di penjuru kaabah yang terletaknya Hajarul Aswad,  maka sunat untuk berniat tawaf:
Maksud: Sahaja aku tawaf di Baitullah ini, tujuh pusingan kerana tawaf selamat tinggal, maka permudahkanlah pekerjaanku dan terimalah kerana Allah Taala.
Pastikan anda berniat sebelum tapak kaki memijak garisan hitam (yang menandakan arah Hajar Aswad) dan ketika tangan melambaikan ke arah Kaabah.
4. Seterusnya, mulakan tawaf anda. Sekiranya berkesempatan, anda boleh mengucup Hajarul Aswad. Jika tidak, cukuplah dengan melakukan istilam; melambaikan atau memberi isyarat tangan ke arah Hajarul Aswad dan mencium tangan itu dengan mengucapkan “Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd”
5. Setelah itu, teruskan bertawaf. Perbanyakkanlah berdoa sepanjang melakukan tawaf. Anda boleh rujuk doa-doa yang dianjurkan untuk setiap pusingan tawaf. 
6. Setiap kali apabila sampai pada Rukun Yamani, hendaklah kita mengangkat tangan sambil mengucapkan; Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd. 
7. Disunatkan membaca doa khas seperti di bawah setiap kali melintasi kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad:
Maksud: Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.
Selepas selesai tawaf sebanyak 7 pusingan, anda disunatkan Solat Sunat Tawaf dua rakaat kemudian berdoa di belakang Multazam.
Doa Selepas Tawaf Wada Maksud: Ya Allah Ya Tuhanku! Janganlah dijadikan tawaf dan ziarah hamba ini sebagai kali yang penghabisan di Baitullah. Jika sekiranya ditakdirkan menjadi kali terakhir maka aku memohon Syurga sebagai gantinya dengan kemurahan Engkau, Ya Tuhan Yang Amat Pemurah lagi Maha Penyayang.
Perkara yang BOLEH Dibuat Selepas Tawaf Wada Perkara yang TIDAK BOLEH Dibuat Selepas Tawaf Wada Mereka yang batal Tawaf Wada hendaklah mengulanginya. Kalau tidak, berdosa dan wajib dam.
Pengecualian Dam Bagi yang Tidak Mengerjakan Tawaf Wada Pengecualian (tidak berdosa dan tidak dikenakan Dam)
– Perempuan yang kedatangan haid atau nifas.
– Perempuan yang didatangi darah istihadhah( darah penyakit) pada lazimnya dia haid.
– Orang luka yang mengeluarkan banyak darah.
– Orang yang tidak mendapat air atau tanah untuk mengangkat hadas besar.
– Orang yang takut terancam nyawa, kehormatan diri atau harta bendanya.
– Orang yang takut ditinggalkan kawan.
– Orang yang berpenyakit salisalbaul (sering keluar air kencing) atau yang seumpamanya.
– Orang yang dipaksa meninggalkan tawaf.
– Orang yang takut kepada peminta hutang dalam keadaan dia benar-benar tidak berupaya membayar hutangnya.
– Orang tua yang terpaksa dipimpin atau diusung kerana uzur.
RUJUKAN: 
Facebook Rasmi Tabung Haji https://maktabahalbakri.com/1328-hukum-tawaf-wada-ketika-umrah/ 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tawaf-wada/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tawaf-wada

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Lengkap Bermain Poker Online Pkv Untuk Pemula

Panduan Lengkap Bermain Poker Online Pkv Untuk Pemula

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 203 hits
Poker online PKV telah menjadi salah satu permainan yang sangat populer di kalangan pemain judi online Bagi pemula memulai perjalanan di dunia poker online bisa terasa menantang Oleh karena itu dalam artikel ini kami akan memberikan panduan...
Artikel Panduan Lengkap Untuk Pemula Dalam Bermain Togel 45

Artikel Panduan Lengkap Untuk Pemula Dalam Bermain Togel 45

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 255 hits
Artikel Panduan Lengkap untuk Pemula dalam Bermain Togel 45 Halo para pemula yang tertarik untuk bermain togel 45 Pada kesempatan kali ini kami akan memberikan panduan lengkap untuk memulai perjalanan Anda dalam dunia togel 45 Jadi mari kit...
Panduan Bermain Togel Dengan Mengandalkan Shio Ular

Panduan Bermain Togel Dengan Mengandalkan Shio Ular

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 173 hits
Panduan Bermain Togel dengan Mengandalkan Shio Ular Apakah Anda seorang penggemar judi togel Jika iya maka Anda mungkin sudah mencoba berbagai strategi untuk meningkatkan peluang menang Anda Salah satu strategi yang populer di kalangan pema...
Hanya 2 Hari Pakaian Seragam Sekolah Garis Panduan Baharu

Hanya 2 Hari Pakaian Seragam Sekolah Garis Panduan Baharu

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 238 hits
nbsp Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan garis panduan baharu berkaitan pemakaian seragam sekolah untuk sesi persekolahan yang bakal bermula Mac ini Dua hari pakai pakaian seragam dua hari pakaian sukan dan satu hari pakaian ko kuriku...
3 Qul Panduan Bacaan Makna Surah Kelebihannya

3 Qul Panduan Bacaan Makna Surah Kelebihannya

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 358 hits
Surah 3 Qul atau juga dikenali sebagai Surah Al Muawwizat merujuk kepada tiga surah terakhir dalam Al Quran iaitu Surah Al Ikhlas Surah Al Falaq dan Surah An Nas Tiga surah ini merupakan surah yang sering dihafal dan diamalkan dalam kehidup...
Doa Selepas Iqamat Panduan Bacaan Dan Maknanya

Doa Selepas Iqamat Panduan Bacaan Dan Maknanya

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 335 hits
Iqamat merupakan seruan selepas azan yang dialunkan bagi menandakan bahawa jemaaah sudah boleh melaksanakan ibadah solat Seperti azan terdapat juga doa yang boleh kita baca selepas mendengar iqamat Berikut akan kami kongsikan doa dan pandua...
Solat Sunat Selepas Isyak Panduan Dan Bacaan Dalam Solat

Solat Sunat Selepas Isyak Panduan Dan Bacaan Dalam Solat

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 304 hits
Solat sunat selepas Isyak merupakan salah satu solat sunat di bawah solat sunat Rawatib Solat sunat ini merupakan sunat muakkad iaitu amalan sunat yang sangat digalakkan untuk dilakukan Oleh itu sebagai umat Islam amat penting untuk kita ke...
Langkah Menggunakan E Panduan Bagi Pelajar Lepasan Spm

Langkah Menggunakan E Panduan Bagi Pelajar Lepasan Spm

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 314 hits
Bagi pelajar lepasan SPM anda boleh merujuk panduan yang dimuatkan dalam e Panduan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai program yang ingin dipohon sama ada di peringkat Sijil Diploma ataupun Ijazah Sarjana Muda e Panduan mengandungi be...
Panduan Menang Besar Dalam Permainan Poker Online

Panduan Menang Besar Dalam Permainan Poker Online

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 141 hits
Panduan Menang Besar dalam Permainan Poker Online Halo semua Apakah Anda seorang pecinta poker online yang ingin menang besar dalam permainan ini Jika iya maka Anda telah berada di tempat yang tepat Kami akan memberikan panduan lengkap tent...
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

Selangor To Study Banning Vape Sales Says Mb

Pa Yang Multitasking


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Trading For Living Jalan Hidup Setelah Satu Dekade Blogging

10 Arahan Penting Sebelum Kamu Memutuskan Buy Atau Sell

Ist Page Of Google

Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu