Taufan Kajiki Badai Vietnam Ragut 3 Nyawa Setakat Ini


Taufan Kajiki Badai Vietnam, Ragut 3 Nyawa Setakat Ini
Semalam, Vietnam dikejutkan dengan kedatangan Taufan Kajiki yang membadai negara itu.
Beberapa rakaman video yang tular di media sosial memperlihatkan detik cemas ketika cuaca buruk melanda, dengan ramai penduduk terjejas serta pelbagai kerosakan dilihat berlaku.
https://x.com/agrimensuraferg/status/1960132931243974827
3 dilapor terkorban setakat ini Sekurang-kurangnya tiga orang dilaporkan maut di Vietnam setakat ini selepas Taufan Kajiki membadai negara itu.
Usaha menyelamat turut terjejas akibat pokok tumbang, kabel elektrik putus serta banjir besar yang menenggelamkan sebahagian jalan di ibu negara, Hanoi.
Kajiki melanda Vietnam pada Isnin dengan kelajuan angin mencecah 130 kilometer sejam, menerbangkan bumbung ribuan rumah. Selain itu, ia juga menyebabkan lebih 1.6 juta penduduk terputus bekalan elektrik, lapor AFP.
Pihak berkuasa memaklumkan sehingga Selasa, tiga kematian direkodkan dan 13 lagi cedera.
Amaran turut dikeluarkan mengenai kemungkinan banjir kilat dan tanah runtuh di lapan wilayah ekoran hujan lebat berterusan.
Di bandar Vinh, tengah Vietnam, tentera dan pasukan penyelamat dilihat membersihkan puluhan pokok tumbang dan kepingan bumbung besi yang menghalang laluan utama.
“Bumbung besi besar jatuh dari tingkat lapan sebuah bangunan, betul-betul ke tengah jalan. Mujur tiada yang tercedera, taufan kali ini benar-benar menakutkan,” kata seorang penduduk, Tran Van Hung, 65 tahun.
Seorang lagi penduduk, Nguyen Thi Hoa, 60, berkongsi pengalaman cemasnya.
“Bunyi angin malam tadi terlalu kuat, pokok berpusing dan kepingan besi beterbangan. Kami biasa dengan hujan lebat, tetapi angin seperti itu memang tidak pernah saya alami,” katanya.
Pihak berkuasa turut melaporkan sebanyak 27 kampung di kawasan pergunungan terputus hubungan. Manakala, lebih 44,000 penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan sebelum ribut melanda.
Kekacauan di Hanoi Di Hanoi, hujan lebat menyebabkan banyak jalan raya digenangi air hingga melumpuhkan trafik pada pagi Selasa.
“Memang mustahil bergerak pagi ini, halaman rumah saya juga sudah dinaiki air,” kata seorang penduduk, Nguyen Thuy Lan, 44.
Seorang lagi, Tran Luu Phuc, berkata beliau terperangkap lebih sejam kerana kenderaan tidak dapat bergerak akibat banjir.
“Banjir dan kesesakan lalu lintas hari ini benar-benar teruk, keadaan huru-hara di mana-mana,” katanya.
Selepas menjejaskan Vietnam, Kajiki yang kini melemah kepada ribut tropika bergerak ke utara Laos.
Hujan lebat di sana memaksa perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi Laos-China dihentikan pada Isnin dan Selasa, selain beberapa laluan jalan raya terputus. Namun, tiada kematian dilaporkan di Laos.
Menurut Kementerian Pertanian Vietnam, lebih 100 orang dilaporkan maut atau hilang akibat bencana alam dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
Tahun lalu, Taufan Yagi membadai Vietnam, Laos, Thailand dan Myanmar, mengakibatkan lebih 700 korban nyawa serta kerugian ekonomi mencecah berbilion dolar.
BACA: 14 Rakyat Palestin Termasuk 3 Wartawan Terbunuh Dalam Serangan Ke Atas Hospital Gaza
Sumber: AFP
The post Taufan Kajiki Badai Vietnam, Ragut 3 Nyawa Setakat Ini appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/26/taufan-kajiki-badai-vietnam-ragut-3-nyawa-setakat-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Taufan Podul Badai Taiwan Ratusan Penerbangan Dibatalkan Utusan Malaysia

Taufan Podul Badai Taiwan Ratusan Penerbangan Dibatalkan Utusan Malaysia

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 390 hits
Utusan Malaysia Jabatan Penyiaran Malaysia Sinar Harian BERITA Mediacorp Buletin TV3
Gelombang Haba Ragut Nyawa Kanak Kanak 4 Tahun Ibu Ayah Peka Tanda Bahaya Strok Haba

Gelombang Haba Ragut Nyawa Kanak Kanak 4 Tahun Ibu Ayah Peka Tanda Bahaya Strok Haba

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 707 hits
Gelombang haba ragut nyawa kanak kanak 4 tahun di Itali sekali gus menjadi amaran kepada semua ibu bapa betapa seriusnya ancaman cuaca panas melampau terhadap kesihatan si kecil Dalam insiden menyayat hati ini seorang kanak kanak lelaki war...
Banjir Kilat Di Pakistan Ragut 320 Nyawa Dalam 48 Jam Utusan Malaysia

Banjir Kilat Di Pakistan Ragut 320 Nyawa Dalam 48 Jam Utusan Malaysia

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 884 hits
Utusan Malaysia Jabatan Penyiaran Malaysia Astro Awani Berita Harian BERITA Mediacorp
Serangan Udara Israel Di Sanaa Ragut Nyawa Perdana Menteri Houthi Kumpulan Houthi

Serangan Udara Israel Di Sanaa Ragut Nyawa Perdana Menteri Houthi Kumpulan Houthi

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 1842 hits
Serangan Udara Israel Di Sanaa Ragut Nyawa Perdana Menteri Houthi Kumpulan Houthi ISTANBUL 31 Ogos Kumpulan Houthi di Yaman mengesahkan pada Sabtu bahawa perdana menteri dalam pentadbiran mereka maut dalam serangan udara Israel ke atas ibu ...
Vietnam Starts Mass Evacuations Shuts Airports As Typhoon Kajiki Approaches

Vietnam Starts Mass Evacuations Shuts Airports As Typhoon Kajiki Approaches

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 239 hits
Storm clouds form above the buildings in Vinh city Nghe An province before Typhoon Kajiki makes landfall in Vietnam HANOI Vietnam has shut down airports closed schools and initiated mass evacuations as it prepares for the most powerful stor...
Gempa Bumi Segamat Tiada Kerosakan Kemalangan Jiwa Dilapor Setakat Ini

Gempa Bumi Segamat Tiada Kerosakan Kemalangan Jiwa Dilapor Setakat Ini

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 1978 hits
Gempa Bumi Segamat Tiada Kerosakan Kemalangan Jiwa Dilapor Setakat Ini SEGAMAT 27 Ogos Tiada laporan kerosakan harta benda kecederaan mahupun kemalangan jiwa diterima setakat ini susulan gegaran lemah bermagnitud 3 2 yang berlaku di daerah ...
Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught

Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Nasi Goreng Tomyam Padu Wangi Resipi Pedas Yang Buat Terus Lapar

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Beli Rak Letak Pokok Bertingkat Online


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Kenapa Perempuan Selalu Overthinking

Kenapa Pilih Syarikat Packaging Custom Ini 7 Sebab Produk Anda Perlu Kotak Berkualiti

Terlupa Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid

Kesan Kopi Jantung Berdebar Setelah Dua Tiga Teguk

Panda Gergasi Terakhir Japan Mengucapkan Selamat Tinggal Yang Emosional Di Zoo Tokyo