Tasekgelugor Pencemaran Najis Babi Siasatan Polis Di Peringkat Akhir




Polis kini dalam peringkat akhir menyiapkan kertas siasatan berhubung pencemaran di Sungai Kereh, di sini yang dipercayai berpunca daripada pelepasan sisa najis babi sebelum menyerahkannya kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya, untuk tindakan seterusnya. 


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan kes itu pada 19 Nov lepas setelah menerima laporan polis daripada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang berhubung penceraman tersebut.


"Selepas laporan polis itu, kami membuka kertas siasatan dan sehingga hari ini seramai 50 individu termasuk daripada wakil-wakil agensi terlibat, penternak babi, penduduk dan pesawah di kawasan berkenaan telah direkodkan keterangan mereka.






"Pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah mengambil sampel air di Sungai Kereh minggu lepas dan saya difahamkan pihak Jabatan Alam Sekitar turut melakukan perkara sama (ambil sampel air sungai) untuk mengesan sama ada terdapat DNA babi serta sampel dari lapan ladang babi yang dikenal pasti dalam masalah pencemaran tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Katanya, semua sampel yang diambil oleh pasukan forensik PDRM itu dihantar ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Selangor untuk diuji dan pihaknya menjangkakan keputusan diketahui dalam masa terdekat.


Noorzainy berkata pihaknya juga menjangkakan kertas siasatan itu siap sepenuhnya dalam tempoh seminggu lagi kerana terdapat beberapa maklumat serta keputusan makmal yang masih belum diperoleh polis.




"Polis sekarang ini dalam proses menerima dan mendapatkan semua data serta laporan daripada pihak berkaitan terutama beberapa agensi kerajaan untuk melengkapkan kertas siasatan kes itu," katanya.


Beliau berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 430 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat dengan menyebabkan bahan buangan dilupuskan ke dalam sungai.


Semalam, Jawatankuasa Petugas Khas yang diketuai bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara Datuk Dr Nadzri Yahaya mengadakan lawatan mengejut bagi meninjau keadaan Sungai Kereh serta ladang babi di Kampung Selamat.


Jawatankuasa yang ditubuhkan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) itu diarahkan untuk menyelesaikan isu pencemaran najis babi di sungai berkenaan berikutan sudah menghantui penduduk sejak 40 tahun lepas.


-- BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/12/tasekgelugor-pencemaran-najis-babi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ugut Bunuh Ayob Khan Polis Mulakan Siasatan

Ugut Bunuh Ayob Khan Polis Mulakan Siasatan

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 320 hits
291 total views 291 views today APolis Johor sedang menyiasat kes ugutan bunuh ke atas Ketua Polis Negeri Datuk Ayob Khan Mydin PItchay yang dipercayai melibatkan tiga ahli kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam Menurut Ayob Khan dua mingg...
Wanita Maut Dikelar Polis Buru Lelaki Warga Indonesia Bantu Siasatan

Wanita Maut Dikelar Polis Buru Lelaki Warga Indonesia Bantu Siasatan

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 322 hits
KUALA LUMPUR Polis memburu seorang lelaki warga Indonesia bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita dipercayai rakan senegaranya di Klang pada Rabu Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata lelaki itu dikena...
Kajian Mansuhkan Upsr Kini Di Peringkat Akhir

Kajian Mansuhkan Upsr Kini Di Peringkat Akhir

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 151 hits
MALAYSIAKINI Cadangan untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah kini berada dalam peringkat akhir kajian Kementerian Pendidikan Timbalan Menteri Pendidikan I Muslimin Yahaya berkata keputusan muktamad mengenainya juga akan diumumkan...
Polis Terima 8 Laporan Salah Laku Seks Pendakwah Selebriti

Polis Terima 8 Laporan Salah Laku Seks Pendakwah Selebriti

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 310 hits
Polis terima 8 laporan salah laku seks pendakwah selebriti Dikemas kini 14 minit yang lalu Diterbitkan pada 6 Dec 2020 3 46PM
Lapor Polis Sprm Wakil Rakyat Tak Hadir Parlimen

Lapor Polis Sprm Wakil Rakyat Tak Hadir Parlimen

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 309 hits
Wakil rakyat tidak hadir sidang Parlimen wajar diambil tindakan kerana tidak melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh pengundi kepada mereka NGO Majlis Gabungan Media Digital Malaysia dalam satu kenyataan menyarankan agar rakyat mem...
Polis Terkejut Jumpa Lelaki Berjalan Sejauh 420km Gara Gara Cari Ketenangan Lepas Bergaduh Dengan Isteri

Polis Terkejut Jumpa Lelaki Berjalan Sejauh 420km Gara Gara Cari Ketenangan Lepas Bergaduh Dengan Isteri

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 187 hits
loading Milan Pelik tapi benar namun itu yang berlaku kepada lelaki di Itali ini yang nekad berjalan kaki sejauh 420 kilometer kerana mahu mencari ketenangan selepas bergaduh dengan isterinya
Apsal Kau Lambat Polis Acu Pistol Pada Member Sebab Lewat 5 Minit

Apsal Kau Lambat Polis Acu Pistol Pada Member Sebab Lewat 5 Minit

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 141 hits
Seorang anggota polis di Brazil mengacukan pistol pada rakan setugasnya hanya kerana dia terlambat minit pulang dari makan tengah hari lapor Daily Mail Kejadian itu dirakam oleh orang awam yang terkejut melihat tindakan anggota terbabit yan...
Suspek Positif Covid 19 Polis Nafi Balai Polis Bentong Telah Di Tutup Kepada Orang Awam

Suspek Positif Covid 19 Polis Nafi Balai Polis Bentong Telah Di Tutup Kepada Orang Awam

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 251 hits
KUANTAN Polis menafikan dakwaan yang tular dalam media sosial hari ini kononnya Balai Polis Bentong kira kira 162 kilometer dari sini ditutup kepada orang awam selepas seorang suspek yang ditahan disahkan positif COVID 19 Ketua Polis Daerah...
Anggota Polis Wanita Main Tik Tok Ketika Bertugas Akan Dikenakan Tindakan Tatatertib

Anggota Polis Wanita Main Tik Tok Ketika Bertugas Akan Dikenakan Tindakan Tatatertib

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 283 hits
Gara gara memuat naik video aksi tarian untuk dimuat naik di laman Tik Tok seorang anggota polis wanita dari Kontinjen Kelantan bakal berdepan dengan tindakan tatatertib Ketua Polis Kelantan Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata perbuatan...
Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

Overcoming Funding Challenges

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Dr Zaliha Terus Kunci Mulut Berkaitan Titah Adendum Minta Rujuk Ulasan Pm

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Nostalgia Bedak Sejuk

Lima Gandingan Makanan Hebat Untuk Pemakanan Sihat Dari Susan Bowerman

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Experience The Bee Heat Ac Difference Experience Superior Comfort

Dua Lelaki Warga Asing Empat Lari 70 Meter Sahaja

Bekas Pemain Import Liga M Antara Ditahan Dalam Op Kutip