Tasbih Kifarah Kelebihan Dalil Hadis Dan Adab Penutup Majlis


Tasbih Kifarah atau juga dikenali sebagai Tasbih Kafarah merupakan doa penutup majlis yang sering diamalkan oleh umat Islam selepas sesuatu pertemuan, perbincangan atau majlis ilmu.
Tasbih ini bukan sekadar zikir biasa, malah ia bertindak sebagai “penutup” atau “penebus” kesalahan yang mungkin berlaku dalam sesuatu majlis, di samping memiliki fadhilat yang besar dalam kehidupan seharian seorang Muslim.
Walaupun ia ringkas dan mudah diingati, tasbih ini membawa makna yang mendalam serta mempunyai kelebihan tersendiri dari sudut spiritual dan adab Islam.
Dalam masyarakat Islam di Malaysia, tasbih kifarah lazimnya dibacakan secara berjemaah selepas sesuatu majlis, sebagai bentuk pengakhiran yang penuh dengan kesedaran terhadap kekhilafan yang mungkin berlaku sepanjang perbincangan atau perkumpulan tersebut.
Lafaz Tasbih Kifarah
Berikut merupakan lafaz Tasbih Kifarah berserta maksudnya:
سُبْحَانَكَ اللّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ
Subhanakallahumma wa bihamdika, asyhadu an la ilaaha illa anta, astaghfiruka wa atuubu ilaik.
Maksud:
Maha Suci Engkau, ya Allah, dan dengan memuji-Mu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku memohon ampun kepada-Mu dan bertaubat kepada-Mu.
Kredit: FB JAWI
Dalil berkaitan Tasbih Kifarah Tasbih Kifarah mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Islam kerana ia diajarkan sendiri oleh Nabi Muhammad SAW.
Ia sering kali diamalkan pada akhir sesuatu majlis, perhimpunan, atau setelah selesai melakukan sesuatu perkara, sebagai penutup atau penebus kekurangan.
Amalan ini menunjukkan betapa Islam sentiasa mengajarkan umatnya untuk sentiasa bermuhasabah diri dan memohon keampunan daripada Allah SWT, walaupun atas kesalahan yang tidak disedari.
Terdapat beberapa hadis sahih yang menjelaskan tentang fadhilat dan kepentingan Tasbih Kifarah, antaranya:
‌مَنْ ‌جَلَسَ ‌فِي ‌مَجْلِسٍ فَكَثُرَ فِيهِ لَغَطُهُ، فَقَالَ قَبْلَ أَنْ يَقُومَ مِنْ مَجْلِسِهِ ذَلِكَ: سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ
Maksudnya: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis lalu banyak bergurau senda dalam majlis tersebut, sebelum meninggalkan itu hendaklah dia berdoa: Maha suci Engkau ya Allah dan segala puji-pujian bagi-Mu. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Engkau dan aku memohon ampun dan taubat kepada-Mu”.
Riwayat al-Tarmizi (3433)
Manakala dalam riwayat yang lain pula, Imam al-Baihaqi menukilkan riwayat  Abu al-Barzah al-Asalmi.
Riwayat berkenaan turut menyatakan hal yang sama bagi orang yang ingin meninggalkan majlis sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْك (. قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ تَقُولُ كَلَامًا مَا كُنْتَ تَقُولُهُ فِيمَا خَلَا قَالَ: (هَذَا كَفَّارَةُ مَا يَكُونُ فِي الْمَجْلِسِ)
Maksudnya: “Maha suci Engkau ya Allah dan segala puji-pujian bagi-Mu. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan engkau dan aku memohon ampun dan bertaubat kepada-Mu. Mereka barkata: wahai Rasulullah SAW! Sesungguhnya kami mengucapkan perkataan yang diucapkan oleh Mu. Berkata Rasulullah SAW: ini adalah penutup bagi majlis”.[2]
Riwayat al-Baihaqi (259)
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Kelebihan dan Fadhilat
Amalan Tasbih Kifarah memperlihatkan keindahan Islam dalam menjaga akhlak, lisan dan adab walaupun selepas sesuatu majlis berakhir.
Ia bukan hanya sunnah yang bernilai, tetapi juga refleksi sifat kehambaan dan kesederhanaan.
Dengan menjadikan bacaan ini sebagai rutin, kita memperkukuh hubungan dengan Allah dan sesama manusia.
Menghapuskan Dosa Kecil – Bacaan tasbih ini merupakan satu bentuk istighfar yang mengandungi pengakuan terhadap kesilapan dan permohonan keampunan daripada Allah SWT. Ia membantu menghapuskan dosa-dosa kecil, terutamanya dosa lisan yang mungkin berlaku semasa perbualan. Mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW – Membaca tasbih kifarah adalah satu sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Menghidupkan sunnah ini bermaksud memperolehi ganjaran pahala di samping menunjukkan rasa cinta kepada baginda Nabi. Memelihara Adab dalam Majlis – Tasbih kifarah mendidik umat Islam supaya sentiasa menjaga adab dalam perbincangan dan menjadikan setiap pertemuan sebagai ruang yang diberkati dan ditutup dengan permohonan keampunan. Meningkatkan Kesedaran Spiritual – Bacaan ini mengingatkan kita bahawa setiap majlis yang kita hadiri tidak terlepas daripada hisab di akhirat. Oleh itu, ia membantu meningkatkan kesedaran rohani terhadap tanggungjawab dan dosa. Memohon Taubat secara Konsisten – Doa ini turut mengandungi permohonan taubat kepada Allah SWT. Ia sesuai dengan ajaran Islam yang menekankan kepentingan bertaubat setiap masa kerana manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Artikel menarik: Solat Tasbih: Niat & Panduan Menunaikannya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tasbih-kifarah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tasbih-kifarah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kim Ji Min Dan Kim Joon Ho Serikan Hari Bahagia Mereka Dengan Majlis Perkahwinan Menawan

Kim Ji Min Dan Kim Joon Ho Serikan Hari Bahagia Mereka Dengan Majlis Perkahwinan Menawan

papar berkaitan - pada 14/7/2025 - jumlah : 155 hits
Majlis Perkahwinan Penuh Keceriaan Kim Joon Ho dan Kim Ji Min Foto foto daripada majlis perkahwinan pasangan komedian terkenal Kim Joon Ho dan Kim Ji Min yang dipenuhi dengan gelak ketawa telah selamat dikeluarkan Majlis tersebut berlangsun...
Manisnya Kalau Ada Majlis Doa Selamat Dan Taubat

Manisnya Kalau Ada Majlis Doa Selamat Dan Taubat

papar berkaitan - pada 12/7/2025 - jumlah : 153 hits
Atok boleh tak jgn kacau Negara nk Kembali bagun Rakyat nk hidup Aman Bahgia Dan generasi baru nk hidup lama lagi Bagi peluang la dia org cipta keamanan Dan kemakmuran Negara Anak cucu kami tu Lagi satu Tolonglah jgn guna nama kami RAKYAT b...
Pm Anwar Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mb Dan Km

Pm Anwar Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mb Dan Km

papar berkaitan - pada 14/7/2025 - jumlah : 108 hits
Mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke 146 di Putrajaya hari ini Mesyuarat ini merupakan platform penting yang memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri khususnya dalam menyelaras dasar...
Syed Saddiq Curi Tumpuan Dengan Kostum Superman Di Majlis Hari Lahir Anak Bella Astillah

Syed Saddiq Curi Tumpuan Dengan Kostum Superman Di Majlis Hari Lahir Anak Bella Astillah

papar berkaitan - pada 14/7/2025 - jumlah : 121 hits
KUALA LUMPUR Kehadiran Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencuri tumpuan ramai apabila tampil bergaya dengan kostum Superman sempena sambutan hari lahir anak anak penyanyi dan pelakon Bella Astillah Apa yang berlaku Majlis ya...
Hiburan Fattah Amin Amira Othman Kali Ini Benar Benar Bertunang Majlis Perkahwinan Terhebat Tahun 2025

Hiburan Fattah Amin Amira Othman Kali Ini Benar Benar Bertunang Majlis Perkahwinan Terhebat Tahun 2025

papar berkaitan - pada 12/7/2025 - jumlah : 164 hits
Melalui platform Threads sekarang ini sedang kecoh pasangan selebriti terhangat iaitu Fattah Amin dan Amira Othman sudah pun mengikat tali pertunangan Fattah Amin Amira Othman dah bertunang Dapat dilihat dalam platform berkenaan seorang ind...
Aktiviti Majlis Kesyukuran Doa Selamat Ulang Tahun Ke 100 Tun M Ppim 10 07 2025

Aktiviti Majlis Kesyukuran Doa Selamat Ulang Tahun Ke 100 Tun M Ppim 10 07 2025

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 196 hits
Sekitar Majlis Kesyukuran Doa Selamat sempena ulang tahun ke 100 YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad yang dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi di Masjid Saidina Umar Al Khattab Bukit Damansara
Padang Majlis Perbandaran Kuantan 4

Padang Majlis Perbandaran Kuantan 4

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 171 hits
Lokasi Padang Majlis Perbandaran Kuantan 4 Alamat Jalan Kemunting Tanah Putih 25100 Kuantan Pahang Waktu Operasi Tiada had masa ditetapkan Tarikh Lawatan 28 Jun 2025 Padang Majlis Perbandaran Kuantan 4 yang terletak di sebelah menjadi lokas...
Menyantuni Jemputan Majlis Perkahwinan Siti Nurdiana Khalil Anak Kawan Sa

Menyantuni Jemputan Majlis Perkahwinan Siti Nurdiana Khalil Anak Kawan Sa

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 175 hits
Assalamualaikum Semalam SA ke Kuala Pilah menghadiri dan menyantuni jemputan majlis perkahwinan anak kepada kawan SA Siti Nurdiana nama diberi Majlis gilang gemilang perkahwinan anak sulung En Ghafizal Al Sufian diadakan di Dewan KPDNHEP Ku...
Anwar Hopes Chief Justice Will Carry Out Duties With Wisdom Integrity

Polis Thailand Akan Serah Eda Ezrin Kepada Imigresen Malaysia Di Icqs Rantau Panjang

Mentors For Startup Business Owners

Warga Asing Tanam Mayat Kawan Di Tapak Lupus Sampah Ditahan Polis

Travel Bajet Ke Pulau Pinang Panduan Lengkap Untuk Percutian Solo Keluarga

Elakkan Salah Pasang Ini Antara Kesalahan Selalu Berlaku Bila Gantung Jalur Gemilang

Rediscovering Intimacy Through Aroma And Vapor A Deep Dive Into Vapordisiacs

Template Buku Program Hari Kebangsaan 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Solidariti Aman Keningau Bersama Zara

Simple Trim Healthy Mama Recipe Book

Bihun Goreng Kampung

Eda Ezrin Nur Aida Selesai Ambil Keterangan Lebih 3 Jam

Bubur Lambuk Segera Brahims Mudah Cepat Sedap

Sentuhan Moden Pada Kuih Tradisional Resipi Warisan Yang Berjiwa Kontemporari