Tarikh Rasmi Maulidur Rasul 2024 Serta Sejarah Dan Tujuan Sambutannya


Tarikh Rasmi Maulidur Rasul 2024 Serta Sejarah dan Tujuan Sambutannya 10 Bagi memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW, Umat islam di seluruh dunia akan mengadakan pelbagai majlis sambutan Maulidur Rasul 2024 seperti acara perarakan, ceramah, dan sebagainya. Sambutan Maulidur Rasul merupakan satu medium untuk mendidik dan mengingati Rasulullah SAW dan ianya merupakan antara amalan yang diterima sebagai salah satu usaha untuk mencintai baginda.
Umumnya penyertaan di dalam acara perayaan ini dilihat sebagai satu kebangkitan dalam beragama dan ekspresi sebuah keimanan dalam diri penganutnya. Allah SWT mengurniakan banyak kelebihan dan keistimewaan bagi mereka yang menghadiri serta mengadakan majlis Maulidur Rasul. Namun, tidak dinafikan masih ada sebahagian pihak yang tidak faham dan mempertikaikan usaha tersebut dan melabelkannya sebagai suatu bidaah. Oleh itu, marilah sama-sama kita meneliti apakah makna sebenar maulidur rasul itu sendiri.
Penerangan Mengenai Maulidur Rasul 2024 Tarikh Rasmi Maulidur Rasul 2024 Serta Sejarah dan Tujuan Sambutannya 11 Apakah Itu Maulidur Rasul? Maulidur Rasul atau lebih dikenali sebagai Maulud Nabi Muhammad SAW adalah merupakan hari keputeraan nabi yang terakhir diutus oleh Allah SWT di dalam islam iaitu baginda Nabi Muhammad SAW. Asal perkataan maulid ialah berasal daripada bahasa arab iaitu ولد (wa-la-da) , yang membawa maksud “lahir” atau “zuriat” . Perkataan ini juga dirujuk sebagai sambutan Maulidur Rasul dalam konteks kontemporari.
Di Malaysia khususnya , Maulidur Rasul dikenali sebagai Maulud Nabi. Dan sebagai kebiasaan, orang Islam di Malaysia menyambut Maulud Nabi dengan pelbagai aktiviti keagamaan seperti contoh perarakan, ceramah agama serta bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
Tarikh Rasmi Maulidur Rasul 2024 Maulidur Rasul adalah merupakan cuti kebangsaan untuk semua negeri di dalam Malaysia. Ianya juga disebut sebagai Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW serta dilihat semasa Rabi ‘al-awwal, iaitu bulan ketiga di dalam kalendar Islam.
TAHUNTARIKH202416 September (Isnin)Tarikh Hari Maulidur Rasul Bagi tahun 2024. Bagi tarikh tahun-tahun sebelumnya pula ialah :
TAHUNTARIKH202328 September (Khamis)20229 Oktober (Ahad)202119 Oktober (Selasa)202029 Oktober (Khamis) Sejarah Maulidur Rasul Kelahiran Nabi Muhammad SAW adalah sekitar tahun 570 (masihi). Baginda pula telah dibesarkan oleh bapa saudaranya selepas Ibu Bapanya telah meninggal dunia semasa kecil. Permulaan kehidupan Nabi Muhammad SAW dimulai dengan menceburi dalam bidang penggembalaan dan perdagangan.
Selepas itu, Baginda mula berdakwah sekitar umur baginda 40 tahun. Nabi Muhammad SAW sendiri dan pengikut-pengikutnya yang berjumlah hampir sekitar sepuluh ribu orang telah berjaya menguasai kota Mekah. Di pengakhiran kewafatan baginda yang mulia adalah pada tahun 632 masihi akibat keuzuran selepas menyatukan Tanah-tanah Arab menjadi sebuah entiti Muslim yang tunggal.
Bermula sejak zaman awal Islam sudah terdapat sejarah sambutan Maulidur Rasul yang mana telah diadakan penganjuran nyanyian syair dan lagu terhadap Rasulullah SAW oleh sebilangan para Tabi’in. Muzaffar al-Din Gökböri (630 H/1233 M). adalah penguasa Islam yang pertama diduga menyambut Maulidur Rasul secara rasminya.
Sambutan Maulidur Rasul 2024 dan Teks Selawat Ke Atas Nabi Tujuan Sambutan Maulidur Rasul Terdapat beberapa pendapat yang mempertikaikan perayaan sambutan Maulidur Rasul dan menyebutnya sebagai bidaah (inovasi dalam agama) walaupun sambutan tersebut dilihat sebagai salah satu cara untuk menghormati dan mengenang perjuangan baginda SAW ketika susah payah baginda dalam berdakwah untuk mengajak umat supaya beriman kepada Allah SWT. Namun, penulis disini berpendapat sederhana dengan menurut pandangan Imam Al-Syafii, jika perayaan tersebut tidak bertentangan dengan ajaran Al-Quran, Sunnah, pandangan ulama salaf, dan kesepakatan umat Islam, maka tidak dianggap sebagai bidaah yang salah.
Secara ringkasnya, sambutan tersebut memiliki beberapa tujuan untuk dicapai oleh seluruh umat Islam di dunia, termasuklah menghayati ajaran dan teladan Baginda dalam beragama seperti aspek ibadah, akhlak, dakwah, cinta dan kasih sayang terhadap sahabat dan umatnya. Tidak dilupa juga, bagi memantapkan keyakinan dan kecintaan akan Baginda Rasulullah SAW.
Akhir kalam, umat Islam di seluruh dunia dapat merayakan sambutan ini sebagai suatu bentuk penghormatan kepada baginda Nabi Muhammad SAW selagi ianya tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Teks Selawat Maulidur Rasul Soalan FAQs Berkenaan Maulidur Rasul 2024 Bilakah sambutan hari maulidur rasul dibuat pertama kali? sambutan hari maulidur rasul diduga dibuat pertama kali secara rasmi pada 1588m oleh Muzaffar al-Din Gökböri (630 H/1233 M) dikenali sebagai, Mevlid Kandil.
Kenapa hari maulidur rasul disambut? sebagai suatu tanda memperingati perjuangan dakwah Nabi Muhammad SAW.
Apakah kepentingan hari maulidur rasul? Bagi menghayati kembali keagungan insan yang mulia Rasulullah SAW dalam membebaskan manusia daripada akidah yang menyesatkan
Apakah dilakukan semasa maulidur rasul? Seperti contoh perarakan sambil berselawat ke atas nabi, Majlis bacaan al-quran, ceramah agama, majlis berselawat.
Bagaimana masyarakat Malaysia sambut hari maulidur rasul? Aktiviti paling popular masyarakat di Malaysia khususnya menyambut perayaan Maulidur Rasul adalah dengan perarakan sambil berselawat dan Majlis Bacaan/Hafazan Al-Quran.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2024/01/maulidur-rasul-2024.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadual Tarikh Bayaran Pencen 2024 Rasmi Oleh Jpa

Jadual Tarikh Bayaran Pencen 2024 Rasmi Oleh Jpa

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 452 hits
Info terbaru mengenai tarikh bayaran pencen 2024 yang rasmi dikeluarkan oleh jabatan perkhidmatan awam Sehubungan itu anda boleh membuat semakan dalam matahari tarikh pembayaran yang seperti disenaraikan bagi tahun 2024 Adalah tarikh bayara...
Tarikh Rasmi Ketibaan Bulan Puasa 2024 Di Malaysia

Tarikh Rasmi Ketibaan Bulan Puasa 2024 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 605 hits
Tarikh Rasmi Ketibaan Bulan Puasa 2024 di Malaysia 8 Setiap tahun akan menjelangnya bulan yang paling istimewa dan ditunggu tungu oleh umat islam iaitu bulan ramadhan Setiap kali datangnya bulan puasa sudah pasti ramai yang akan membeli bel...
Tarikh Rasmi Hari Raya Aidilfitri 2024

Tarikh Rasmi Hari Raya Aidilfitri 2024

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 595 hits
Tarikh Rasmi Hari Raya Aidilfitri 2024 5 Hari raya aidilfitri 2024 adalah hari yang ditunggu tunggu oleh semua umat islam pada tahun ini Hari raya puasa aidilfitri juga adalah hari kemenangan bagi umat islam kerana telah berpuasa selama seb...
Tarikh Nifsu Syaaban 2024 Dan Kelebihan Malam Nifsu Syaaban

Tarikh Nifsu Syaaban 2024 Dan Kelebihan Malam Nifsu Syaaban

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 339 hits
Tarikh Nifsu Syaaban 2024 dan Kelebihan Malam Nifsu Syaaban 7 Mengapakah malam begitu istimewa Banyak kelebihan malam nisfu syaaban antaranya malam terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa Umat Islam dinasihati untuk tidak melepask...
Tarikh Tarikh Penting Islam 2024

Tarikh Tarikh Penting Islam 2024

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 462 hits
Alhamdulillah Selamat tahun baru semua Moga tahun ini menjadikan kita semua lebih baik lagi Insya Allah Berikut merupakan Takwim Islam 2024 dan tarikh penting Islam 2024 Sumber Muat Turun
Cuti Sekolah 2024 2025 Tarikh Cuti Penggal Cuti Akhir Tahun

Cuti Sekolah 2024 2025 Tarikh Cuti Penggal Cuti Akhir Tahun

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 611 hits
Dalam jadual di bawah ini disertakan bersama tarikh cuti sekolah akhir tahun iaitu cuti Penggal dan Cuti Sekolah Takwim KPM yang turut menyertakan cuti perayaan cuti penggal cuti akhir tahun serta tarikh pembukaan sekolah KPM bagi sesi 2024...
Permohonan Bantuan Skim Khairat Kematian Rm1 000 Tahun 2024 Serta Syarat Kelayakan

Permohonan Bantuan Skim Khairat Kematian Rm1 000 Tahun 2024 Serta Syarat Kelayakan

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 467 hits
Permohonan Bantuan Skim Khairat Kematian RM1 000 Tahun 2024 Serta Syarat Kelayakan 25 Kerajaan Madani perkenalkan Skim Khairat Kematian untuk rakyat Malaysia Mungkin masih belum ramai yang mengetahui berkenaan inisiatif kerajaan bagi memban...
Cara Daftar Dan Semak Muet On Demand Online Serta Tarikh Penting Muet

Cara Daftar Dan Semak Muet On Demand Online Serta Tarikh Penting Muet

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 360 hits
Untuk pengetahuan semua Majlis Peperiksaan Malaysia kini menawarkan jenis Ujian MUET On Demand yang merupakan sebuah ujian berbentuk Computer Based Test Ia mula diperkenalkan pada bulan April 2018 MoD ini adalah inisiatif untuk memudahkan p...
Tarikh Hari Puasa 2024 Dan Cuti Bulan Ramadhan 1445 Hijrah

Tarikh Hari Puasa 2024 Dan Cuti Bulan Ramadhan 1445 Hijrah

papar berkaitan - pada 12/1/2024 - jumlah : 872 hits
Umat Islam di seluruh dunia amat menantikan tarikh hari puasa beserta cuti bulan ramadhan yang mulia Bulan ramadan ialah merupakan bulan kesembilan di dalam kalendar Islam dan ianya dianggap sebagai bulan yang paling suci Di dalam bulan ini...
Asia S Brightest Young Builders Crowned At Legoland School Challenge 2025

Uni Student 17 Falls To Death At Cyberjaya Condo

Restoran Suhaimi Ipoh Port Sarapan Pagi Legend

Naik Bas Dari Makkah Ke Kota Madinah

Throttles And Bottles Vtr Customs Nitrous Boosted Bmw R 12 Ninet

Why Are Sweet Potatoes Considered So Healthy When They Are Extremely Sweet

Senarai Syarikat Produk Jenama Popular Pro Israel

Sejarah Dan Asal Usul Flotilla Ke Gaza


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Daging Goreng Kunyit Versi Kering Dan Bab Sumud Flotila

Lirik Lagu Sumud Nusantara Fetya

Usa89 10 July Usa89 Top 30 By Iris

Perjelas Isu Love Line Song Jihyo Gembira Kim Jongkook Bahagia Bersama Isteri Kini Cuma Urusan Kerja

Permintaan Tinggi Tiket Konsert Kru The Finale One More Time Sebabkan Ticket2u Crash

Majikan Wanita Siram Air Panas Kepada Pekerja Perempuan Kerana Jalin Hubungan Romantik