Tarik Balik Surat Kebenaran Dakwah Di Sekolah Gabungan Agama Beritahu Putrajaya


Minderjeet Kaur
-December 29, 2019 4:55 PM

RS Mohan Shan berkata, beliau menerima laporan daripada pelajar beragama Hindu di maktab perguruan berhubung aktiviti penyebaran Islam.
PETALING JAYA: Gabungan agama bukan Islam terbesar di Malaysia menggesa Kementerian Pendidikan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menarik balik surat kebenaran untuk menjalankan aktiviti dakwah di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT).

Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) mahu pihak terbabit mengeluarkan surat baru menyatakan program Rakan Siswa Yadim hanya akan dijalankan dalam kalangan pelajar Islam dan tidak akan membabitkan pelajar bukan Islam.

Naib Presiden MCCBCHST, RS Mohan Shan berkata, surat kebenaran asal masih ada walaupun Kementerian Pendidikan menafikan dakwaan aktiviti itu ialah langkah Islamisasi oleh Yadim di sekolah.

Beliau memberitahu FMT, majlis perundingan itu bimbang wujud “niat tersembunyi” untuk menyebarkan Islam kepada pelajar bukan Islam.

Beliau yang juga presiden Hindu Sangam Malaysia, berkata pihaknya menerima laporan daripada pelajar beragama Hindu di maktab perguruan berhubung aktiviti penyebaran Islam.

MCCBCHST dalam satu kenyataan kepada FMT berkata, ia bimbang dengan surat kebenaran bertarikh 2 Okt lalu yang terbocor di media sosial untuk Yadim menjalankan kegiatan dakwah di sekolah, maktab perguruan, politeknik, kolej komuniti, universiti awam dan swasta terpilih di Malaysia.

“Aktiviti dakwah ini dirancang untuk dilakukan secara besar-besaran dalam kalangan pelajar muda dan mudah dipengaruhi.”

Katanya, tiada niat sebaliknya ditunjukkan dalam surat kebenaran asal itu.

Ia berkata, sasaran Yadim ialah pelajar bukan Islam kerana tiada keperluan menjalankan aktiviti dakwah dalam kalangan Islam yang mengambil subjek Islam.

Katanya, surat kebenaran asal menyatakan Yadim ialah badan dakwah yang mahu menjadikan Malaysia sebagai model pentadbiran Islam, termasuk mengembangkan Islam dengan melahirkan pendakwah Yadim terlatih.

“Niatnya jelas iaitu menjalankan aktiviti dakwah dengan melantik pendakwah di sekolah untuk melakukan kerja mereka.”

Katanya, untuk mengawal keadaan, Kementerian Pendidikan segera tampil menafikan dakwaan Islamisasi di sekolah.

“Tetapi, tiada jaminan diberikan dalam surat kebenaran kementerian itu. Mustahil untuk pegawai kementerian memantau ribuan sekolah dan jaminan yang diberikan tidak bermakna.”

MCCBCHST turut menggesa usaha dilakukan untuk menghalang Yadim menjalankan aktiviti dakwah di sekolah dan IPT lain.

“Sekolah ialah tempat belajar dan mengajar kemahiran sewajarnya kepada kanak-kanak. Ia bukan tempat untuk menyebarkan ajaran mana-mana agama.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/12/tarik-balik-surat-kebenaran-dakwah-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Iman Dapat Tawaran Ke Sekolah Menengah Agama Al Falah Kemaman Terengganu

Iman Dapat Tawaran Ke Sekolah Menengah Agama Al Falah Kemaman Terengganu

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 841 hits
Iman Dapat Tawaran Ke Sekolah Menengah Agama Al Falah Kemaman Keputusan untuk kemasukan ke sekolah menengah agama negeri Terengganu telahpon diperolehi pada 19 Disember 2019 jam 10 pagi KakYa semak keputusan melalui online dan Alhamdulillah...
Terlentok Adik Dalam Raga Motor Foto Ibu Ambil Anak Balik Sekolah Bawa Anak Kecil Cetus Hiba

Terlentok Adik Dalam Raga Motor Foto Ibu Ambil Anak Balik Sekolah Bawa Anak Kecil Cetus Hiba

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 432 hits
Selalu dalam hidup ini tipulah jika kita tidak pernah merungut pasti kita sentiasa idamkan sesuatu yang lebih baik sehinggakan lupa untuk bersyukur dengan apa yang telah kita miliki Namun satu gambar yang tular ini memaparkan seorang ibu gi...
Pendaftaran Sekolah Agama Dan Tadika Agama Selesai

Pendaftaran Sekolah Agama Dan Tadika Agama Selesai

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 1045 hits
Alhamdulillah pagi tadi selesai minggu ukhwah sekolah untuk anak yang darjah 1 sekolah agama dan tadika agama johor Pagi tadi datang dah siap pakai uniform lengkap Mak bapak nya pulak ada taklimat untuk pelajar pelajar baru ni Semalam dah s...
Bikin Sebak Viral Gambar Budak Masih Berbaju Sekolah Gigih Pikul Kayu Api Balik Rumah

Bikin Sebak Viral Gambar Budak Masih Berbaju Sekolah Gigih Pikul Kayu Api Balik Rumah

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 477 hits
Pelbagai telatah dan gelagat anak kecil yang dapat dilihat tersebar luas di media sosial selepas musim cuti persekolahan melabuhkan tirainya Susulan daripada itu seorang pengguna Facebook yang bernama ada berkongsikan beberapa keping gambar...
Bagaimana Membalas Surat Tunjuk Sebab Lewat Hadir Ke Sekolah

Bagaimana Membalas Surat Tunjuk Sebab Lewat Hadir Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 621 hits
Surat balasan kepada surat tunjuk sebab dek kelewatan hadir ke sekolah perlu dijawab dengan ringkas dan tepat Penggunaan tatabahasa yang betul adalah sangat perlu Penjelasan atas kelewatan perlu diberikan dengan jelas Elakkan nada memberi a...
Dong Zong 60 Tahun Hidup Di Malaysia Tapi Tulis Surat Kenyataan Macam Budak Sekolah Rendah

Dong Zong 60 Tahun Hidup Di Malaysia Tapi Tulis Surat Kenyataan Macam Budak Sekolah Rendah

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 635 hits
Foto Sangat memalukan kelihatan seperti kenyataan dalam bahasa Cina yang diterjemah menggunakan Google Translate Memang selayaknya mendapat markah F atau Gagal Aku rasa kalau suruh mereka nyanyi lagu Kebangsaan pun misti tergagap gagap
Lagi Tanda Tanya Selepas Jppm Tarik Balik Notis Gantung Mtuc

Lagi Tanda Tanya Selepas Jppm Tarik Balik Notis Gantung Mtuc

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 288 hits
PETALING JAYA Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia mengesahkan ia ada mengeluarkan notis penggantungan terhadap Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia tetapi notis bertarikh 16 Dis itu sudah ditarik balik dan notis baru dikeluarkan Perkara it...
Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Not All Flag Mistakes Are Equal

Infinix Kembangkan Siri Note 50 5g Dengan Model Baharu Note 50x 5g Note 50s 5g

30 Sekolah Ranking Terbaik Spm 2024 Di Malaysia

Buasir Otak Tv Pergi Pasar Cari Apam Apam Takde Be Like


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya

Buat Sampai Fajar Konsep Menarik Yang Tak Terduga

Ground Zero Thriller Penuh Aksi Tanpa Selindung

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Tapak Pelancaran Roket Antarabangsa Di Pahang Dijangka Siap Seawal 3 Hingga 5 Tahun