Tarif Air Perak 75 Sen Semeter Padu Mulai 1 Mei


bharian.com.my
Oleh Muhammd Zulsyamini Sufian Suri
[email protected] - April 18, 2024 @ 10:42am
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. - Foto NSTP/L Manimaran
IPOH: Tarif baharu air bagi kategori domestik di negeri ini akan dinaikkan pada kadar 5 sen bagi setiap meter padu bermula 1 Mei ini.

Penetapan itu yang pertama selepas 18 tahun, jauh lebih rendah berbanding kadar purata 22 sen yang ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebelum ini.

Pejabat Menteri Besar Perak dalam satu kenyataan berkata menerusi kenaikan itu, tarif baharu air kini 75 sen per meter padu bagi penggunaan sehingga 20 meter padu sebulan.

Katanya, bagi penggunaan 21 hingga 35 meter padu sebulan, ia ditetapkan pada kadar RM1.08 berbanding RM1.03 sebelumnya.

"Bagi mengurangkan kesan perubahan tarif kepada pengguna domestik, Lembaga Air Perak (LAP) turut memberikan rebat pada kadar 40 sen setiap meter padu bagi penggunaan sehingga 10 meter padu pertama sebulan iaitu bersamaan RM4.00 sebulan.

"Dengan rebat berkenaan, kadar purata tarif bagi penggunaan sehingga 20 meter padu dapat dikurangkan kepada hanya 55 sen bagi setiap meter padu berbanding 75 sen sekiranya tanpa rebat.

"Caj minimum bagi penggunaan domestik pula adalah RM7.50 sebelum mengambil kira pemberian rebat. Selepas rebat, caj minimum adalah RM3.50 berbanding sekarang iaitu RM3," kata kenyataan berkenaan hari ini.

Pejabat Menteri Besar Perak berkata penetapan tarif baharu berkenaan tidak menjejaskan program air percuma 25 meter padu sebulan untuk golongan sasar dan program air percuma 20 meter padu kepada rumah ibadat.

Katanya, bagi pengguna bukan domestik pula, kenaikan juga adalah sebanyak 5 sen bagi setiap meter padu penggunaan.

"Pun begitu, kerajaan negeri sudah memutuskan supaya LAP memanfaatkan sebaiknya penetapan tarif baharu itu untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan termasuk menggantikan paip-paip lama dan menambah baik aspek penyelenggaraan.

"Dalam hubungan itu, LAP memerlukan dana mencukupi bagi membiayai program-program penambahbaikan termasuk membina loji-loji rawatan air khususnya di kawasan-kawasan pembangunan baharu," katanya.

Semalam, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang juga Pengerusi LAP dalam satu majlis di pejabatnya, di sini melahirkan keyakinan kadar tarif baharu itu masih boleh diterima oleh rakyat.

"Saya yakin ia (kenaikan) boleh diterima rakyat. Pertama, sebab ia sudah melepasi puluhan tahun kita tak pernah menaikkan tarif itu.

"Keduanya, ada keperluan khusus bagi LAP mempunyai wang mencukupi untuk memperbaiki perkidmatannya.

"Jadi kita perlukan sedikit tambahan wang dan kos untuk membolehkan LAP seperti untuk nak ganti paip baharu, nak perbaiki mana-mana paip lama serta pelbagai sistem-sistem baharu termasuk meter dan sebagainya.

"Kenaikan itu bukan untuk keuntungan LAP tetapi akan dipulangkan semula dalam bentuk perkhidmatan kepada pengguna.

"Saya harap pengguna tak akan terlampau melenting disebabkan kenaikan ini yang tidak pun terlampau besar hingga menyusahkan pengguna. Kenaikannya masih munasabah," katanya.

Saarani turut mengumumkan pelantikan Lokman Abd Rahim sebagai Pengurus Besar LAP baharu berkuatkuasa hari ini, menggantikan Datuk Ishak Abd Rahman yang bersara wajib pada 10 April lalu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/04/tarif-air-perak-75-sen-semeter-padu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Haji 2024 Jemaah Gelombang Pertama Mulai Diberangkatkan Ke Tanah Suci 12 Mei

Haji 2024 Jemaah Gelombang Pertama Mulai Diberangkatkan Ke Tanah Suci 12 Mei

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 397 hits
total kuota haji Indonesia tahun ini berjumlah 241 000 jemaah Jumlah ini terdiri atas 213 320 kuota jemaah haji reguler dan 27 680 kuota jemaah haji khusus
Lawrence Wong Dilantik Pm Baharu Singapura Mulai 15 Mei

Lawrence Wong Dilantik Pm Baharu Singapura Mulai 15 Mei

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 162 hits
Lawrence Wong dilantik PM baharu Singapura mulai 15 Mei Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 15 Apr 2024 5 08PM
10 Tempat Pelancongan Menarik Di Negeri Perak

10 Tempat Pelancongan Menarik Di Negeri Perak

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 173 hits
Kot kot lah korang nak mai jalan jalan dekat Perak tak tau nakp mana Korang boleh pi semua tempat tempat ni Sumber
Studio Raya Seri Iskandar Perak Di Razin Zain

Studio Raya Seri Iskandar Perak Di Razin Zain

papar berkaitan - pada 7/4/2024 - jumlah : 494 hits
Studio Raya Seri Iskandar Perak di Razin Zain Masuk ini kali ke 3 lagi cik en bersama sama dengan Razin Zain Profesional Studio untuk abadikan memeori beraya bersama keluarga Cuma adik cik en dan suaminya tak dapat sertai sebab adik masih k...
Rendang Pedas Perak Hidangan Istimewa Di Hari Raya

Rendang Pedas Perak Hidangan Istimewa Di Hari Raya

papar berkaitan - pada 7/4/2024 - jumlah : 385 hits
Insya Allah kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dalam beberapa hari lagi Bermakna Ramadhan juga akan meninggalkan kita samada kita mengambil manafaat sepenuhnya dari bulan yang mulia ini atau tidak Kalau siapa yang melalui bulan Ramad...
Aksb Sedia 39 Lori Tangki Bekal Air Pada Musim Aidilfitri

Aksb Sedia 39 Lori Tangki Bekal Air Pada Musim Aidilfitri

papar berkaitan - pada 8/4/2024 - jumlah : 211 hits
AKSB mengambil pelbagai langkah dalam pelan kesiapsiagaannya untuk menjamin kelangsungan bekalan air di Kelantan sepanjang musim Aidilfitri PETALING JAYA Air Kelantan Sdn Bhd akan menyediakan 39 buah lori tangki termasuk 27 lori kontrak unt...
Perak Negeri Pertama Mengeluarkan Hasil Bawang

Perak Negeri Pertama Mengeluarkan Hasil Bawang

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 194 hits
Perak Jadi Negeri Pertama Di Malaysia Membawang Di SungkaiProjek perintis tanaman bawang seluas satu hektar di Kampung Ladang Bikam Sungkai berjaya memberikan hasil pengeluaran 2 3 tan untuk tuaian kali pertama Penanaman ini menggunakan var...
Pos Malaysia And Pdrm Perak Collaborate To Launch Commercial Crime Prevention Programme Phone Scam

Pos Malaysia And Pdrm Perak Collaborate To Launch Commercial Crime Prevention Programme Phone Scam

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 414 hits
Pos Malaysia Berhad the national post and parcel service provider and the Perak Commercial Crime Investigation Department of the Royal Malaysia Police recently joined forces to launch the Commercial Crime Prevention Programme Phone Scam aim...
Blog Manis Strawberi Datang Memberi Kejutan Hari Ini

Netizen Persoal Kenapa Nedim Nazri Masih Belum Padam Foto Free Hair Nora Danish Dia Dah Berhijab Kan

Mickey Ayo Beri Petunjuk Bersedia Mendirikan Rumah Tangga Netizen Kaitkan Dengan Nora Danish 8 September

Ucapan Muhyiddin Diganggu Suasana Himpunan Bersatu Bertukar Kecoh

Meet The Aprilia Rsv4 X Gp A 90 000 Motogp Race Replica

The Trauma Code Heroes On Call Kdrama

Resepi Air Lai Chi Kang Buah Luo Han Guo Kering Manis Semula Jadi Menyegarkan

Pakar Patologi Inkues Zara Buat Repot Polis Kerana Diancam Warganet


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Juara Pertandingan Dekorasi Ruang Merdeka 2025

Cara Kaifiyat Solat Sunat Gerhana Bulan

Kisah Tukang Kayu 40 Hari Di Alam Kubur Antara Cerita Dan Hakikat

Marjinal Negri Ngeri Chord

Solat Sunat Gerhana Bulan Panduan Jakim Jabatan Mufti

Pelawak Terkenal Indonesia Sule Dilaporkan Sakit