Tapi Pak Menteri Kata Relaks Lah


 

Sengaja saya lengahkan menulis artikel ini kerana tidak mahu merosakkan mood sambutan Hari Malaysia semalam. Hari ini, dengan berlalunya 16 Sept, saya paparkan penulisan ini yang nadanya suram dan muram serta diselangi rasa aneh dan pelik. Setelah meraikan hari kelahiran negara, kita hadapi realiti.
Nilai ringgit masih lemah. Kita sudah biasa dengan laporan nilai mata wang kita jatuh. Sehingga tidak lagi memeranjatkan, meskipun memilu dan menakutkan. Baru-baru ini, 7 Sept kalau tidak silap, ringgit dilaporkan ditutup pada paras terendah dalam tempoh 24 tahun berbanding dolar AS.
Ini terjadi menurut laporan, “di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global yang semakin meningkat dan peningkatan hasil Perbendaharaan AS yang mendorong pelabur beralih kepada dolar AS menjatuhkan mata wang dunia, termasuk ringgit”.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Jujur saya tak faham itu semua. Yang saya, si rakyat biasa, tahu sekarang duit kita sudah kecil dan semakin kecil. Harga barangan naik, kos sara hidup naik, kadar inflasi turut naik, malah melonjak. Kata orang, yang juga rakyat biasa seperti saya, ekonomi kita ada masalah. Dah teruk, kata mereka. Saya angguk-angguk tanda mengiyakan.
Tetapi, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz, tentulah seorang pakar dalam soal mata wang, perbankan, dan ekonomi menepis kebimbangan kita berhubung prestasi ringgit. Maknanya, beliau suruh kita relaks, jangan gelabah, jangan melatah.
Okeylah tu. Jadi, maknanya tentu kerajaan tahu apa nak buat dan akan melakukan sesuatu mengenai ringgit lemah ini. Tetapi, Zafrul memberitahu kita: kerajaan tidak akan terlalu fokus kepada prestasi mata wang ertinya ringgit. Habis tu kerajaan buat apa?
Kerajaan kata, Zafrul akan “terus memberi tumpuan kepada prestasi ekonomi jangka sederhana dan panjang”.
Bagi saya itu “pelik”. Saya bukan tahu pasal pasaran mata wang, pertukaran wang yang orang kata “forex”. Apa lagi soal selok-belok ekonomi. Sebab saya tidak tahulah, saya kata kenyataan menteri kewangan itu “pelik”. Kalau saya pakar atau arif mengenai hal itu, saya akan guna istilah “mengarut” seperti yang digunakan Mohammad Agus Yusoff, penganalisis dan bekas ahli akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sama ada pelik, mengarut ataupun merepek – hakikatnya saya setuju dengan pandangan Agus di media tempoh hari. Tanya beliau: “Bagaimana ekonomi nak naik, jika nilai ringgit rendah dan terus jatuh?”
Perlu diingat, nilai ringgit jatuh bukan sesuatu yang baharu. Kata ADUN Semambu, Lee Chean Chung, ringgit bukan merosot nilainya baru-baru ini, tren penurunan bermula sejak 20 tahun lalu.
Berbalik kepada pertanyaan Agus: “Tidak tahukah kita bahawa nilai ringgit yang lemah memberi kesan kepada kuasa beli rakyat?” Ini kita semua tahu sebab kita merasainya. Bila ke pasar belanja RM100, bakul tidak penuh dengan barangan yang dibeli. Separuh penuh sudah kira nasib baik.
Menurut Agus lagi, nilai ringgit yang rendah tandanya ekonomi kita lemah. Ini pun kita rakyat biasa yang bukan pakar ekonomi tahu. Akan tetapi, bagi Zafrul, “tak masuk akal Malaysia mengalami krisis ekonomi”. Kata beliau, Malaysia tidak mengalami krisis ekonomi, meskipun penurunan nilai ringgit berbanding dolar AS ketika ini.
Ini macam beliau bercakap sebagai politikus (ingat tak Julai lalu, beliau dilantik bendahari BN Selangor?), bukan seperti “pakar ekonomi”.
Apa pun menurut Zafrul, “prestasi ringgit harus dilihat secara menyeluruh dan tidak hanya dibandingkan dengan dolar AS kerana mata wang tempatan juga meningkat berbanding banyak mata wang utama lain di dunia.”
Betullah tu, tetapi kita tidak banyak gunakan mata wang asing lain, tidak macam kita guna dolar AS. Bak kata Agus, “tidak tahukah menteri bahawa 80% daripada perdagangan dan pinjaman kita menggunakan dolar AS. Jika dolar meningkat, tentunya memberi kesan kepada ekonomi kita. Apatah lagi misalnya barangan makanan kita banyak yang diimport.”
Ada lagi yang Agus kata: “Kita memperoleh ringgit, tetapi berbelanja dalam dolar AS. Itulah namanya inflasi yang diimport.”
Bagi saya, rakyat biasa yang menggunakan bahasa biasa, isu pokok ialah kesusahan dan keperitan rakyat akibat kenaikan harga barang berpunca daripada kejatuhan nilai ringgit.
Ringgit merosot, rakyat terpaksa menggunakan lebih banyak ringgit untuk beli barangan keperluan yang boleh tahan banyaknya yang diimport. Beli barangan import bukan kerana suka-suka atau nak tunjuk lagak, sebaliknya terpaksa beli kerana tidak ada pilihan.
Jika Zafrul (dan tentulah kerajaan) tidak mahu “terlalu fokus” terhadap isu kejatuhan nilai ringgit, harga barangan akan naik dan terus naik. “Up, up, and away” seperti kata Clark Kent @ Superman.
Kata Lee (ini pun saya setuju) penurunan atau lebih tepat ‘kemerosotan’ ringgit adalah trend berterusan dan masalah struktur yang perlu ditangani oleh kerajaan. Sebelum itu “admit we have a problem”, baru boleh cari jalan atasi masalah itu.
Jika kita ada masalah, tetapi tidak mengaku kita ada masalah, itulah masalahnya. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/09/tapi-pak-menteri-kata-relaks-lah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ringgit Merudum Tapi Tiada Maklumat Dari Menteri Anwar

Ringgit Merudum Tapi Tiada Maklumat Dari Menteri Anwar

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 237 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyerang Tengku Zafrul Abdul Aziz dengan menyifatkannya sebagai menteri kewangan yang tidak bertanggungjawab Anwar yang juga bekas menteri kewangan itu mengkritik Zafrul kerana kekurangan jawapannya yang boleh di...
Khairy Pak Lah Is Suffering From Dementia

Khairy Pak Lah Is Suffering From Dementia

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 187 hits
Health Minister Khairy Jamaluddin for the first time shared that his father in law Tun Abdullah Ahmad Badawi suffers from dementia and does not remember his family members anymore NSTP file picKUALA LUMPUR Health Minister Khairy Jamaluddin ...
Hkl Kata Pi Kajang Kata Mai Baru 20 Hari Masuk Penjara Sudah Kritikal Will You Last 12 More Years Just Plead Guilty Lah

Hkl Kata Pi Kajang Kata Mai Baru 20 Hari Masuk Penjara Sudah Kritikal Will You Last 12 More Years Just Plead Guilty Lah

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 260 hits
Nine Judges unanimously found Najib guilty of corruption and money laundering Now specialists at Hospital Kuala Lumpur unanimously found Najib healthy panel of specialists at HKL agreed Najib be dischargedsays health DG Dr Noor Hisham Abdul...
Tiada Keperluan Pinjaman Imf Malaysia Tidak Muflis Kata Menteri

Tiada Keperluan Pinjaman Imf Malaysia Tidak Muflis Kata Menteri

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 190 hits
Tiada keperluan pinjaman IMF Malaysia tidak muflis kata menteri nbsp Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 14 Sep
Cakap Ja Lah Nak Kekalkan Beberapa Kerusi Menteri

Cakap Ja Lah Nak Kekalkan Beberapa Kerusi Menteri

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 157 hits
Cakap la PAS sedia bersama BN asalkan jawatan Menteri 5hari dan jawatang Duta Khas Pantai Timur kekal
Pak Lah Disahkan Hidap Demensia Khairy Jamaluddin Beri Keterangan Lanjut

Pak Lah Disahkan Hidap Demensia Khairy Jamaluddin Beri Keterangan Lanjut

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 276 hits
Siapa sahaja yang tidak kenal dengan bekas Perdana Menteri kita Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah yang merupakan bapa pembangunan modal insan Sekian lama tidak mendengar khabar daripada beliau akhirnya pers...
Video Lofaa Turun Padang Support Pak Ustaz Main Futsal Tapi Penampilan Neelofa Di Gelanggang Futsal Pula Jadi Perhatian

Video Lofaa Turun Padang Support Pak Ustaz Main Futsal Tapi Penampilan Neelofa Di Gelanggang Futsal Pula Jadi Perhatian

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 313 hits
Sebenarnya golongan artis juga boleh menjadi orang biasa bila pemakaian mereka seperti orang biasa dan jika mereka tidak dikenali Tetapi artis sering menjadi tumpuan dan disebabkan itulah mereka susah untuk menjadi orang biasa Bukan mudah u...
Metamask Security Warning

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Trump Threatens Additional 50pct Tariffs If China Doesn T Retreat

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pantai Lagenda

Arenaa Batik Boutique Hotel

Happy Birthday Adik Mijan

Gambar Raya 2025 Di Melaka

Lirik Lagu Kekasih Bayangan Cakra Khan

Growth Mindset In Startups