Tapau Sup Lembu Tangkak


 Assalamualaikum WBT 


BILA tahu kami singgah tidur semalam di Melaka, Iman pesan agar tapau Sup Lembu Tangkak bawa balik Johor. Iman dah habis exam hari Jumaat, tapi nak tunggu hari kami balik, baru dia balik.

Lepas check out di Noble Resort Hotel Melaka, terus menuju ke sini. Speechless ya, masuk-masuk kedai, staf dia teruja sungguh nampak kami. Lama tak nampak katanya. Ya, memang lama tak datang makan kat sini sebab selalu masih kenyang makan breakfast hotel kan


Kita tapau tiga bungkus terus untuk makan malam. Sk pesan, minta bungkuskan baik-baik dan selamat sebab nak bawa balik Johor



Terharu bila dia masukkan dalam kotak ni. Dia kata, ini macam selamat, hehehehe



Macam selalu, PI suka ikut jalan lama menuju ke Muar. Kena singgah Coconut Shake Alai dulu, PI nak minum air kelapa, cuci perut katanya. Kita park depan banner Kembali ke Sekolah ni.  

Masih belum ramai, dekat sini kebanyakan pelanggan merupakan penduduk setempat. Kami saja yang acah-acah tourist, hihihi


PI pesan air kelapa original sebiji, no ice and no sugar, tapi minta tuangkan dalam gelas. Sebiji ni, RM6. Sk tak pesan apa-apa, walaupun coconut shake kat sini sedap. Kenyang sangat lagi makan kat hotel tu. Sedut sikit air kelapa PI, manis betul, jarang nak jumpa air kelapa original manis macam tu


Dua-dua tak terliur tengok nasi lemak daun pisang, hahaha. Pandang aje lambai-lambai. Sebabnya nak simpan perut, nak makan asam pedas kat Parit Jawa


Gedebak gedebuk, jammed ya macam biasa arah selatan dari Machap ke Kulai. Sampai rumah, Iman dah keboringan dan kelaparan menunggu. Sebab lapar sangat, dia beli nasi lemak dan goreng pisang, jadi, malamlah baru makan Sup Lembu Tangkak ni


Kami pesan sebungkus Kueyteow Sup Campur (Sk) dan sebungkus Kueyteow Sup Daging (Iman). Untuk PI, Bihun Sup Campur. Daging tu dia bungkus sekalikan dengan sup, jadi Sk keluarkan supnya sahaja tuang dalam periuk untuk panaskan. Daging campur terus letak sama dengan kueyteow dalam mangkuk


Iman punya, Kueyteow Sup Daging sahaja. Dia kan tak makan organ lembu dan ayam


Sekali buka yang PI punya, dia letak mee kuning pulak, bukan bihun. Hurmmm, baca balik dekat resit tulis mee. Itulah pentingnya semak resit dari kat kedai lagi. Banyak kali cuai pasal ni. Tapi, takpelah, nasib baik la Sk ni okey jer makan mee kuning dan PI pun tak kisah dapat kueyteow, tapi kalau mee kuning memang dia tak nak la. Dia cuma makan mee kuning kat mee goreng, mee hailam dan mee bandung aje


Kumpulkan semua kuah sup ni dalam satu periuk dan panaskan. Dah mendidih, angkat terus periuk letak atas meja, hehehe


Banyak dia bagi sambal cili, memang dah pesan nak banyak. PI kata, dia mesti cam kita sebab kita kalau datang mesti habis sambal cili dia sebotol, hahahaha. Dia ada dua jenis sambal cili, satu lagi guna cili padi, pedas berdesing yang tu, janganlah kau cari nahas letak banyak-banyak


Selain tu ada jugak halia dan bawang putih cincang dengan daun sup. 

Sedap betul, lama tak makan. Kali terakhir makan bila ek, MASA NI KOT


Nampak sikit sebab Sk keluarkan separuh. Banyak betul sebungkus tu. Perut kita dahlah kecik (tipu). Hahahahahahahaha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/02/tapau-sup-lembu-tangkak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masak Nasi Minyak Kari Tulang Hati Lembu Masak Pengantin

Masak Nasi Minyak Kari Tulang Hati Lembu Masak Pengantin

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 108 hits
Assalamualaikum WBT HARI sabtu lepas Pak Inche kongsi resepi Hati Lembu Masak Pengantin dari facebook grup mana tah PI kata boleh tak masakkan ni Sk jawablah boleh belilah hatinya Okey esok kita pergi pasar tani kata PI Tapi takkan nak maka...
Leher Berlubang Ditusuk Tanduk Lembu

Leher Berlubang Ditusuk Tanduk Lembu

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 63 hits
KOSMOLeher Naegele tertusuk tanduk lembu jantan selepas terjatuh daripada haiwan itu di Florida pada 7 Februari lalu Kennedy NewsTALLAHASSEE FLORIDA Seorang penunggang lembu jantan profesional nyaris maut apabila lehernya tertusuk tanduk ha...
Terliur Tengok Sup Jolo Alif Syukri

Terliur Tengok Sup Jolo Alif Syukri

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 51 hits
Assalamualaikum DDua tiga hari ni kan ternampak kemain si Alif Syukri asyik post dalam IG tentang Sup Jolo produk terbaru diorang tu Macam biasalah aku ni bukannya tahan sangat godaan species cepat terpengaruh iklan hehe Cari juga agen Sup ...
Resipi Mudah Masak Sup Siam Sambal Kicap Padu

Resipi Mudah Masak Sup Siam Sambal Kicap Padu

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 123 hits
Bagi peminat lauk berkuah resipi Sup Siam perkongsian saudara Wan LuQman ni antara yang perlu dicuba Sedap mudah dan pastinya membuka selera Resipi ini menggunakan pes Sup Siam segera namun penambahan bahan bahan lain menjadikan rasanya leb...
Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Lunch Date Dengan Team Mate Di The Light Hotel Penang

Wanita Hilang Selama Setahun Akhirnya Hanya Jumpa Rangka

Lirik Lagu Antara Puisi Dan Rautmu Arish Mikael

Resipi Sambal Lada Bilis Extra Pedas Memang Sangat Sedap

Ex Pesuruhjaya Sprm Cabar Pmx Bebaskan Najib Razak

Gbp Usd 24 Februari Berita Baik Lagi Untuk Pound British