Tapau Mfc Fried Chicken
Assalamualaikum WBT
SELAMAT bercuti sempena perayaan Hari Natal, hari ini. Disebabkan hari cuti jatuh pada hari rabu dan tinggal sehari bekerja sebelum cuti hujung minggu (Jumaat dan Sabtu), Sk ambil kesempatan untuk ambil cuti tahunan esok, dapatlah empat hari cuti, yabedabedooooo! Jadinya, tak jalan-jalan ke? Ofkos jalan-jalan, kali ni jalan dekat-dekat aje la buat syarat. Dan, kali ini Sk blog dari Bandar Maharani, insyaAllah.. ceritanya akan menyusul kemudian la ya. Tungguuuuuhhh!
Ahad lepas, Pak Inche ada Malam Media bersama MBJB. Sk pulak, tengahari tu tak makan, jadi balik kerja Sk singgah tapau makanan siap-siap untuk makan malam. Teringat ada restoran ayam goreng Marwah Fried Chicken yang baru tak baru sangat la buka kat Taman Pulai Makmur tu, jadi, jom kita singgah
Kebanyakan restoran sekarang ni konsepnya layan diri tapi bagusnya dekat sini, dia bagi kita buku menu dan kertas pesanan tu, bawa duduk kat meja dulu. Jadi, taklah kalut nak buat pesanan. Kita nanti tinggal tulis nombor kod makanan dan kuantiti yang kita hendak
Dah siap tulis, bawa kertas pesanan tu ke kaunter dan buat bayaran. Tunggulah 'bendalah' tu berbunyi bila pesanan dah siap, hehehehe.
Tapau! Mandi dulu baru makan, makan sebelum maghrib sebab dah lapar giler tak lunch! Hahahaha
Untuk PI pun beli jugak walau dia ada dinner. Sk beli set ayam goreng sama ala-ala restoran popular tu la, nama set ini, snack plate mengandungi ayam goreng dua ketul, coleslow dan kentang putar, cuma yang tak ada bun. Ayam tu boleh pilih nak spicy atau original. Kulit ayam tu dah tanggal PI kopek sebelum sempat ambil gambar. Set ini datang bersama minuman, Sk pilihkan Ice Lemon Tea. PI kata, sedap jugaklah ayam dia.
Sk makan set Spaghetti Carbonara dengan Chicken Chop. Spaghetti Carbonara dia sedap eh, spaghetti dia rebus al dente, sos carbonara pun sedap, cukup rasa dan kepekatan dia tu. Dalamnya ada hirisan sosej dan cendawan. Untuk chicken chop tu ada sos blackpepper, set ni tak ada minuman atau side dish. Kalau tak tahu nak makan apa, boleh repeat. Sk rasa bos dia sedara-mara jugak dengan Restoran Thoufeeq dan Restoran Bismi yang berketurunan India Muslim
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2024/12/tapau-mfc-fried-chicken.html