Tangkapan Insiden Kuil Kini 102 Individu


THE MALAYSIAN TIMES 

SHAH ALAM: Polis menahan tiga lagi individu untuk membantu siasatan kes rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya dekat sini minggu lepas, menjadikan jumlah yang ditahan meningkat kepada 102 orang setakat 8 pagi tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata ketiga-tiga individu berkenaan ditahan di sekitar negeri ini antara malam semalam sehingga pagi tadi.

“Dengan tangkapan ini, seramai 102 individu telah ditahan merangkumi 49 lelaki Melayu, 44 orang lelaki India, seorang lelaki Cina dan lapan lelaki India Muslim,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Sambutan Maulidul Rasul di sini hari ini.

Insiden rusuhan pada 26 Nov itu berkaitan dengan unsur jenayah, menyebabkan kecederaan parah kepada seorang anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang kini dirawat di Institut Jantung Negara, selain kemusnahan 23 kenderaan yang dibakar perusuh, kerosakan sebuah bangunan serta gangguan kepada ketenteraman awam.

Ketika ditanya sama ada polis akan mengambil keterangan Muhammad Adib, Mazlan berkata pihaknya sedang menunggu kebenaran daripada IJN.

“Buat masa ini biarlah dia selesaikan rawatan dia di hospital terlebih dahulu,” katanya.

Mengulas mengenai perkembangan siasatan polis ke atas Exco Selangor V. Ganabatirau berhubung kenyataannya mengenai insiden itu, Mazlan berkata kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat.

“Rakaman percakapan dia telah kami ambil, kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu Mazlan turut memberitahu bahawa dua kakitangan syarikat pemaju yang ditahan sebelum ini telah dibebaskan dengan jaminan bon pada 4.45 petang semalam.

“Jamin dibenarkan oleh Majistret dengan bon di bawah Seksyen 118 Kanun Prosedur Jenayah sebanyak RM10,000, tanpa cagaran dan kedua-dua tertuduh akan hadir semula ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 12 Dis ini untuk keputusan selanjutnya,” katanya.– Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/tangkapan-insiden-kuil-kini-102-individu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anggota Bomba Dibelasah Dalam Rusuhan Kuil Kini Nazak

Anggota Bomba Dibelasah Dalam Rusuhan Kuil Kini Nazak

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 847 hits
Anggota Bomba Dibelasah Dalam Rusuhan Kuil Kini Nazak Muhammad Adib Mohd Kassim kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pusat Perubatan Subang Jaya di bawah pengawasan lima orang doktor pakar Dalam kejadian jam 1 pagi tadi Adib ya...
Insiden Kecoh Di Kuil 17 Lelaki Ditahan

Insiden Kecoh Di Kuil 17 Lelaki Ditahan

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 319 hits
Seramai 17 lelaki tempatan ditahan setakat ini bagi membantu siasatan kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman kata Tan Sri Fuzi Harun Foto oleh Firdaus LatifSHAH ALAM 26 Nov Seramai 17 lelaki tempatan ditahan setakat ini bagi membantu siasatan...
Insiden Kekecohan Kuil Sri Maha Mariamman Menteri Minta Rakyat Bertenang

Insiden Kekecohan Kuil Sri Maha Mariamman Menteri Minta Rakyat Bertenang

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 631 hits
Susulan insiden kekecohan melibatkan sekumpulan individu yang berlaku di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P Waytha Moorthy telah mengeluarkan satu kenyataan melalui laman Facebook rasmi mi...
58 Individu Telah Ditahan Bantu Siasatan Kes Rusuhan Kuil

58 Individu Telah Ditahan Bantu Siasatan Kes Rusuhan Kuil

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 285 hits
EDDY HAMIDI nbsp 02 Disember 2018 7 36 PM SUBANG JAYA Seramai 58 individu telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian rusuhan di perkarangan Kuil Sri M
12 Kronologi Insiden Rusuhan Di Kuil Sri Maha Mariamman Usj 25 Putra Heights Subang Jaya

12 Kronologi Insiden Rusuhan Di Kuil Sri Maha Mariamman Usj 25 Putra Heights Subang Jaya

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 1239 hits
Negara digemparkan hari ini dengan kes rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Putra Heights Subang JayaPerselisihan faham antara dua kumpulan berhubung isu pemindahan tapak kuil Sri Maha Mariamman terletak di USJ 25 Seafield Subang Ja...
2 Video 4 Gambar 9 Individu Ditangkap Berhampiran Kuil Seafield Mlam Tadi

2 Video 4 Gambar 9 Individu Ditangkap Berhampiran Kuil Seafield Mlam Tadi

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 246 hits
Polis menahan sekurang kurangnya sembilan individu berhampiran kuil Seafield Sri Maha Mariamman di Subang Jaya awal pagi hari ini selepas enggan mendengar arahan polis untuk bersurai Polis mengerahkan dua unit Pasukan Tempur Ringan antirusu...
Beberapa Individu Ditahan Polis Suraikan Kumpulan Anak Melayu Berhampiran Kuil

Beberapa Individu Ditahan Polis Suraikan Kumpulan Anak Melayu Berhampiran Kuil

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 336 hits
Anggota polis mengarahkan kumpulan berada berhampiran kuil untuk beredar Sinar Harian
8 Individu Terlibat Kekecohan Di Kuil Sri Maha Mariamman Didakwa

8 Individu Terlibat Kekecohan Di Kuil Sri Maha Mariamman Didakwa

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 315 hits
PETALING JAYA 4 12 2018Lapan individu yang terlibat dalam insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman Subang Jaya minggu lalu tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya bagi menghadapi pertuduhan Kesemua mereka tiba pada jam 11 24 pagi tadi d...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Terkahwin Adik Beradik Sendiri Tanpa Sengaja Apa Status Anak Sumbang Mahram

6 Ciri Harimau Jadian

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Ukraine Approaching Total Collapse

Police Probe Chaos Incident Outside Mosque In Penang

Budaya Pot Luck Jimat Kos Makanan Lebih Banyak Pilihan