Tangisan Bayi Berlebihan Mungkin Petunjuk Saluran Air Mata Tersumbat Mama Papa Kena Alert


Dalam tahun pertama kehidupan, penglihatan bayi berkembang dengan cepat. Namun perkembangan bayi ini berbeza daripada apa yang dilihat oleh ibu bapa.

Perkembangan penglihatan bayi Semasa dilahirkan, bayi tidak dapat melihat seperti kanak-kanak atau individu dewasa yang lebih tua.
Keadaan ini disebabkan mata dan sistem visual mereka tidak berkembang sepenuhnya lagi.
Pun begitu, terdapat peningkatan yang ketara berlaku dalam beberapa bulan pertama kehidupan melibatkan perkembangan bayi.
Berikut adalah antara beberapa perkara yang perlu diperhatikan dalam aspek tumbesaran penglihatan bayi.
Seperkara penting perlu ibu bapa ingat adalah setiap anak mempunyai proses tumbesaran berbeza.

Perkembangan bayi: 0 hingga 4 bulan  Selepas dilahirkan, penglihatan bayi dipenuhi dengan pelbagai rangsangan visual.
Secara kasarnya anda melihat bayi seakan menyasarkan fokus pandangannya kepada satu arah.
Tetapi hakikatnya mereka belum mengembangkan kemampuan untuk membezakan antara 2 sasaran atau mengalihkan pandangan di antara 2 imej gambar.
Umumnya, fokus utama mereka adalah pada objek pada jarak 8 hingga 10 inci daripada wajah mereka atau jarak ke wajah ibu bapa.
Pada bulan-bulan pertama kehidupan, mata mula bekerjasama dan penglihatan bayi akan bertambah baik.

Koordinasi mata mula berkembang ketika si manja mula mengesan objek yang bergerak.
Menjelang minggu ke-8 selepas dilahirkan, bayi akan lebih mudah memusatkan fokus mereka pada wajah ibu bapa atau individu lain yang berdekatan dengannya.
Bagi 2 bulan pertama perkembangan bayi, mata mereka tidak terkoordinasi dengan baik dan mungkin tampak meliar pandangannya.
Tiada apa yang perlu ibu bapa bimbangkan, ia perkara normal.
Namun, andainya pandangan meliar itu berterusan, pemeriksaan perlu dilakukan.
Pada sekitar usia 3 bulan, mata bayi sudah boleh mula untuk mengikuti pergerakan objek dan mencari barang.
Perkembangan bayi: 5 hingga 8 bulan  Dalam tempoh ini, kawalan pergerakan mata dan kemahiran koordinasi mata-tubuh terus bertambah baik.
Persepsi kedalaman – kemampuan untuk menilai apakah objek berada dekat atau jauh – tidak wujud semasa bayi dilahirkan.
Ia hanya berlaku dalam perkembangan penglihatan bayi pada sekitar bulan ke-5 kehidupan si manja apabila mata mampu bekerjasama untuk membentuk pandangan 3 dimensi dunia.
Penglihatan warna bayi tidak begitu sensitif seperti individu dewasa.
Pun begitu, dipercayai bahawa bayi mempunyai penglihatan warna yang baik pada usia 5 bulan.

Kebanyakan bayi akan mula merangkak apabila usia mereka mencecah sekitar 8 bulan.
Proses merangkak ini akan membantu mengembangkan koordinasi mata-tangan-kaki-tubuh.
Namun, jika si manja kurang merangkak, mereka dikatakan tidak dapat belajar menggunakan mata mereka seperti bayi yang banyak merangkak.
Jadi  ibu ayah perlu menggalakkan anak untuk banyak merangkak, okay?
Perkembangan bayi: 9 hingga 12 bulan Apabila bayi berusia 9 bulan, mereka akan mula menarik diri untuk berubah kepada posisi berdiri.
Mencapai usia 10 bulan, bayi biasanya sudah mampu untuk mencengkam objek menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.
Si manja sudah mencecah usia 12 bulan? Kebanyakan bayi pada usia ini sudah mahir merangkak dan mula untuk berjalan.
Sebagai ibu bapa, anda tidak digalakkan untuk melangkau proses merangkak bayi.

Ini kerana ia penting untuk membantu si manja mengembangkan koordinasi mata-tangan yang lebih baik.
Dalam aspek perkembangan penglihatan bayi pula, mereka kini sudah dapat menilai jarak sesuatu objek dengan cukup baik dan berupaya membaling barang secara tepat.
Perkembangan bayi: 1 hingga 2 tahun Menjengah usia 2 tahun, koordinasi mata-tangan dan persepsi kedalaman mata anak harus berkembang dengan baik.
Si manja pada usia ini sangat berminat untuk meneroka persekitaran, melihat dan mendengar.
Mereka umumnya sudah mampu mengenali objek yang biasa dilihat serta gambar di dalam buku.
Anak anda juga mempunyai kemahiran untuk menconteng menggunakan krayon atau pensil warna.
Mengenali tanda masalah pada penglihatan bayi Kewujudan masalah mata dan penglihatan kepada bayi jarang berlaku.
Kebanyakan bayi dapat memulakan kehidupan dengan mata sihat dan mula mengembangkan kemampuan visual yang diperlukan sepanjang hidup tanpa sebarang masalah.
Namun, dalam sesetengah kes, bayi mungkin berisiko untuk mengalami masalah mata dan penglihatan.
Berikut antara tanda yang perlu dikenal pasti oleh ibu bapa sebagai petunjuk kepada masalah mata dan penglihatan bayi:
Tangisan berlebihan mungkin petunjuk kepada saluran air mata tersumbat Kelopak mata berwarna merah atau tertutup boleh menjadi tanda jangkitan mata Pergerakan mata yang berterusan mungkin isyarat kepada masalah pada kawalan otot mata Kepekaan terlalu tinggi terhadap cahaya mungkin menunjukkan peningkatan tekanan pada mata Kemunculan lapisan putih pada anak mata mungkin petanda masalah barah mata Kewujudan mana-mana gejala di atas perlu diberikan perhatian serta pemeriksaan segera oleh pakar optometri.
Pantau perkembangan bayi Sebagai salah satu daripada 5 deria, penglihatan bayi penting dalam membantu mereka menavigasi dan mengetahui lebih banyak mengenai dunia baharu mereka.
Jangan lupa untuk melakukan rutin pemeriksaan mata anak bagi memastikan tahap kesihatan penglihatan adalah terbaik.
Baca: 20 Minit Cukup Jadikan Anak Bijak! Formulanya, Jangan Layan Telefon Bimbit Masa Layan Anak
Kredit: Hello Doktor
 
 
The post Tangisan Bayi Berlebihan Mungkin Petunjuk Saluran Air Mata Tersumbat, Mama Papa Kena Alert appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tangisan-bayi-berlebihan-mungkin-petunjuk-saluran-air-mata-tersumbat-mama-papa-kena-alert/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tersedu Bantu Otak Bayi Belajar Kawal Otot Pernafasan Mama Papa Tak Perlu Risau

Tersedu Bantu Otak Bayi Belajar Kawal Otot Pernafasan Mama Papa Tak Perlu Risau

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 155 hits
Eh kasihan baby asyik tersedu Susukanlah dia pernah lalui situasi seperti ini Tetapi kenapa sedu berlaku kepada bayi Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui mengenainya Sedu dan kawal pernafasan Sedu dalam kalangan bayi baru lahir adalah sat...
Mayat Bayi Ditemukan Di Saluran Irigasi Lombok Tengah

Mayat Bayi Ditemukan Di Saluran Irigasi Lombok Tengah

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 143 hits
Kronologi penemuan mayat bayi tersebut terjadi sekitar pukul 08 00 WITA pada hari Jumat ketika salah satu warga atas nama Muazim warga setempat pergi menuju tempat kejadian perkara untuk mengairi sawahnya
9 Momen Gagal Terharu Saat Acara Pernikahan Ini Bikin Air Mata Berganti Jadi Tawa Kocak Bener

9 Momen Gagal Terharu Saat Acara Pernikahan Ini Bikin Air Mata Berganti Jadi Tawa Kocak Bener

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 292 hits
Harusnya kan jadi momen sakral tapi karena beberapa hal malah jadi kocak Gagal deh nangisnya
Rendam Dalam Air Suam Sahaja Ini Cara Membekukan Memanaskan Makanan Bayi

Rendam Dalam Air Suam Sahaja Ini Cara Membekukan Memanaskan Makanan Bayi

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 317 hits
Anak dah mula makan mama akan sibuk menyediakan stok makanan bayi Kadang kadang lebih mudah kalau mama masak sekaligus dan bekukan Lebih menjimatkan masa lebih lebih lagi bagi mama yang bekerja Tapi mama tahu tak cara nak membekukan makanan...
Lantunan Menaik Pasangan Mata Wang Gbp Chf 23 November 2021

Lantunan Menaik Pasangan Mata Wang Gbp Chf 23 November 2021

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 341 hits
Pasangan mata wang GBP CHF diniagakan dalam trend menaik dan ia berkemungkinan besar akan mengukuh dalam segi tiga Kami melihat potensi untuk pertumbuhan harga dari sokongan pertama kami yang terletak pada tahap 1 25191 selari dengan anjaka...
Ucapan Perpisahan Renan Alves Buat Dua Lagenda Kedah Ke Sabah Gugurkan Air Mata Jantan

Ucapan Perpisahan Renan Alves Buat Dua Lagenda Kedah Ke Sabah Gugurkan Air Mata Jantan

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 323 hits
Tiba tiba masuk habuk Sahabat sejati yang terpaksa berpisah Renan Alves Pemain pertahanan tengah pasukan Kedah Darul Aman FC Renan Alves telah memuat naik satu hantaran di laman Instagramnya yang menunjukkan ucapan perpisahan terakhirnya bu...
Nyenyaknya Dia Ini Rahsia Mama Papa Kena Tahu Bila Tidurkan Si Manja

Nyenyaknya Dia Ini Rahsia Mama Papa Kena Tahu Bila Tidurkan Si Manja

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 222 hits
Untuk menyambut ulang tahun ke 52 tahun Getha dalam mengeluarkan produk tidur bertaraf dunia yang menggunakan lateks Malaysia berkualiti tinggi jenama ini mengeluarkan produk terbaharu genie by Getha Produk ini memfokuskan untuk si manja me...
Tengah Khusyuk Tengok Kartun Tiba Tiba Anak Menangis Rindukan Abah Ibu Kongsi Apa Berlaku Di Sebalik Drama Air Mata

Tengah Khusyuk Tengok Kartun Tiba Tiba Anak Menangis Rindukan Abah Ibu Kongsi Apa Berlaku Di Sebalik Drama Air Mata

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 361 hits
SAYU melihat seorang anak kecil yang sebak sehingga berlinangan air mata kerana merindui bapanya Pasti ramai tertanya tanya mengenai keberadaan bapa kepada kanak kanak itu yang mungkin lama tidak bersua muka dan berjauhan sehingga kerinduan...
Lirik Air Mata Perpisahan Gerry Mahesa

Lirik Air Mata Perpisahan Gerry Mahesa

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 278 hits
bukan kutangisi perpisahan iniwalau menyakitkan hatimungkin lebih baik aku buta selamanyadaripada nanti kedua matakumelihat dirimu bersandingbersama pria yang laintak sanggupku tak sanggup menyaksikanair matamu menetes di pipimumungkin lebi...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas