Tanggungan Kerajaan Meningkat Jika Bipk Diteruskan


By Wartawan MalaysiaGazette
- 26 December 2019

Jabatan Perkhidmatan Awam
KUALA LUMPUR – Kajian yang dijalankan ke atas Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) pada tahun 2019 mendapati kesemua 33 skim perkhidmatan sudah tidak lagi memenuhi kriteria ciri-ciri penawaran yang rendah serta pengisian jawatan yang sukar dilakukan.

Ini kerana kerana bilangan calon yang memohon sesuatu jawatan melebihi jumlah keperluan semasa jawatan berkenaan.
Jabatan Perkhidmatan Awam berkata, berdasarkan kajian yang dilaksanakan, unjuran semasa tanggungan kewangan kerajaan bagi tahun 2018 ialah RM899.32 juta dan tanggungan ini akan terus meningkat kepada RM1.24 bilion pada tahun 2022.

Pemberian BIPK ini adalah berasaskan kepada peratusan gaji semasa yang diterima oleh pegawai (kecuali bagi yang menerima kadar tetap RM750).
“Berdasarkan kepada asas pertimbangan di atas, pemberian BIPK sewajarnya dimansuhkan secara menyeluruh kepada kesemua penyandang dalam 33 skim perkhidmatan yang terlibat.

“Walau bagaimanapun, kerajaan memutuskan pembayaran BIPK masih dikekalkan kepada penerima sedia ada mengikut kadar sedia ada.

“Dalam hal ini, kerajaan akan terus menanggung kos pembayaran BIPK kepada penyandang sedia ada sehingga pegawai meninggalkan perkhidmatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pelaksanaan pemansuhan ini hanya melibatkan pelantikan baharu sahaja yang dilantik mulai 1 Januari 2020.

Bagi pegawai yang berkhidmat secara kontrak, sekiranya tarikh tamat kontrak dan pelantikan semula melalui kontrak baharu pegawai adalah secara terus menerus dan tidak terputus tempoh perkhidmatannya.

Namun, tambahnya, kerajaan sentiasa akan menimbangkan permohonan serta membuat kajian semakan elaun keseluruhan perkhidmatan awam berdasarkan prinsip-prinsip tertentu.

Dalam melaksanakan kajian elaun, pertimbangan dan perhatian secara berhati-hati perlu diberikan kerana ianya memberi implikasi kewangan kerajaan.

Menurut JPA, walaupun BIPK telah dimansuhkan, elaun-elaun sedia ada yang diberi berasaskan kepada faktor risiko kerja, kesusahan, kepakaran dan kemahiran masih terus dinikmati oleh pegawai sedia ada dan pegawai lantikan baharu mengikut tugas yang dilaksanakan.

Sebagai contoh, Pegawai Perubatan Gred UD41 (Houseman) menikmati Elaun Waktu Bekerja Fleksi Bagi Pegawai Perubatan Siswazah sebanyak RM600 sebulan mengambil kira kesukaran tugas dan tempoh bertugas yang panjang.

Selain itu, Elaun Tugas Atas Panggilan (On-Call) Bagi Pegawai Perubatan diberikan sekiranya pegawai menjalankan tugas atas panggilan di luar waktu pejabat manakala bagi pegawai yang diwartakan sebagai Pakar Perubatan dan Pergigian turut menerima Bayaran Insentif Pakar di antara RM1,600 hingga RM3,100 sebulan.

Tambahnya, selain Klasifikasi Perubatan dan Kesihatan, Skim Perkhidmatan Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang turut diberikan Bayaran Insentif Juruterbang di antara RM4,500 hingga RM8,000 sebulan.

Jelas JPA, prinsip pemberian elaun yang ditetapkan sejak pelaksanaan Sistem Saraan Baru (SSB) pada tahun 1992 dan diteruskan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) ialah prinsip tidak sejagat, tidak kekal, tidak biasa dan kesaksamaan.

Prinsip tidak kekal menentukan bahawa elaun diberi secara sementara, boleh ditarik balik, diberhentikan bayarannya atau dimansuhkan sekiranya sesuatu elaun itu tidak lagi relevan atau tidak lagi menepati kriteria tertentu pemberian elaun tersebut.

Sehubungan itu, kesemua elaun dalam perkhidmatan awam adalah tidak bersifat kekal dan boleh ditarik balik termasuklah BIPK.

Katanya, pemberian elaun adalah berasaskan kriteria kos sara hidup, tanggungjawab tambahan, bayaran balik perbelanjaan, risiko kerja, kesusahan, kepakaran, kemahiran atau kompetensi tambahan, keanehan atau kejelikan tugas, kepentingan pengekalan sesuatu perkhidmatan dan galakan.

BIPK diperkenalkan bertujuan menarik dan menggalakkan penyertaan calon ke dalam skim-skim perkhidmatan tertentu yang mana pada ketika itu kerajaan menghadapi masalah kekurangan bekalan tenaga kerja dalam sektor tertentu.

Jelasnya, tahap kritikal sesuatu perkhidmatan itu akan berubah mengikut keadaan dan keperluan semasa, ini bermakna bahawa sesuatu perkhidmatan kritikal itu boleh berubah menjadi kurang kritikal dan juga sebaliknya.

Dalam konteks ini, aspek kritikal bukan merujuk kepada tugas yang dilaksanakan dalam skim perkhidmatan tertentu.

Ujarnya, sebanyak 27 elaun telah dimansuhkan semasa pelaksanaan SSB dan 9 elaun melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019 kerana tidak menepati prinsip dan kriteria pemberian.

“Dalam hal ini, urusan pemansuhan elaun bukanlah sesuatu perkara baharu dan kajian pengukuhan pemberian elaun akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa,” katanya.

 – MalaysiaGazette

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/12/tanggungan-kerajaan-meningkat-jika-bipk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Sawit Meningkat Dan Kerajaan Pakatan Dabik Dada Tak Payah Berlagak Buah Tengah Melawas

Harga Sawit Meningkat Dan Kerajaan Pakatan Dabik Dada Tak Payah Berlagak Buah Tengah Melawas

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 473 hits
Penulis Megat Hisemuddin Megat KassimSebagai pemain saham komoditi saya memang nampak harga CPO agak meningkat sejak sebulan yg lepas Namun harga itu tidak digambarkan kpd harga buah tandan segar di ladang yg masih rendah Lebih lebih lagi p...
Lima Peratus Bakal Dikurangkan Malangnya Nasib Penjawat Awam Di Bawah Kerajaan Ph

Lima Peratus Bakal Dikurangkan Malangnya Nasib Penjawat Awam Di Bawah Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 421 hits
Kerajaan pimpinan Barisan Nasional dahulu sentiasa menjaga kepentingan penjawat awam tetapi kini kerajaan dibawah pimpinan Pakatan Harapan bakal menyebabkan penjawat awam kehilangan punca rezeki Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaa...
Bolehkah Penjawat Awam Yang Berkerja Dan Makan Gaji Dengan Kerajaan Mengundi Pembangkang Ini Jawapannya

Bolehkah Penjawat Awam Yang Berkerja Dan Makan Gaji Dengan Kerajaan Mengundi Pembangkang Ini Jawapannya

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 597 hits
Untuk mengundi sesiapa pun itu adalah hak anda yang dijaga oleh perlembagaan Anda berkerja dengan kerajaan dan makan gaji dengan kerajaan tidak bermakna anda wajib menyokong mereka Kerajaan yang baik dan bertanggungjawab tidak akan sesekali...
Kerajaan Kelantan Bangrap

Kerajaan Kelantan Bangrap

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 188 hits
Mereka tidak dibayar kerana ketidakcekapan ekonomi mereka tetapi saya segera meluluskan pinjaman berjumlah RM192 juta supaya penjawat awam di Kelantan akan terus mendapat gaji mereka LGE Bkn sekali tapi 2X lebai menyembah mintak kat krjn PH...
Kerajaan Failed Or Passed Kita Ada Pakar Rujuk Terbaik

Kerajaan Failed Or Passed Kita Ada Pakar Rujuk Terbaik

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 287 hits
Tidak ada pakar yang lebih baik selain merujuk kepada najib Jika tidak dapat hubungi naji boleh rujuk lokman adam Bab Islam rujuk blogger kotak luar mahkamah Serba Tahu dalam kandang serba tak tahu
Kerajaan Makin Gila Agaknya Selamatkan Tabung Haji Rm10 3 Bilion

Kerajaan Makin Gila Agaknya Selamatkan Tabung Haji Rm10 3 Bilion

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 650 hits
Makin Gila Agaknya Kerajaan Ini Celah Mana Selamatkan TH RM10 3 bilion Semalam Urusharta Jamaah Sdn Bhd menyatakan KERAJAAN akan menanggung premium RM10 3 bilion untuk memulihkan kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji Kita pun hairan dari m...
Dr M Ulangi Lepas Jawatan Selepas Selesai Masalah Tinggalan Kerajaan Terdahulu

Dr M Ulangi Lepas Jawatan Selepas Selesai Masalah Tinggalan Kerajaan Terdahulu

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 230 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi bahawa beliau akan melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri selepas menyelesaikan masalah masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu Saya telah berjanji bahawa saya akan melepaskan jawatan seba...
Anwar Mahu Kerajaan Lebih Tegas Bela Kemiskinan

Anwar Mahu Kerajaan Lebih Tegas Bela Kemiskinan

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 238 hits
Bakal perdana menteri ke 8 Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kerajaan Pakatan Harapan lebih tegas membela golongan miskin di negara ini Anwar berkata demikian ketika mengulas laporan 21st Malaysia Economic Monitor Making Ends Meet yang dikeluar...
Mengapakah Menukar Kerajaan Itu Baik Untuk Demokrasi

Mengapakah Menukar Kerajaan Itu Baik Untuk Demokrasi

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 261 hits
Oleh Kipas lipas1 Sekarang barulah rakyat boleh membezakan di antara kerajaan dgn parti pemerintah 2 Sekarang barulah rakyat dapat membezakan antara harta parti dgn harta kerajaan 3 Berlakunya perlumbaan yg sihat di antara parti2 pemerintah...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden

Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand At Kuala Lumpur International Airport Terminal 1

Dap S Dilemma Red Lines And Kuala Kubu Baharu

Ustadz Yang Membodoh Bodohi Jemaahnya Kata Frans Donal Di Bali By Dr H

Catat Nekad Berhaji Tanpa Visa Haji Bisa Dideportasi Dari Arab Saudi



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Hobi Baru

Beli Saldo Paypal Via Bank Line By Bank Hana

Akhirnya Dapat Beli Sobek

Selesai Sesi Marhaban 2024 1445h

3 Ayat Pelaris Jualan Tak Perlu Sebut Brand

Breakthrough Your Fitness Plateau Vo2 Max Testing Personalized Plans