Tangguh Undi 18 Tangguhkan Pru 15 Hingga November 2022 Ph


 







Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengecam keras tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan pelaksanaan Undi 18 ke tahun 2022 serta kelemahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tidak memperjuangkan hak rakyat berumur 18 tahun dibenar mengundi sebagaimana diluluskan Parlimen.





Tegas Majlis Presiden PH, sekiranya pelaksanaan Undi 18 itu ditangguhkan maka seharusnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 turut ditangguhkan ke tarikh Undi 18 dibenarkan berkuatkuasa.





"PH berpendirian PRU 15 tidak patut diadakan selagi Undi 18 tidak dilaksana sepenuhnya.





"Sekiranya PRU 15 diadakan sebelum Undi 18 dilaksana, ianya akan menafikan suara 3.8 juta anak muda dan menjadi dosa terbesar Kerajaan PN kepada generasi akan datang," kata mereka dalam satu kenyataan.





Majlis Presiden juga mengingatkan kerajaan PN bahawa penangguhan itu merupakan satu pelanggaran kepada Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh dilakukan dengan alasan darurat atau Parlimen digantung.





"Ini jelas melanggar keputusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan bersejarah pada Julai 2019, bagi membolehkan warga negara berusia 18 tahun ke atas mendaftar sebagai pengundi, serta menjadi calon dalam pilihan raya.





"Tindakan penangguhan ini secara terang-terangan membelakangkan suara rakyat Malaysia, dan menafikan hak anak muda untuk memilih masa depan mereka.





"SPR mesti bertanggungjawab sepenuhnya di atas penangguhan ini yang merupakan satu kegagalan besar kerana melanggari Perlembagaan Malaysia.





"Penggantunggan Parlimen tidak harus disalahgunakan untuk membelakangkan Perlembagaan dengan sewenang-wenangnya. Kegagalan ini juga mencerminkan satu kelompongan SPR yang tidak bebas, menyalahi perjalanan proses perundangan dan betapa lemahnya dedikasi SPR terhadap semangat demokrasi itu sendiri," kata mereka.





Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/tangguh-undi-18-tangguhkan-pru-15.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tangguh Undi 18 Hina Ahli Ahli Parlimen

Tangguh Undi 18 Hina Ahli Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 293 hits
Pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya menangguhkan pelaksanaan Undi 18 dan hanya akan dikuatkuasakan menjelang 1 November 2022 merupakan satu penghinaan besar kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara Menurut kenyataan Ahli ahli Parlimen pembangka...
Formula E Di Jakarta Ditunda Hingga 2022

Formula E Di Jakarta Ditunda Hingga 2022

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 265 hits
Jika Formula E tetap digelar tahun 2022 Angga mengatakan potensi masalah berikutnya adalah tidak jelasnya nasib sisa uang commitment fee setelah berakhirnya masa jabatan Gubernur Anies Baswedan pada 2022 Sementara kontrak penyelenggaraan Fo...
2018 Tangguh Pemilihan Selepas Pru Umno Lingkup Juga Khairy

2018 Tangguh Pemilihan Selepas Pru Umno Lingkup Juga Khairy

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 301 hits
DAHULU kedua duanya sama sama dilihat lepak mamak Namun selepas kekalahan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke 14 hampir tiga tahun lalu senarionya sudah berbeza Biarpun masih dalam satu parti namun Khairy Jamaluddin tidak lagi teraga...
Tangguh Undi 18 Jauhkan Anak Muda Dari Politik

Tangguh Undi 18 Jauhkan Anak Muda Dari Politik

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 262 hits
Angkatan Belia Islam Malaysia memberi amaran sikap tidak serius kerajaan untuk mengalakkan anak muda berumur 18 tahun menyertai sistem demokrasi hanya akan menjauhkan mereka daripada politik negara Presidennya Muhammad Faisal Abdul Aziz ber...
Gara Gara Uang Rp 1 Juta Anak Di Malang Bacok Ayah Kandung Hingga Tewas

Gara Gara Uang Rp 1 Juta Anak Di Malang Bacok Ayah Kandung Hingga Tewas

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 216 hits
Tersangka A dinyatakan mengalami gangguan jiwa sehingga polisi akan melakukan koordinasi dengan Rumah Sakit Jiwa Dr Radjiman Wediodiningrat Lawang untuk memastikan kondisi psikologis dan kejiwaan tersangka
Covid 19 41 Kluster Di Institusi Pendidikan Direkod Sejak 1 Januari Hingga Kini

Covid 19 41 Kluster Di Institusi Pendidikan Direkod Sejak 1 Januari Hingga Kini

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 199 hits
KUALA LUMPUR 11 Syaaban 1442H Khamis Sejumlah 41 kluster COVID 19 di semua peringkat institusi pendidikan dilaporkan setakat hari ini sejak 1 Januari lepas kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Beliau berkata daripad...
Silat Lenggang Mak Janda Melenggang Hingga Belanda

Silat Lenggang Mak Janda Melenggang Hingga Belanda

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 305 hits
Oleh SALEHUDIN MAT RASAD SALEHUDDIN Yaakob menunjukkan kemahiran bersilat sambil bercerita asal usul dan setiap gerak dalam Silat Lenggang Mak Janda di laman Rumah Sejarah Warisan Chenor di Maran Pahang UTUSAN SALEHUDIN MAT RASADMARAN Silat...
Mendag Hingga Kepala Bkpm Jagokan Presdir Indika Energy Pimpin Kadin

Mendag Hingga Kepala Bkpm Jagokan Presdir Indika Energy Pimpin Kadin

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 116 hits
Sejumlah Menteri Kabinet Indonesia Maju yakni Menteri Perdagangan M Lutfi Kepala BKPM Bahlil Lahadiala Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi Menteri Kelautan dan Perikanan Sakti Wahyu Trenggono hadir dalam acara deklarasi Arsjad Rasjid seba...
Kenal Lebih Dekat Dengan Disleksia Dari Gejala Hingga Tokoh Terkenal Yang Mengidapnya

Kenal Lebih Dekat Dengan Disleksia Dari Gejala Hingga Tokoh Terkenal Yang Mengidapnya

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 222 hits
Bahkan Deddy Corbuzier dan Keanu Reeves yang selama ini kamu kenal pun mengidapnya lo
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever