Tangguh Umrah Pengusaha Pelancongan Kecewa Kerajaan Umum Tanpa Bincang


Ainul Illia
Gesa pertimbang semula keputusan, hanya perlu ketatkan SOP
KUALA LUMPUR – Pengusaha agensi pelancongan dan pengembaraan mula menyuarakan kekecewaan mereka terhadap pembatalan ibadah umrah pada saat-saat akhir berikutan lonjakan kes varian COVID-19, Omicron dalam kalangan mereka yang pulang ke tanah air.
Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra Malaysia), sebuah persatuan yang mewakili ejen pelancongan dan pengembaraan, menggesa kerajaan mempertimbangkan semula penangguhan sementara itu dan sebaliknya mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) jemaah umrah.
Presiden Bumitra, Harun KC Ahmmu berkata, pengumuman mengejut yang berkuat kuasa 8 Januari itu, telah menyebabkan kekeliruan dan menyusahkan jemaah umrah yang kini ingin membatalkan perjalanan mereka atau mendapatkan bayaran balik penuh daripada pengelola perjalanan.
“Pengumuman itu telah mencetuskan ketakutan di kalangan jemaah umrah yang mula menghubungi ejen meminta bayaran balik penuh. Sudah terlambat untuk kami mengembalikan semula bayaran jemaah yang terjejas ini kerana kebanyakan pengusaha pelancongan sudah membayar wang kepada rakan sejawatan mereka di Arab Saudi.
“Pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengejutkan kami kerana kami telah membuat persiapan yang diperlukan untuk jemaah sehingga Mac,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata, daripada membatalkan ibadah umrah bagi rakyat Malaysia, kerajaan sebaliknya perlu mempertimbangkan untuk mengenakan SOP yang lebih ketat kerana semua bakal jemaah umrah telah divaksin sepenuhnya.
“Pejabat kami telah dibanjiri dengan panggilan telefon dan pertanyaan daripada mereka yang ditetapkan untuk melakukan perjalanan dari sekarang hingga Mac.
“Malangnya, kami tidak dapat menampung semua permintaan bayaran balik kerana bayaran telah dibuat dan tiket ditempah lebih awal,” katanya.
Harun juga menyatakan bahawa caj wajib kuarantin hotel bagi mereka yang pulang dari umrah perlu lebih berpatutan. 
Beliau berkata pada masa ini, caj hotel antara RM250 dan RM300 semalam, yang dianggap mahal oleh ramai jemaah.
“Kementerian yang terlibat dalam pengurusan jemaah umrah harus mengkaji semula caj yang tinggi ini kepada harga yang lebih berpatutan. Pengumuman saat akhir ini telah memberi jemaah tiada pilihan selain membayar dan menyelesaikan kuarantin di hotel yang ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata, ramai pengusaha pakej pelancongan umrah hampir ditutup selepas pengumuman itu kerana mereka tidak dapat membayar balik wang jemaah.
Harun berasa kesal dek kerana kurangnya perbincangan dengan pengusaha pelancongan sebelum membuat keputusan.
“Biasanya, kementerian akan berbincang dengan kami terlebih dahulu supaya kami boleh berbincang tentang cara terbaik ke hadapan tetapi kali ini, kami tidak dirujuk sebelum pengumuman itu,” katanya.
Kerajaan telah menangguhkan sementara kebenaran perjalanan umrah berikutan peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan mereka yang pulang ke Malaysia.
Sehingga Sabtu, seramai 1,306 jemaah yang pulang dari Arab Saudi telah diuji positif COVID-19, dengan 64 daripadanya membawa varian Omicron.
Penangguhan itu bagi memberi masa kepada kerajaan merancang pengurusan perjalanan mereka yang akan menunaikan umrah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/tangguh-umrah-pengusaha-pelancongan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Minyak Naik Bantahan Umum Kerajaan Kazakhstan Bubar Fuel Hike Mass Protests Kazakhstan Government Resigns

Harga Minyak Naik Bantahan Umum Kerajaan Kazakhstan Bubar Fuel Hike Mass Protests Kazakhstan Government Resigns

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 223 hits
The following is happening now in Kazakhstan Kazakhstan s president accepts govt s resignation President Kassym Tokayev accepted govt s resignation Wedappointed Alikhan Smailov acting prime ministerafter violent protests over fuel pricespro...
Kerajaan Tangguh Bayar Bantuan Rm700 Buat Penjawat Awam Tak Lengkap Vaksin

Kerajaan Tangguh Bayar Bantuan Rm700 Buat Penjawat Awam Tak Lengkap Vaksin

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 205 hits
Penjawat awam yang melengkapkan vaksinasi selewat lewatnya 31 Mac depan layak mendapat bayaran Bantuan Khas Kewangan 2022 sebanyak RM700 PETALING JAYA Kerajaan mengarahkan bayaran Bantuan Khas Kewangan 2022 sebanyak RM700 ditangguhkan buat ...
Kerajaan Pahang Umum Bantuan Khas Rm500 Kepada Setiap Ketua Keluarga Terjejas Banjir

Kerajaan Pahang Umum Bantuan Khas Rm500 Kepada Setiap Ketua Keluarga Terjejas Banjir

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 244 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang mengumumkan Bantuan Khas Bencana Banjir sebanyak RM500 kepada setiap ketua keluarga yang terjejas dengan bencana banjir di negeri ini Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam kenyataan hari ini berkata ban...
Hiburan Macam Pergi Buat Dosa Pula Syifa Melvin Kecewa Tidak Dapat Tunai Ibadah Umrah

Hiburan Macam Pergi Buat Dosa Pula Syifa Melvin Kecewa Tidak Dapat Tunai Ibadah Umrah

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 348 hits
Pelakon meluahkan perasaan kecewa apabila rencananya untuk menunaikan umrah ditunda kerana keputusan kerajaan untuk menangguhkan buat sementara kebenaran perjalanan umrah buat jemaah tanah air bermula 8 Januari ini Ujar Syifa dia berasa ter...
Jemaah Umrah Boleh Pilih Pusat Kuarantin Kerajaan Atau Swasta

Jemaah Umrah Boleh Pilih Pusat Kuarantin Kerajaan Atau Swasta

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 223 hits
Oleh JEMAAH umrah sedang dipakaikan alat penjejak digital selepas sampai dari Arab Saudi JEMAAH yang baru pulang dari menunaikan ibadat umrah dan diwajibkan menjalani kuarantin boleh memilih untuk ditempatkan di pusat kuarantin swasta atau ...
Bantah Tangguh Umrah Agensi Serah Memo Ke Pmo Dan Istana Negara

Bantah Tangguh Umrah Agensi Serah Memo Ke Pmo Dan Istana Negara

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 164 hits
Sekumpulan pengendali umrah dan haji hadir menyerahkan memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri dan Istana Negara hari ini menggesa agar kerajaan menilai semula keputusan menangguhkan sementara kebenaran ibadah umrah berkuat kuasa 8 Jan Me...
Apa Jadi Bila Pengarah Kesihatan Umum Cuaca Menteri Pula Ke Mekah Tunai Umrah

Apa Jadi Bila Pengarah Kesihatan Umum Cuaca Menteri Pula Ke Mekah Tunai Umrah

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 302 hits
NORMAN RADZUAN Di kala rakyat sdg menderita lebai2 ke luar negara KADUK NAIK JUNJUNG Apa sudah jadi bila Pengarah Kesihatan Nor Hisham yg umumkan laporan Meteorologi akn berlaku akn berlaku hujan dan angin kuat di negeri Utara Semenanjung I...
Agensi Umrah Mohon Tempoh Sebulan Sebelum Tangguh

Agensi Umrah Mohon Tempoh Sebulan Sebelum Tangguh

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 231 hits
Oleh AHMAD FADHLULLAH ADNAN KERATAN laporan Utusan Online hari ini KUALA LUMPUR Agensi umrah meminta kerajaan memberi tempoh sekurang kurangnya sebulan sebelum menguatkuasakan penangguhan perjalanan umrah Presiden Persatuan Agensi Pelancong...
Putrajaya Tangguh Perjalanan Umrah Bimbang Penularan Omicron

Putrajaya Tangguh Perjalanan Umrah Bimbang Penularan Omicron

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 223 hits
BERNAMA Bakal jemaah akan mendapat bayaran balik atau dijadual semula perjalanan Suasana penumpang yang menunggu bagasi di KLIA Penumpang penerbangan antarabangsa turut memakai pakaian pelindung lengkap bagi mengelak jangkitan Covid 19 Gamb...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bertha Benz Cipta Sistem Brek Kenderaan

Resepi Spicy Salted Egg Cornflakes

Hilux Vios Main Langgar Orang Tepi Jalan Di Jalan Klang Lama

3 Cara Memaksa Penipu Online Mengembalikan Uang Anda

Belajar Trading Bagi Pemula Gratis Bergaransi Sampai Bisa Di Pontianak

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Funny18 Funny18 Top 62 By Xavier Funny18 Xyz 23 67

188betth Cc 28 68 Website 188betth Top 73 By Dominic

Pelaburan Emas Bank Islam Biga I

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Why Not Indian Cm In Penang Mipp Leader Asks