Sumber: @shahrillramli
Putrajaya bukan sahaja pusat pentadbiran Negara Malaysia. Malah, Bandar ini telah direka dengan cukup teliti, menempatkan pelbagai taman tarikan yang indah dan bangunan-bangunan dengan rekaan arkitektur yang modern, melambangkan pembangunan Malaysia yang sentiasa mengorak langkah ke hadapan.
Sumber: Jayson Villaruel
Tangga ini dibina di atas cerun yang menuju ke Mercu Tanda di Taman Putra Perdana.
Sumber: Syed Shah
Dilengkapi dengan struktur dan fasiliti yang membolehkan pelawat beriadah sepanjang tangga ini, ia dijangka akan menjadi tarikan buat pelancong dalam dan luar negara yang pastinya akan membantu ekonomi sektor pelancongan kita.
Sumber: lurve_aloevera
Jadi, pastikan anda turut mendaki Tangga Putrajaya Steps bila anda mengunjungi Dataran Putra dan menuju ke Taman Putra Perdana.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |