Tangani Segera Isu Anjing Liar Dan Jalan Berlubang Untuk Tarik Pelabur Ke Kawasan Perindustrian Gebeng




KUANTAN: Isu anjing liar, jalan berlubang di Kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini perlu ditangani segera jika mahu ‘meminang’ pelabur bagi memacu ekonomi.
Exco Kerja Raya Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Ir. Razali Kassim berkata, pihaknya sedia berganding dengan Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib bagi mengatasi rungutan daripada orang awam serta pemain industri di kawasan berkenaan.
Ujarnya, aduan yang diterima termasuk daripada pihak industri semakin membimbangkan sehingga merencatkan suasana di kawasan perindustrian itu,
“Saya dapat aduan juga isu anjing liar mengancam keselamatan nyawa pekerja di sini sehingga mengalami kecederaan dan berlaku kemalangan dan saya menerima enam laporan bergambar berkaitan kes anjing liar.
“Selain itu sekurang-kurangnya enam aduan kerosakan lampu jalan di sekitar Gebeng dan 15 aduan kerosakan jalan di laluan ini diterima,” katanya.
Razali berkata demikian ketika membuat tinjuan di sekitar Gebeng bersama Mohamad Nizar pada semalam.
Justeru pihaknya akan mengambil perhatian terhadap aduan yang diterima berkaitan infrastruktur yang kurang memuaskan menerusi Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Malah pihaknya akan menumpukan kerja penyelenggaran menerusi pelan jangka pendek dan jangka panjang bagi memudahkan pengurusan.
“Kami komited untuk selesaikan isu berkaitan, sebab itu apabila dimaklumkan saya terus mengumpulkan pihak berkenaan bagi menangani isu tersebut, kita tahu kawasan industri ini sasaran utama pelabur dan pemegang taruh.
“Jangka pendek, kita akan menurap balik jalan yang pecah ini dan untuk jangka panjang kita mungkin akan gunakan kaedah CIPR (Cold In Place Recycling) yang lebih kukuhkan lagi struktur jalan cuma kosnya agak tinggi, berkali ganda,” tambahnya.
Jelasnya, laluan kawasan industri sering dilalui kenderaan berat dan jalan tersebut perlu diselenggara menerusi kaedah CIPR.


Sementara itu Mohamad Nizar pula berkata, kawasan berkenaan perlu dijaga sebaiknya bagi ‘menyunting’ minat pihak pelabur meluaskan perniagaan di samping mengembangkan pertumbuhan ekonomi di Pahang.
Ia supaya pemain industri yang sedia ada berpuas hati bagi menjalankan urus niaga selain menjamin operasi kilang jika kemudahan infrastruktur dijaga dengan baik selain menarik minat prospek industri lain ke Pahang.
“Kalau pelabur masuk jalan berlubang, jalan berlopak, anjing berkeliaran, macam mana nak yakinkan pelabur masuk dalam indusri Gebeng ini, itulah persoalannya.
“Kita anggaplah investor ini macam nak melamar isteri, isteri kalau comot pakai baju koyak, siapa nak kahwin dengan dia? Saya berharap kita cari solusi dan selenggarakan,” katanya. #MalaysiaGazette
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/02/tangani-segera-isu-anjing-liar-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Syarikat Milik Penuh Dialog Group Hentikan Projek Asid Malik Di Kawasan Perindustrian Gebeng

Anak Syarikat Milik Penuh Dialog Group Hentikan Projek Asid Malik Di Kawasan Perindustrian Gebeng

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 108 hits
KUALA LUMPUR Anak syarikat milik penuh Dialog Group Bhd Dialog Malic Acid Sdn Bhd menghentikan projek asid maliknya di Gebeng Pahang dengan jumlah perbelanjaan modal yang ditanggung sehingga kini sebanyak RM90 7 juta dihapus kira pada suku ...
Pihak Berkuasa Perlu Adil Tangani Isu Sensitiviti Agama

Pihak Berkuasa Perlu Adil Tangani Isu Sensitiviti Agama

papar berkaitan - pada 2/2/2025 - jumlah : 165 hits
harakahdaily comFebruary 1 2025KUALA LUMPUR Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan perasaan kecewa terhadap ketidakseimbangan tindakan pihak berkuasa dalam menangani isu sensitiviti agama di negara ini Isu ini timbul berikutan tindakan tidak ...
Iya Lama Dah Dia Dok Tarik Pelabur Masuk

Iya Lama Dah Dia Dok Tarik Pelabur Masuk

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 81 hits
RMSYang cakap pakar feng shui yang kena sindir nanti PMX korang tengok saja nanti hahaha
Bertindak Segera Sebelum Isu Gelandangan Menjadi Tidak Terkawal Harian Metro 09 02 2025

Bertindak Segera Sebelum Isu Gelandangan Menjadi Tidak Terkawal Harian Metro 09 02 2025

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 97 hits
Kuala Lumpur Pasukan khas perlu ditubuhkan bagi menangani isu gelandangan secara holistik sekali gus mengelakkan jumlah golongan terbabit meningkat Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia Zharif Johor berkata statistik mendedahka...
Utamakan Isu Negara Sebelum Bangunkan Semula Gaza Rafidah

Utamakan Isu Negara Sebelum Bangunkan Semula Gaza Rafidah

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 180 hits
malaysiakini comBekas menteri Rafidah Aziz menyarankan kerajaan agar memberi keutamaan dalam menyelesaikan isu dalam negara terlebih dahulu sebelum menyatakan komitmen untuk membangunkan semula Gaza Mengulas pengumuman Perdana Menteri Anwar...
Isu Padi

Isu Padi

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 95 hits
Nazri Hamdan Isu sebenar padi dan beras di Malaysia ialah masalah supply Mekanisma harga seperti harga lantai dan siling atau harga terapung hanyalah penyelesaian sementara sahaja Ia tak boleh selesaikan masalah supply beras Walau harga bel...
Kaki Fitnah Cuba Ubah Dan Alih Isu

Kaki Fitnah Cuba Ubah Dan Alih Isu

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 118 hits
RMSKaki fitnah try divert isu nak cover isu YTL masuklah beberapa komen planted dari geng Razman sendiri tengok komen pun dah tahu
Isu Layanan Mesra Barisan Hadapan Di Terengganu

Isu Layanan Mesra Barisan Hadapan Di Terengganu

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 117 hits
Sehari dua ini agak hangat isu dan perbincangan dikalangan penggiat pelancongan di negeri Terengganu terutama berkaitan isu khidmat pelanggan terutama frontliner atau barisan hadapan yang kurang ramah tidak senyum dan tidak mesra Ianya masi...
Putra Saran Mat Sabu Demo Dengan Pesawah Jika Isu Tak Selesai

Putra Saran Mat Sabu Demo Dengan Pesawah Jika Isu Tak Selesai

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 130 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 28 2025 5 39 PMMenteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu secara sinis digesa menganjurkan himpunan tunjuk perasaan sekiranya dia gagal menangani isu ketiadaan beras tempatan dan kenaikan harga l...
Nuzul Quran Sejarah Hikmah Dan Amalan Yang Digalakkan

Trash Taxi Tales Real Stories Of How Fast Junk Removal Changes Lives

Game On Elevate Your Gameplay Across Mobile And Pc

Mi Goreng Mamak Basah Dan Pedas Guna Teknik Ini Baru Menjadi

Hukum Penukaran Uang Baru Menjelang Lebaran Apakah Ada Unsur Riba

Even If Politician Saravanan Beats A Retreat Preacher Zamri Vinoth Must Still Face The Music

Can I Hatch Out A Shark And Grow It On Practical Fishkeeping

Small Space Decor Ideas How To Make A Tiny Home Look Bigger With Simple Tricks


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sisi Gelap Hari Raya Apa Yang Tak Diceritakan

Umno Man Rubbishes Claim 14 Mps Will Pull Support For Government

Teori Nuar Musa Bayangi Ayer Kuning

13 Arrested For Rioting After Video Shows Hundreds Of Foreigners Blocking Road

Bagaimana Menulis Contain Atau Kandungan Pemasaran Yang Baik Di Media Sosial

Drama Demam Viral