Pihak Berkuasa Perlu Adil Tangani Isu Sensitiviti Agama


harakahdaily.com
February 1, 2025

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan perasaan kecewa terhadap ketidakseimbangan tindakan pihak berkuasa dalam menangani isu sensitiviti agama di negara ini

Isu ini timbul berikutan tindakan tidak setimpal terhadap pelawak Harith Iskander yang menyindir isu halal dan komen biadab Cecelia Yap yang menghina nama suci Nabi Muhammad SAW.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Mohd Hafez Sabri berkata, pihak berkuasa pantas menjatuhkan hukuman terhadap individu yang mengeluarkan ugutan kepada Harith Iskander, namun tindakan terhadap pelawak itu sendiri serta komen menghina Islam oleh Cecelia Yap masih belum mendapat respon yang setimpal.

“Ini jelas menunjukkan ketidakseimbangan dalam penguatkuasaan undang-undang yang sepatutnya melindungi keharmonian antara agama di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi berkata, isu halal bukan perkara remeh, sebaliknya merupakan satu tuntutan agama Islam yang wajib dihormati oleh semua pihak.

Pada masa sama, katanya penghinaan terhadap nama ‘Muhammad’ – yang merupakan junjungan besar Nabi Muhammad SAW – adalah sesuatu yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.

Sehubungan itu, katanya Pemuda PAS menggesa pihak berkuasa agar berlaku adil dan konsisten dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang mencetuskan ketegangan agama.

“Tiada sesiapa yang boleh terlepas daripada tindakan undang-undang sekiranya mereka menghina atau mempermainkan sensitiviti agama mana-mana pihak,” katanya.

Selain itu, Pemuda PAS menasihati masyarakat agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan ketegangan serta sentiasa menghormati prinsip Rukun Negara yang menekankan aspek kesopanan dan kesusilaan.

Katanya, sikap berdiam diri terhadap penghinaan terhadap Islam, hanya akan membuka ruang kepada lebih banyak provokasi di masa hadapan.

Justeru itu, katanya Pemuda PAS menggesa pihak berkuasa untuk segera mengambil tindakan tegas terhadap Cecelia Yap serta mana-mana individu yang menghina Islam. Tindakan tegas ini penting bagi memastikan keadilan dan keharmonian negara terus terpelihara. 
– HARAKAHDAILY 1/2/2025

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/pihak-berkuasa-perlu-adil-tangani-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Caprice Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Jika Isu Influencer Hilang Sekadar Konten

Caprice Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Jika Isu Influencer Hilang Sekadar Konten

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 188 hits
Pempengaruh terkenal Caprice gesa pihak berkuasa tempatan untuk ambil tindakan jika isu influencer hilang dalam hutan di Indonesia hanyalah sekadar konten daripada pihak mereka Perkara itu dinyatakan oleh Caprice atau nama sebenarnya Ariz R...
Umno Ingatkan Semua Henti Bersaing Isu Garis Panduan Agama

Umno Ingatkan Semua Henti Bersaing Isu Garis Panduan Agama

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 218 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 7 2025 11 32 AMUmno menggesa semua pihak supaya berhenti bersaing sesama sendiri dalam mengeluarkan kenyataan berhubung polemik garis panduan yang dicadangkan untuk umat Islam Setiausaha Agungnya Asyraf Wajdi...
Ugutan Bunuh Di Fb Semoga Pihak Berkuasa Menangkap Mamat Ni

Ugutan Bunuh Di Fb Semoga Pihak Berkuasa Menangkap Mamat Ni

papar berkaitan - pada 26/1/2025 - jumlah : 141 hits
Aman MohamadLebih kurang minggu lepas sebenarnya aku ada menerima 7 komen di Facebook berbentuk ugutan bunuh dan mencederakan aku Aku sudah pun buat repot polis dan sudah beri keterangan Nama facebook yang ugut bunuh dan cederakan aku tu be...
Ustaz Aktivis Dengan Hasutan Dan Fitnah Mana Pihak Berkuasa Ketua Jkom

Ustaz Aktivis Dengan Hasutan Dan Fitnah Mana Pihak Berkuasa Ketua Jkom

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 247 hits
Orang ramai berharap Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengenakan tindakan undang undang terhadap seorang aktivis bergelar ustaz yang disifatkan menghasut rakyat Pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang Mohd Sophian Mohd Zain me...
Kurang Ajar Jangan Main Main Isu Agama

Kurang Ajar Jangan Main Main Isu Agama

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 132 hits
HANISAH SELAMATLAPORAN polis terhadap Harith Iskander yang didakwa mempersendakan agama dibuat pelawak Shahrol Shiro malam tadi PETALING JAYA Tidak berkompromi apabila membabitkan sensitiviti orang Islam pelawak juga usahawan Shahrol Shiro ...
Suhakam Dan Pdrm Akan Bincang Isu Pemeriksaan Telefon Bimbit Orang Awam

Suhakam Dan Pdrm Akan Bincang Isu Pemeriksaan Telefon Bimbit Orang Awam

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 125 hits
Satu perjumpaan akan diadakan antara Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia dalam masa terdekat bagi membincangkan isu pemeriksaan telefon bimbit orang awam oleh polis Sebelum ini telah dilaporkan tentang kenyat
Dakwa Paksa Peluk Islam Jakim Seru Pengamal Media Hormati Sensitiviti Masyarakat Tempatan

Dakwa Paksa Peluk Islam Jakim Seru Pengamal Media Hormati Sensitiviti Masyarakat Tempatan

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 160 hits
BernamaKUALA LUMPUR Pengamal media khususnya dari luar negara perlu sentiasa menghormati sensitiviti budaya agama dan Perlembagaan Persekutuan dalam melaporkan sebarang isu yang melibatkan masyarakat tempatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia...
Bab Agama Jangan Politikkan

Bab Agama Jangan Politikkan

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 126 hits
Dari Hemat SayaApa apa tindakan atau peraturan bagi memastikan kesucian Islam daripada dicemari yang hendak diperkenalkan oleh jabatan agama atau majlis agama seperti peraturan dan batas batas penglibatan orang Islam dalam majlis bukan Isla...
Biodata Nina Smith Pelakon Melayu Amerika

Legal Loopholes Big Tech And The Politicians Who Let Them Thrive

Ibu Saman Ladang Tenusu Dakwa Susu Mentah Punca Bayi Maut Dalam Kandungan

Jiwa Guna Line Internet Umobile

Guan Eng S Defence Team Tears Into Statement On Witness Attack

Penhaligon S Marks 155 Years With A Grand Fragrance Exhibition In Kuala Lumpur

Makan Makan Dinner Buffet Di Renaissance Johor Bahru

Rawatan Fisioterapi Untuk Sakit Tumit Kaki Panduan Lengkap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resipi Sup Ayam Tumis Darat Sedap Harum Berempah Mudah Nak Buat Di Rumah

Resipi Sambal Daging Kentang Simple Tapi Mudah Membuka Selera

Senyap Tak Bererti Tak Terluka

Sultan Pahang Seru Rakyat Negeri Ini Agar Tampil Jadi Pelopor Hidupkan Semula Roh Pengunaan Tulisan Jawi

Jasri Bersatu Pahang Kecewa Tiada Maklumat Terkini Sepuluh Projek Perumahan Generasi Baru Felda

5 Rekomendasi Sunscreen Untuk Kulit Berminyak Bukan Cuma Melindungi Dari Uv Tapi Juga Menutrisi Kulit