Tangan Anak Terkena Mesin Treadmill Datin Seri Shahida Cemas Syukur Tak Ada Yang Serius
Anak-anak kita yang sedang membesar, sememangnya lasaknya tidak dijangka. Ada sahaja perkara yang dilakukan mereka tanpa kita jangka. Pengasas kosmetik, Datin Seri Shahida Mohd Rashid berdepan detik mencemaskan bila mana anak bongsunya terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Semuanya bermula bila mana si comel, Raudhah dan Meena bermain berdekatan mesin treadmill dan tangan tersepit pada mesin treadmill tersebut.
Menerusi Instagramnya, Datin Seri Shahida berkongsi kisah kedua anaknya itu.
“Kisah pukul 10.00 malam tadi.
“Sambil mama buat susu keluar pula Meena dan Raudhah ke mesin treadmill.
“Buka plug pastu apalagi naik la, pastu Raudhah terjatuh terkepit tangan kat bawah mesin treadmill. Nasib cepat nampak,” kongsinya menerusi Instagram.
Selain berkongsi kisah, DS Shahida turut sama berkongsi beberapa keping gambar ketika menjalani rawatan tidak terkecuali gambar tangan Raudhah yang tersepit di treadmill.
Pun begitu kata DS Shahida, mujurlah semuanya baik-baik sahaja malah tidak mengalami kecederaan yang serius.
“Anak kecil banyak kat rumah, program depa pun banyak. Apatah lagi yang ada geng.
“Syukur tak ada apa yang serius,” kongsinya menerusi Instagram.
Wargamaya kongsi tip
Dalam pada itu perkongsian DS Shahida itu turut mendapat pelbagai reaksi dari seluruh pengikutnya. Malah ada yang turut berkongsi beberapa tip untuk keselamatan anak-anak kecil.
“Datin kena sorok tali merah yang ada magnet tu. Tali tu kalau tak lekat dia takkan hidup walaupun suis on”
“Semua mesin kat rumah tutup cabut terus plug datin. Demi kesalamatan semua anak-anak. Bila nak guna je baru pasang”
“Subhanallah, hati-hati dato dan datin. Anak-anak sekarang bijak-bijak kita kena sentiasa jangan leka. Budak-budak sekarang banyak akalnya. Ada saja depa nak buat. Semoga Raudah cepat sembuh Aamiin”
Semoga Raudhah cepat-cepat sembuh dan kembali bermain seperti selalu bersama adik beradiknya yang lain.
View this post on Instagram
A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs)
Terdahulu, Datin Seri Nur Shahida mendirikan rumah tangga bersama Dato’ Seri Alif Syukri pada tahun 2007. Pasangan ini dikurniakan dengan lima orang cahaya mata, Ammar Ahyyan, 12, Qadejah El Zahra, 10, Ibraheem Adham, 8, Yusof Al Qardawy, 3 dan Raudhah Arshiyah yang kini berusia satu tahun.
Menarik: PKP Lepas Raudhah Baby Lagi, Tahun Ni Sama Naik Buat Sepah, Kita Kemas Dia Sepah Balik – DS Shahida
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Just daftar je kat SINI. FREE je tau Webinar ni!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @shahidadherbs
The post Tangan Anak Terkena Mesin Treadmill, Datin Seri Shahida Cemas, “Syukur Tak Ada Yang Serius” appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/tangan-anak-terkena-mesin-treadmill-datin-seri-shahida-cemas-syukur-tak-ada-yang-serius/