Tanda Tanda Gangguan Jin Sihir Dan Syaitan Di Dalam Badan




Pasti ramai yang pernah mengalami keadaan di mana mereka diganggu oleh makhluk halus atau ilmu hitam sama ada di rumah, premis perniagaan atau dalam badan diri sendiri. Tetapi, adakah kita tahu dan apakah tanda-tanda gangguan jin, sihir dan syaitan dalam badan?

Jika anda pernah menghadapi situasi diganggu oleh jin atau sihir, anda wajib mengambil tahu apakah simptom dan tanda-tanda gangguan sedemikian supaya mudah untuk anda mengambil tindakan seterusnya agar tidak mudarat kepada diri sendiri, keluarga dan orang lain.

Tanda-tanda Gangguan Jin, Sihir dan Syaitan
Berikut kami kongsikan beberapa tanda-tanda gangguan jin, syaitan dan sihir di dalam badan seseorang dan juga gangguan di dalam rumah atau premis perniagaan seperti kedai makan, restoran dan sebagainya seperti dikongsikan di laman Facebook.

Jika anda mengalami sekurang-kurangnya tiga simptom yang telah disenaraikan di bawah, anda disarankan dengan segera berjumpa dengan perawat Islam atau pengamal perubatan Islam untuk mendapatkan rawatan.



Gangguan sihir, jin dan syaitan boleh menjadi berterusan jika tidak dirawat dengan betul malah akan mudarat membawa kepada berbagai gejala penyakit dan masalah yang lebih kronik dan serius sehingga sukar untuk disembuhkan.

Antara simptom-simptom yang menunjukkan seseorang itu telah terkena buatan orang atau sebarang gangguan jin dan syaitan angkara sihir, saka, lintasan atau A'in adalah seperti berikut :

1. Badan terasa berat, lemah, panas atau sejuk tanpa sebab
2. Badan terasa bisa-bisa, gatal-gatal atau miang tanpa sebab klinikal
3. Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal
4. Bau nafas yang terlalu busuk
5. Bau wangian, busuk, hanyir atau hangit yang tidak diketahui puncanya
6. Bayi kerap menangis
7. Belakang tengkuk atau bahu terasa berat
8. Benda bergerak atau berubah tempat dengan sendirinya tanpa sebab munasabah
9. Bermimpi bayi atau kanak-kanak
10. Bunyi air pili dibuka di tandas atau bilik mandi
11. Bunyi perabot atau benda berat atau tukul besi diseret atau dihempas di rumah atas (flat, apartment, condo)
12. Bunyi guli, bola ping-pong, menumbuk dengan lesung di rumah atas (flat, apartment, condo)
13. Bunyi orang berjalan di dalam atau tingkat atas rumah
14. Bunyi pasir jatuh di atas siling atau bumbung rumah
15. Bunyi sesuatu mencakar bumbung, pintu atau tingkap
16. Darah haid turun lebih daripada 15 hari
17. Gagal melakukan hubungan kelamin tanpa sebab munasabah
18. Gelisah dan panas di tengkuk bila dengar bacaan Al-Quran
19. Hujung jari kaki atau tangan sering terasa menyucuk atau kebas
20. Kaki atau tangan berasa berat
21. Kaki, tangan atau anggota badan lain terasa panas
22. Kemurungan yang berpanjangan
23. Kerap berdebar, takut, gagap dan sesak nafas
24. Kerap keguguran
25. Kerap sendawa bila mendengar Al-Quran
26. Ketumbuhan ganjil pada anggota badan
27. Kuat berangan, berkhayal dan hilang daya tumpuan
28. Lampu dan alat elektrik terpadam dengan sendirinya
29. Loya atau sebu perut tanpa sebab klinikal
30. Malas mengerjakan solat dan beribadat
31. Marah secara keterlaluan dan panas baran
32. Melihat lembaga, jin dan hantu secara terus
33. Mendengar suara berbisik, menyergah atau memanggil nama
34. Mengantuk bila dengar Al-Quran
35. Mengunyah gigi sewaktu tidur
36. Mimpi jatuh dari tempat tinggi, melayang atau terbang
37. Mimpi makan
38. Mimpi ular, kelawar, lembu, anjing, serigala, gajah, harimau dan binatang buas
39. Mimpi apa jua yang menakutkan
40. Mimpi serangga berbisa seperti lipan, kala jengking, labah-labah dan sebagainya
41. Mimpi tempat yang kotor seperti tandas, longkang dan sebagainya
42. Nafsu seks yang melampau atau tidak normal
43. Nampak kepulan asap hitam, putih dalam rumah, bilik atau premis perniagaan
44. Pelupa atau nyanyuk tanpa sebab klinikal
45. Pintu, tingkap bergegar atau terbuka dengan sendirinya
46. Ragu-ragu tentang keimanan diri dan ingin murtad
47. Sakit atau takut ketika ziarah orang meninggal
48. Sakit bebola mata
49. Sakit di bahagian ulu hati, tulang rusuk, pinggang atau belikat tanpa sebab klinikal
50. Sakit jiwa, mental dan gila
51. Sakit kepala, dada, tangan atau kaki selepas waktu Asar ke atas
52. Sakit perut tanpa sebab klinikal
53. Sakit tapak kaki atau tumit yang berpanjangan
54. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali
55. Selalu ditindih dan dicekik ketika tidur
56. Selalu melihat kelibat dan bayangan di rumah
57. Sering kehilangan wang secara tiba-tiba
58. Sering pengsan tanpa sebab klinikal
59. Sering terjaga di waktu malam atau tengah malam
60. Sesuatu menyentap kaki semasa sedar atau tidur
61. Sikap berubah secara tiba-tiba (kepada yang negatif)
62. Suami isteri, penghuni rumah atau pekerja kerap bertengkar walaupun perkara kecil
63. Suka bangun tidur selepas tengahari
64. Suka bercakap besar, takbur, riak dan bangga diri
65. Suka bercakap seorang diri tanpa sebab munasabah
66. Suka berbuat maksiat
67. Suka melihat diri di dalam cermin
68. Suka menggulung rambut dengan jari
69. Suka mengingati atau bercakap tentang perkara-perkara lucah
70. Suka tidur di dalam keadaan berbogel dan meniarap
71. Suka melakukan onani dan gemar pada pakaian dalam orang lain
72. Suka tidur pada siang hari
73. Sukar mendapat jodoh
74. Sukar mendapat zuriat
75. Sukar tidur malam
76. Tanda lebam pada anggota badan
77. Terasa ada lembaga tidur bersama, bersetubuh, menganggu dan berdialog ketika tidur
78. Terasa benda bergerak-gerak di bawah kulit
79. Terasa diri selalu diperhatikan atau diekori
80. Terlalu rasa rendah diri, tidak berkeyakinan dan hilang semangat
81. Terasa bahu ditepuk dari belakang
82. Terasa terkena renjisan air
83. Udara di dalam rumah atau premis perniagaan berasa mampat dan sebagainya.

Sekiranya anda ada mengalami sekurang-kurangnya TIGA simptom atau tanda-tanda yang telah disenaraikan di atas, anda wajib dengan segera berjumpa dengan mereka yang pakar dalam perubatan Islam untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum ianya terus mudarat diri sendiri, keluarga, rumah dan sebagainya.

Jika anda melengahkan rawatan gangguan jin dan sihir serta yang seumpamanya, perkara ini akan menjadi dengan lebih teruk lagi malahan ia tidak mustahil akan merebak sehingga sukar untuk dipulihkan.

Walau bagaimanapun, setiap sesuatu kejadian, gangguan atau penyakit dengan izin Allah semuanya boleh diatasi dan disembuhkan dengan amalan doa, zikir dan juga ayat Al-Quran yang biasanya digunakan oleh perawat Islam untuk merawat pesakit mereka.

Baca : Doa Pembatal Sihir & Ayat Pendinding Diri

Video Ruqyah Penawar Sihir & Gangguan Jin

Kami turut kongsikan video bagaimana kaedah rawatan ruqyah yang biasa dilakukan oleh pakar perubatan Islam untuk mengusir gangguan jin dan sihir. Perhatikan setiap satu video yang dipaparkan di bawah bagaimana ramai mangsa yang diganggu oleh jin dan ada juga seperti dirasuk yang ditawarkan dengan ayat-ayat Al-Quran.




Sekiranya anda mengalami tanda-tanda gangguan jin, sihir dan syaitan seperti yang dikongsikan di atas, anda boleh terus berjumpa dengan mereka yang lebih arif dalam perubatan Islam seperti yang tertera di dalam gambar di bawah.



Semoga perkongsian tentang tanda-tanda gangguan jin dan sihir ini akan bermanfaat buat anda yang memerlukan bantuan atau rawatan. Segeralah berjumpa dengan mereka yang pakar dalam perubatan Islam ini. Amalkan doa-doa, zikir atau ayat pendinding diri juga sebagai ikhtiar untuk menghindari gangguan seperti ini.

Jangan sekali-kali mengabaikan hal ini kerana apabila gangguan ini menjadi teruk, akibatnya anda akan menanggung kesan yang tidak pernah dijangka seperti menderita kerana penyakit misteri yang tidak diketahui punca dan sebagainya. - Facebook

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ilmualam.com/2020/02/tanda-tanda-gangguan-jin-sihir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Tanda Wanita Yang Sudah Dinikahi Oleh Jin Nomor 7 Paling Sering Wanita Alami

10 Tanda Wanita Yang Sudah Dinikahi Oleh Jin Nomor 7 Paling Sering Wanita Alami

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 349 hits
Jin merupakan salah satu ciptaan Tuhan dan mereka juga memiliki rasa cinta seperti layaknya manusia bahkan diantara mereka ada yang menyukai manusia dan ternyata ada tanda wanita dicintai oleh jin jantan Jin juga memiliki jenis kelamin yang...
9 Manfaat Yoghurt Turunkan Berat Badan Hingga Cegah Osteoporosis

9 Manfaat Yoghurt Turunkan Berat Badan Hingga Cegah Osteoporosis

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 286 hits
Pembuatan yoghurt membutuhkan suhu inkubasi tertentu supaya bakteri asam laktat bekerja maksimal Yoghurt dikenal dengan minuman yang dapat menyehatkan pencernaan Namun sebenarnya banyak khasiat dari yoghurt yang menyehatkan bahkan mempercan...
Deslim Pre Probiotik Dan Fiber Mampu Bantu Penghadaman Pelihara Usus Dan Menguatkan Sistem Imun Badan

Deslim Pre Probiotik Dan Fiber Mampu Bantu Penghadaman Pelihara Usus Dan Menguatkan Sistem Imun Badan

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 490 hits
Kesihatan yang baik bermula dari sistem penghadaman yang baik MUNGKIN ramai yang tidak tahu sistem penghadaman yang sihat adalah asas kepada tubuh yang sihat Amalan pemakanan tidak seimbang boleh menjadi antara faktor yang membawa kepada ma...
Jokowi Segera Umumkan Kepala Badan Otorita Ibu Kota Baru Ahok Jadi Kandidat

Jokowi Segera Umumkan Kepala Badan Otorita Ibu Kota Baru Ahok Jadi Kandidat

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 237 hits
Presiden Joko Widodo sudah menyiapkan empat orang kandidat untuk jadi Kepala Otorita Ibu Kota Baru Salah satu kandidatnya Mulai dari Menteri Riset dan Teknologi Kepala Badan Riset Inovasi Nasional Bambang Permadi Soemantri Brodjonegoro hing...
Judi Berat Badan

Judi Berat Badan

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 344 hits
SOALAN Unit saya ada menganjurkan satu aktiviti di mana setiap individu akan ditimbang berat setiap 2 minggu Sekiranya berlaku pertambahan berat badan akan didenda RM5 bagi kenaikan 1 kilogram Duit tersebut akan dikumpulkan dan digunakan un...
Jiran Kita Orang Islam Lelaki Sanggup Hanguskan Badan Untuk Selamatkan Jiran Terbakar

Jiran Kita Orang Islam Lelaki Sanggup Hanguskan Badan Untuk Selamatkan Jiran Terbakar

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 385 hits
Ketika situasi rusuhan di utara Delhi sedang memuncak seorang lelaki berusia 29 tahun melihat rumah jiran Muslimnya terbakar dan melakukan sesuatu yang sangat baik Beliau disifatkan sangat berani dengan menyelamatkan jiran Muslimnya tanpa m...
Erick Thohir Sindir Direksi Bumn Kita Ini Bukan Pengelola Badan Usaha Milik Nenek Lu

Erick Thohir Sindir Direksi Bumn Kita Ini Bukan Pengelola Badan Usaha Milik Nenek Lu

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 212 hits
Menteri Erick melanjutkan kesalahan persepsi tersebut perlu diperbaiki agar tidak terus terjadi Kesalahan persepsi ini bahkan sudah dikonsultasikan dengan Presiden Joko Widodo dan Menteri Keuangan Sri Mulyani Indrawati
Penawar Gula Berlebihan Dalam Badan Anda

Penawar Gula Berlebihan Dalam Badan Anda

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 364 hits
Topik hari ini Saje nak share produk yang erny consume dari sebelum pregnant then stop sebab pregnant sekarang ni dlm pantang consume balik Apa yang best ialah berat erny turun 16kg dalam masa 29 hari berpantang Kalau masa pantang anak 1st ...
Terapi Ais Kaedah Paling Pantas Untuk Badan Kembali Pulih Selepas Bersukan

Terapi Ais Kaedah Paling Pantas Untuk Badan Kembali Pulih Selepas Bersukan

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 297 hits
Terapi ais kaedah paling pantas untuk badan kembali pulih selepas bersukan Kecederaan otot semasa bersukan tidak dapat dielakkan Apatah lagi sekiranya bersukan yang memerlukan pergerakkan fizikal yang ekstrem seperti bola sepak ragbi mahupu...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah