Tanda Penghargaan 6 Idola K Pop Ini Dapat Hadiah Mahal Daripada Peminat
Pemberian hadiah merupakan suatu tindakan untuk menunjukkan rasa penghargaan terhadap seseorang.
ARTIKEL BERKAITAN
Mencuri Perhatian, 6 Artis K-Pop Ini Dihadiahkan Barangan Pelik Dari Peminat
Kali ini, KimchiDaily nak kongsikan 6 idola K-Pop yang pernah dihadiahkan barangan mahal, berharga ratusan ribu ringgit.
Xiumin EXO
Pada tahun 2018, peminat Xiumin telah membuat satu kejutan dengan menghadiahkan hiasan pada kereta api bawah tanah. Ia mungkin kedengaran seperti biasa sahaja, tetapi hiasan pelekat pada kereta api itu mencecah belanja sehingga RM11,681. Ia dihadiahkan sempena menyambut hari ulang tahun ke-6 semenjak debut pertamanya. Mereka menghiasinya dengan mempamerkan wajah idola itu dan ianya berjalan selama sebulan mulai 9 April 2018 di laluan kereta bawah tanah Seoul nombor 7.
Sana TWICE
Siapa je tak suka kalau dapat barang yang berjenama mahal kan? Oleh kerana disayangi oleh peminat, Sana TWICE telah dihadiahkan dengan longgokan barang berjenama mewah. Hadiah ini sebagai tanda penghargaan daripada peminat kepada bakat Sana. Antara barang yang dia dapat ialah dompet jenama mewah, beg tangan, jam tangan dan lain-lain barangan mewah. Jumlah perbelanjaan ini mencecah sebanyak RM46,725.
Jungkook BTS
Pada tahun 2017, Jungkook BTS telah menerima kepingan emas seberat 50 gram. Ia dihadiahkan oleh seorang peminat sempena hari ulang tahun yang ke-20.
Lee Taeyong NCT
Lee Tae-yong merupakan antara idola K-Pop paling bertuah, mendapat hadiah papan iklan digital daripada peminat di New York Times Square. Dianggarkan bahawa paparan papan iklan tersebut berharga RM140,190 setiap minggu. Muka Lee Tae-yong bersama dengan ucapan ‘Happy Birthday’ dipaparkan di papan iklan yang megah itu.
Baekhyun EXO
Vokalis utama EXO, Baekhyun telah mendapat hadiah berupa jam tangan mewah jenama Rolex daripada peminatnya. Peminat yang dikenali sebagai Polar Light tidak teragak-agak untuk memberikannya jam tangan bernilai RM46,730. Ia dihadiahkan sempena ulang tahun kelahirannya pada tahun 2015.
Sehun EXO
Biasanya, surat khabar akan menyiarkan tentang berita semasa pasal artis. Tetapi tidak bagi Sehun, peminat dari Cina membuat kejutan kepadanya pada hari ulang tahun. Peminat idola itu membayar sebuah syarikat akhbar semata untuk mengucapkan ‘Happy Birthday’ kepada Sehun. Bayaran untuk posting ini dianggarkan berjumlah RM935,400.
Untungnya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Tanda Penghargaan, 6 Idola K-Pop Ini Dapat Hadiah Mahal Daripada Peminat first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/tanda-penghargaan-6-idola-k-pop-ini-dapat-hadiah-mahal-daripada-peminat/