Tanam Pokok Di Kediaman Tangani Ancaman Perubahan Iklim


BH ONLINE Antara pokok yang terdapat di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah KUALA LUMPUR: Masyarakat digalak untuk mengambil inisiatif menanam pokok di kediaman masing-masing kerana ia adalah strategi paling berkesan bagi mengurangkan kesan perubahan iklim, selain dapat mewujudkan persekitaran yang lebih hijau dan cantik.
Ketua Program Perubahan Iklim, Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar dan Perhutanan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr Azian Mohti, berkata perubahan iklim adalah isu penting kerana ia sedang berlaku dengan amat cepat, maka langkah perlindungan alam sekitar seperti penanaman pokok-pokok baharu perlu dipertingkatkan.
Beliau berkata seiring dengan perkembangan teknologi, pelbagai teknik tanaman boleh dipraktikkan tidak kira sama ada seseorang itu tinggal di bandar ataupun di kampung.
"Wujud beberapa teknik tanaman yang dapat mengatasi masalah kekurangan ruang untuk menanam pokok. Mereka yang tidak mempunyai tanah juga boleh bercucuk tanam walaupun dalam kawasan terhad," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Azian berkata walaupun menanam pokok tampak remeh, tetapi jika semua orang melakukannya tidak mustahil impak pemanasan global pada masa hadapan dapat dikurangkan.
Beliau berkata tindakan mitigasi perlu dijalankan untuk mengurangkan impak fenomena perubahan iklim dan inisiatif menanam pokok adalah langkah proaktif yang berupaya menangani ancaman perubahan iklim, berikutan ekosistem semula jadi yang terjejas akibat kesan perubahan iklim itu dapat dipulihkan dengan pertambahan bilangan pokok.
Azian berkata penanaman lebih banyak pokok bukan sahaja dapat menambah kawasan hijau, malah usaha ini dilihat boleh mengurangkan jejak karbon (carbon footprint) dan apabila semakin tinggi nilai indeks jejak karbon, semakin tinggi kepekatan gas rumah hijau di atmosfera.
"Jejak karbon adalah jumlah gas rumah hijau yang terhasil daripada setiap kegiatan manusia secara langsung ataupun tidak langsung. Menghitung jejak karbon dapat membantu mengenal pasti langkah-langkah yang dapat mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.
"FRIM memiliki kepakaran menghitung jejak karbon, di samping menawarkan perkhidmatan berkenaan kepada sesuatu organisasi untuk menghitung jejak karbon mereka dan sekali gus menggalakkan pembabitan masyarakat dalam menangani perubahan iklim serta pengurangan pelepasan karbon.
"FRIM juga boleh membantu dalam pemilihan beberapa jenis pokok mengikut kawasan berikutan terdapat spesies pokok yang mempunyai kemampuan yang tinggi dalam menyerap CO2," katanya.
Beliau juga menjelaskan bahawa peningkatan pelepasan gas rumah hijau daripada pelbagai kegiatan manusia seperti pembakaran bahan api fosil untuk haba dan tenaga, penebangan hutan, penanaman tanaman pertanian dan penternakan serta penghasilan beberapa produk perindustrian terus menyumbang kepada berlakunya perubahan iklim.
Menurutnya perubahan iklim membabitkan corak cuaca yang bertukar secara mendadak dan meninggalkan kesan jangka panjang antaranya peningkatan paras air laut dan kekerapan fenomena cuaca ekstrem seperti banjir serta kemarau. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/tanam-pokok-di-kediaman-tangani-ancaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menengok Perspektif Anak Muda Dari 23 Negara Mengenai Perubahan Iklim Dalam Laporan Terbaru British Council

Menengok Perspektif Anak Muda Dari 23 Negara Mengenai Perubahan Iklim Dalam Laporan Terbaru British Council

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 362 hits
Beberapa temuan utama Global Youth Letter Report menegaskan alasan anak muda perlu terlibat dalam kebijakan perubahan iklim
Aksi Mogok Makan Untuk Perubahan Iklim

Aksi Mogok Makan Untuk Perubahan Iklim

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 221 hits
Aksi Mogok Makan untuk Perubahan Iklim Sejumlah aktivis di Jerman melakukan mogok makan selama 16 hari untuk menuntut perubahan iklim yang lebih nyata Mereka mengumumkan akan semakin mengintensifkan aksinya dengan menghentikan asupan jus bu...
Kedutaan Jepun Sahkan Keluar Amaran Kepada Warganya Di Malaysia Kemungkinan Ancaman Pengganas

Kedutaan Jepun Sahkan Keluar Amaran Kepada Warganya Di Malaysia Kemungkinan Ancaman Pengganas

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 185 hits
Menurut laporan media Kementerian Luar Jepun telah menasihati semua warganya di Indonesia Filipina Singapura Malaysia Thailand dan Myanmar untuk menjauhkan diri dari fasiliti keagamaan dan kawasan kawasan lain yang sesak Foto fail AFP KUALA...
Pemerintah Tidak Beri Toleransi Dengan Ancaman Apapun Saat Acara Presidensi G20

Pemerintah Tidak Beri Toleransi Dengan Ancaman Apapun Saat Acara Presidensi G20

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 202 hits
Mahfud mengharapkan masyarakat Indonesia bisa berpartisipasi aktif untuk menyukseskan penyelenggara Presidensi G20 tahun 2022 Dia ingin para tamu negara merasa aman dan nyaman bertandang ke Tanah Air
Polis Pantau Amaran Dikeluarkan Jepun Kemungkinan Ancaman Pengganas

Polis Pantau Amaran Dikeluarkan Jepun Kemungkinan Ancaman Pengganas

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 187 hits
BERNAMA Seluruh agensi keselamatan negara bersiap siaga dengan ancaman pengganas yang dikeluarkan Jepun kepada kedutaannya di Malaysia Rumah ibadat dikatakan menjadi sasaran ancaman pengganas yang dikeluarkan Jepun Gambar Bernama Agensi kes...
Dakwaan Jepun Ada Ancaman Pengganas Tidak Berasas Hishammuddin

Dakwaan Jepun Ada Ancaman Pengganas Tidak Berasas Hishammuddin

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 238 hits
Datuk Seri Hishammuddin menegaskan melalui taklimat bahagian risikan tentera beliau dimaklumkan amaran itu dikeluarkan dengan bersandarkan laporan sebuah platform media Gambar fail BERNAMA KUALA LUMPUR Tindakan Kementerian Luar Jepun mengel...
Sokongan Ph Kepada Pm Bersyarat Utamakan Tangani Covid 19

Sokongan Ph Kepada Pm Bersyarat Utamakan Tangani Covid 19

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 159 hits
Sokongan yang diberikan oleh pimpinan Pakatan Harapan dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru baru ini kelihatannya bersyarat dan hanya untuk tujuan reformasi institusi kehakiman atau menangani pandemik C...
Pemprov Dki Refocusing Anggaran Rp1 4 Triliun Untuk Tangani Covid

Pemprov Dki Refocusing Anggaran Rp1 4 Triliun Untuk Tangani Covid

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 223 hits
Kepala Badan Pengelola Keuangan Daerah DKI Jakarta Edi Sumantri mengatakan Pemprov DKI Jakarta melakukan refocusing anggaran untuk penanganan Covid 19 sebesar Rp1 4 triliun dari total dana bagi hasil tahun anggaran 2021
Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Monday Morning

The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Lempeng By Pak Zain Sarapan Pagi Ini

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam Nilai

Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tebar Roti Canai Demi Anak Anak Tular Video Pasangan Mangsa Tragedi Sungai Korok

Cara Lulus Temuduga Spa Tanpa Kabel Teknik Psikologi Yang Panel Cari

Isu Ketua Hakim

Upin Ipin Universe Inovasi Industri Animasi Ke Dunia Terbuka Global

Packaging Farmasi Eksklusif Serlahkan Kualiti Integriti Jenama Anda

The Real Value Of Local Seo For Small Businesses In Huntsville