Tanam Buluh Menteri Pn Ulangi Saranan Ph Tandus Idea



Genap setahun Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali memperlecehkan idea Menteri Industri Utama Pakatan Harapan (PH) Teresa Kok yang menggesa pekebun beralih kepada tanaman alternatif buluh dalam menghadapi penurunan harga sawit akibat diboikot Kesatuan Eropah, hari ini, Khairuddin yang berada di posisi sama mengulang idea tanaman buluh sebagai sumber ekonomi yang menguntungkan.
Kenyataan media beliau bahawa saiz pasaran global bagi produk buluh berjumlah AS$68 bilion pada tahun 2018 tetapi sumbangan eksport berasaskan buluh Malaysia masih rendah, sekitar RM9 juta pada tahun 2019 bertepatan dengan galakan menteri PH sebelum ini.
Sedangkan, menerusi akaun Facebook Khairuddin pada tarikh 3 Mac 2019, beliau menyindir kononnya idea “bernas” menteri PH itu sebagai percubaan menutup kejatuhan harga sawit.
Bagi mantan Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, kenyataan Khairuddin agar buluh dijadikan komoditi utama membayangkan menteri Perikatan Nasional (PN) itu ketandusan idea baharu. Malah komen beliau setahun lalu juga, menurut Shamsul, tidak menepati saranan Teresa, kononnya menyuruh petani menukar tanaman sawit kepada buluh.
“Kita lihat (buluh) sebagai sumber komoditi yang berpotensi, tidak bermakna kita nak tebang kelapa sawit (dan) tanam buluh, bukan konsep tu,” kata Shamsul menerusi akaun twitternya.
Sementara itu, Teresa sendiri dalam jawapan balas tahun lalu menegaskan buluh bukan gantian kepada sawit tetapi tanaman alternatif kepada para pekebun.
Teresa gembira kerana Khairuddin akhirnya memahami idea kementeriannya pada tahun lalu.
“Saya gembira YB Dr Khairuddin Takiri, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi meneruskan dasar dan halatuju penanaman buluh yang ditetapkan oleh saya dan pihak Lembaga Industri Kayu-Kayan (MTIB) pada tahun lepas.
“Saya percaya Menteri baru ini sedar kenyataannya yang membidas cadangan saya pada tahun lepas (3 Mac 2019) adalah kurang cerdik kerana beliau tidak dapat gambaran yang jelas berkenaan cadangan penanaman buluh secara besar-besaran,” katanya menerusi Facebook.
Bagaimanapun, terdapat artikel yang menyokong Khairuddin, ditulis oleh Ketua Penerangan PAS Melaka, Bakri Jamaluddin berikutan tindakannya meletakkan industri buluh di bawah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MITB) dan bukannya di bawah MPOB (Malaysian Palm Oil Board).
Namun pertukaran itu – jika benar – tidak banyak bezanya daripada idea asal tanaman buluh sebagai komoditi utama kerana sejak 2016 MITB telah pun merangka pelan tindakan untuk memajukan industri berkenaan.
Persoalan utamanya, mengapakah idea tanaman buluh itu dikecam dan diperlecehkan ketika PH memerintah tetapi idea sama dijadikan tumpuan ketika PN berkuasa?
Sama ada diusahakan oleh pekebun kecil, sederhana atau berskala besar, bukankah hakikatnya buluh telah diiktiraf menjadi komoditi yang menguntungkan dan penanamannya perlu diceburi oleh seluruh rakyat Malaysia yang berminat?


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/27173

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Tiru Idea Teresa Kok Ke Dulu Kutuk Kan

Menteri Tiru Idea Teresa Kok Ke Dulu Kutuk Kan

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 391 hits
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan terus memberi penekanan ke atas pembangunan industri buluh sebagai program game changer dalam Rancangan Malaysia Ke 12 Menterinya Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam satu kenyataan media...
Dulu Kritik Ph Kini Menteri Mahu Majukan Tanaman Buluh

Dulu Kritik Ph Kini Menteri Mahu Majukan Tanaman Buluh

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 347 hits
Khamis 16 Apr 202011 15 AM MYTBekas menteri Teresa Kok gembira kerajaan Perikatan Nasional meneruskan usaha untuk memajukan industri buluh Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR 16 April Pendirian kerajaan Perikatan Nasional mahu memajukan tana...
Bagus Tanam Buluh Asalkan Negara Tanpa Dap

Bagus Tanam Buluh Asalkan Negara Tanpa Dap

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 342 hits
Menterinya Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam satu kenyataan media hari ini berkata saiz pasaran global bagi produk buluh dianggarkan berjumlah AS 68 bilion pada 2018 Bagaimanapun katanya sumbangan eksport industri berasaskan buluh negara...
Tik Tok Taraf Pemikiran Menteri Pn

Tik Tok Taraf Pemikiran Menteri Pn

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 351 hits
Tik Tok taraf pemikiran menteri PN Oleh April 09 2020Sebelum ini Bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pernah mengadakan satu pertandingan karangan cerita cerita Pendek atau kontot Bertalu talu beliau dihentam dikritik di troll dan pelb...
Menteri Agama Melarang Tiktok Menteri Pn Suruh Rakyat Buat Tiktok

Menteri Agama Melarang Tiktok Menteri Pn Suruh Rakyat Buat Tiktok

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 395 hits
amir sulaimanINI RUMUSAN MUFTI DLM WEBSITE MUFTI WILAYAH Setelah meneliti hujah yang dibentangkan permainan video TikTok yang merakam pelbagai gaya tarian mengikut genre muzik hanya perbuatan sia sia dan tidak mendatang sebarang faedah Adap...
Time Kritikal Camni Pun Ajak Rakyat Main Tiktok Netizen Kritik Menteri Pendidikan Tinggi Anjur Pertandingan Tiktok

Time Kritikal Camni Pun Ajak Rakyat Main Tiktok Netizen Kritik Menteri Pendidikan Tinggi Anjur Pertandingan Tiktok

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 532 hits
8 April 2020 Menteri Pengajian Tinggi Dato Dr Noraini Ahmad mengumumkan pertandingan TikTok melalui Twitternya bagi rakyat Malaysia yang menawarkan hadiah menarik Time kritikal camni pun ajak rakyat main TikTok Netizen kritik Menteri Pendid...
Penasihat Ganti Dilantik Timbalan Menteri Mosti

Penasihat Ganti Dilantik Timbalan Menteri Mosti

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 614 hits
Biodata Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim Nama Penuh HAJI AHMAD AMZAD BIN HASHIM No IC 700115 11 5383Emel amzadhashim yahoo com Alamat Pejabat PT 4006 Tingkat 1 Blok B Perkedaian Ladang Tok Pelam Jalan Sultan Zainal Abidin 20000 Kuala Terengganu...
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Memaklumkan

Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Memaklumkan

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 319 hits
1 Sebanyak 24 62 juta penutup mulut dan hidung kini dalam proses pengedaran kepada setiap rakyat secara percuma di seluruh negara 4 keping penutup muka akan diagihkan kepada setiap isi rumah tugas pengedaran akan diselia Angkatan Pertahanan...
Menteri Tik Tok Kini Muncul Lagi Pelawak Dalam Kerajaan Tebuk Atap

Menteri Tik Tok Kini Muncul Lagi Pelawak Dalam Kerajaan Tebuk Atap

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 454 hits
Nampaknya dalam kerajaan tebuk atap ini menteri menterinya bukan berlumba lumba untuk buat kerja yang benar benar mendatangkan manfaat tetapi lebih ghairah untuk menampilkan sisi lawak jenaka mereka buat tatapan rakyat jelata Jika sebelum i...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Happy Deepavali 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Baby Shima X Mimpi Pap Pap Chord

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali

Hiburan Ibu Didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri Pelakon Tampil Buat Penafian Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah

Moment Empat Beradik Berkumpul Masak Mee Kari Resepi Arwah Mak

Ada Yang Setahun Jagong Memandai Palatao