Tanah Merah 11 Tahun Hidup Bertemankan Cahaya Lilin


“Saya bersyukur masih boleh makan dan minum, walaupun 11 tahun hidup bertemankan cahaya lilin dan menggunakan air sungai bagi menjalani kehidupan seharian,” luah Siti Azlinda Rosli, 27.
Dia yang juga ibu kepada tiga cahaya mata berusia empat sehingga lapan tahun, serta suami, Mohd Khairul Azwan Mustafa, 27, tinggal di sebuah pondok usang milik bapa mentuanya, Mustafa Mat Hasan, 60, di Kampung Ayer Merbo, di sini.
Katanya, pondok yang didiami dibina di atas tanah milik saudara suaminya, walaupun serba kekurangan namun dia tetap bersyukur masih boleh meneruskan kehidupan seperti biasa biarpun di kawasan terpencil.
“Pondok usang ini terdapat dua bilik, cukup untuk keluarga saya dan bapa mentua. Setiap malam, kami sudah biasa ‘bercahayakan’ lilin tanpa angin kipas, selain makan dan minum sekadar apa yang ada.
“Suami saya mengambil upah bekerja kampung seperti memotong rumput, menoreh getah dan membuat rumah dengan pendapatan RM800 sebulan, bergantung kepada kerja yang dilakukan.
“Kami hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, selain masih tinggal tanpa bekalan elektrik dan air pada zaman serba canggih ini, malah saya sendiri tiada telefon bimbit hanya mengharapkan suami untuk berhubung dengan keluarga di Kota Bharu,” katanya.
Dia ditemui pemberita ketika menerima kunjungan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tanah Merah, semalam, yang turut disertai Pegawainya, Mohd Khairul Azhar Mat Jurit.
Bapa mentua Siti Azlinda, Mustafa menerima wang Bantuan Orang Tua (BOT) sebanyak RM500 sebulan daripada JKM.
Tinjauan di lokasi kediamannya itu mendapati, pondok terbabit kelihatan daif dengan dinding dan atap yang bocor selain tidak mempunyai tandas selain hanya ruang tamu, bilik dan dapur yang sempit untuk enam beranak terbabit.
Siti Azlinda berkata, pondok terbabit dibina berhadapan air sungai yang mengalir dengan jarak lima meter sahaja, membolehkan dia membasuh pakaian, mandi, serta memasak dengan mendapatkan sumber air daripada sungai itu.
“Pondok kami dibina sedikit jauh di hujung sungai, jadi agak sukar buat kami sekeluarga ditambah pula dengan anak-anak yang masih kecil. Jika diikutkan, saya juga mahukan kehidupan yang lebih senang dengan rumah besar yang lengkap elektrik dan air tetapi reda kerana kami bukan orang senang.
“Selain itu, saya selalu ingatkan kepada tiga anak yang masih kecil supaya belajar bersungguh-sungguh supaya dapat mengubah kehidupan kepada yang lebih baik serta menitik beratkan pendidikan supaya mereka berjaya kelak.
“Saya akui, ramai yang bertanya, bagaimana saya boleh tahan hidup di kawasan hutan tanpa bekalan elektrik ini? Saya hanya jawab, kita perlu bersyukur dengan rezeki yang diberi selain tetap berusaha mengubah hidup ke arah lebih baik,” katanya.
Bagaimanapun katanya, ramai yang datang ke kawasan pondoknya suka dengan suasana damai susulan berdekatan anak sungai dengan air yang mengalir jernih selain dikelilingi pokok-pokok hutan.
sumber : Metro


The post Tanah Merah: 11 tahun hidup bertemankan cahaya lilin appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/tanah-merah-11-tahun-hidup-bertemankan-cahaya-lilin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Palsukan Cabe Rawit Merah Dengan Pylox Pria Ini Terancam Penjara 15 Tahun

Palsukan Cabe Rawit Merah Dengan Pylox Pria Ini Terancam Penjara 15 Tahun

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 242 hits
Peredaran cabe rawit merah yang dicat semprot hanya ditemukan di sejumlah pasar tradisional di Kabupaten Banyumas Jawa Tengah Kejadian hanya di Kabupaten Banyumas kata Kasat Reskrim Polresta Banyumas Kompol Berry melalui pesan singkat Kamis...
Mb Peringanan Cukai Tanah 2020 Di Pahang Akan Di Lanjutkan Sehingga Ke Tahun Hadapan

Mb Peringanan Cukai Tanah 2020 Di Pahang Akan Di Lanjutkan Sehingga Ke Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 234 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang bersetuju peringanan atau pengurangan kadar cukai tanah yang diberikan pada tahun ini dilanjutkan sehingga tahun depan kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail Beliau berkata keputusan itu diputuskan...
Kita Mulakan Tahun Baru Dengan Perjalanan Yang Baru Dalam Hidup Kita Nabil Mahir

Kita Mulakan Tahun Baru Dengan Perjalanan Yang Baru Dalam Hidup Kita Nabil Mahir

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 377 hits
Pernikahan Nabil Mahir dan Ayda Jebat pada 1 Januari 2021 sememangnya membuka satu lembaran baru yang sangat bermakna buat pasangan ini kerana memulakan tahun baru sebagai suami dan isteri Mereka selamat diijab kabulkan pada 3 30 petang di ...
Lapan Tahun Tanpa Cahaya Mata Jehan Miskin Tak Sabar Jadi Bapa

Lapan Tahun Tanpa Cahaya Mata Jehan Miskin Tak Sabar Jadi Bapa

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 510 hits
Selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga pelakon Jehan Miskin dan isterinya Julie Camelia Rhee Abdullah tidak sabar menimang cahaya mata yang akan dilahirkan tidak lama lagi Memetik laporan Harian Metro mereka mengakui bahawa sebelum ini...
Hiburan Isteri Hamil Lima Bulan Penyanyi Tajul Ariff Bakal Timang Cahaya Mata Kedua Di Usia 23 Tahun

Hiburan Isteri Hamil Lima Bulan Penyanyi Tajul Ariff Bakal Timang Cahaya Mata Kedua Di Usia 23 Tahun

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 360 hits
Penyanyi Tajul Ariff mengumumkan bahawa dia bakal menimang cahaya mata kedua di mana isterinya kini Nurul Shamieza Eddie kini sedang hamil lima bulan Sumber Instagram Tajul Pasangan ini berkongsikan berita gembira tersebut di laman Instagra...
Amaran Banjir Di Kuala Krai Gua Musang Tanah Merah

Amaran Banjir Di Kuala Krai Gua Musang Tanah Merah

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 266 hits
Paras air di Tambatan Diraja Kota Bharu sehingga jam 1 tengah hari ini sudah melepasi paras berjaga jaga KUALA LUMPUR Susulan amaran cuaca buruk oleh Jabatan Meteorologi Malaysia semalam beberapa agensi berkaitan meramalkan banjir dijangka ...
Liga Super 2021 Misi Besar Indra Putra Mahayuddin Pada Usia 40 Tahun

Liga Super 2021 Misi Besar Indra Putra Mahayuddin Pada Usia 40 Tahun

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 350 hits
Penyerang berpengalaman Indra Putra Mahayuddin masih optimis dengan keupayaannya untuk bersaing hebat dengan pemain muda meskipun beliau bakal menjengah usia 40 tahun pada musim 2021 Tetap komited untuk memberikan yang terbaik buat Kuala Lu...
Pahang Sultan Wants End To Debate Over Royal Addendum On Najib

Ejen Pelancongan Tetak Rakan Gara Gara Pakej Murah

Hiburan Bau Badan Boleh Jejaskan Mood Ini Solusinya

Tak Perlu Beli Tilam Baru Guna Toppers Tilam Letak Je Atas Tilam Lama Ter

The Fish Farming Industry Of India Global Seafood Alliance

Collaborate And Innovate For Economic Resilience

Semut Binatang Yang Bijak Bermasyarakat Dan Berpolitik

Themakeover My Elak Beli Karpet Yang Terlalu Kecil Berbanding Saiz S


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aktiviti Sesi Rakaman Podcast Cakap Terus Ppim 01 03 2025

Daiyan Trisha Feat Alfie Zumi Jom Raya Chord

Penerangan Jenis Jenis Tebuan Di Malaysia

Senarai Dan Jenis Tupai Di Malaysia

Diam Dan Jujur Itu Bijak

Cara Daftar E Filing 2025 Untuk Cukai Lhdn