Tan Sri Musa Aman Bakal Tyt Baharu Sabah


Tan Sri Musa Aman. (📸 ©BERNAMA) klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt) Musa Aman bakal TYT baharu Sabah? Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018. (📸 ©BERNAMA) KOTA KINABALU: Nama bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, disebut-sebut sebagai bakal Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah yang baharu.

Difahamkan, nama bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga itu berada dalam senarai utama bagi menggantikan TYT sekarang, Tun Juhar Mahiruddin.

Tun Juhar akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember ini selepas memegang jawatan berkenaan sejak 2011, menjadikannya TYT paling lama berkhidmat setakat ini.

Musa, 73, yang menjadi Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018, dikatakan bakal mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 17 Disember ini.


Berita mengenai perkara itu mula tersebar di media sosial sejak semalam yang menyebut Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 17 Dec 2024, jam 9.30 pagi hingga 11 pagi di Singgahsana Kecil, Istana Negara.

Bagaimanapun, kesahihan mengenai perkara itu belum dapat dipastikan sehingga istiadat berkenaan berlangsung pada Selasa depan. Sebelum ini, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri akan mengemukakan senarai nama TYT yang baharu untuk dipertimbangkan oleh Yang di-Pertuan Agong berikutan tempoh perkhidmatan Tun Juhar sekarang dijadual tamat pada 31 Disember ini. (📸 ©malaysianow.com) Katanya, pelantikan TYT terletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong, manakala kerajaan negeri hanya mencadangkan nama yang difikirkan layak.


Pada 23 Disember 2022, Tun Juhar menerima Surat Cara Pelantikan bagi menyambung khidmatnya sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah bagi tempoh dua tahun daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Lantikan penggal keempat bagi Tun Juhar itu berkuatkuasa dari 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2024, sekali gus menyaksikan beliau memegang jawatan itu lebih 10 tahun dan paling lama sejak dilantik pada 1 Januari 2011.

Ia selepas pindaan Perlembagaan Negeri Sabah yang dibuat ketika pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Parti Warisan pada 2018 berhubung tempoh penggal perkhidmatan TYT.

Sebelum 2018, seseorang TYT bagi negeri Sabah hanya dibolehkan berkhidmat sehingga dua penggal atau lapan tahun, namun dengan pindaan terhadap Perlembagaan Negeri, tiada lagi had tempoh perkhidmatan ditetapkan.

Tun Juhar juga boleh dilantik semula sebagai TYT selepas tamat tempoh perkhidmatannya pada akhir tahun ini, kecuali beliau membuat keputusan untuk tidak menyambung perkhidmatan. (📸 ©sabahbarunews.com) Selain nama Musa, beberapa nama turut dicadang sebagai bakal TYT baharu Sabah, termasuk bekas Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Richard Malanjum.

SOURCE: BH

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2024/12/tan-sri-musa-aman-bakal-tyt-baharu-sabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Musa Aman Front Runner For New Sabah Governor

Musa Aman Front Runner For New Sabah Governor

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 333 hits
Former Sabah chief minister Musa Aman has emerged as the leading contender to become the next governor of Sabah replacing Juhar Mahiruddin whose term concludes on Dec 31 2024 Sources have informed Malaysiakini that Musa is the most likely c...
Why Is Musa Aman S Appointment Controversial

Why Is Musa Aman S Appointment Controversial

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 391 hits
Social media lit up when news broke that Musa Aman had been appointed as the new governor of Sabah The announcement reignited public discourse with critics recalling statements made by Prime Minister Anwar Ibrahim and Pakatan Harapan leader...
Lantikan Tyt Sabah Bukan Tanggungjawab Perdana Menteri

Lantikan Tyt Sabah Bukan Tanggungjawab Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 184 hits
Masih heboh diperkatakan mengenai lantikan Yang Dipertua Negeri Sabah ke 11 Tun Musa Aman yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Barisan pembangkang rancak berpesta menangguk di air keruh dengan menggunakan isu tersebut untuk menyalahkan Per...
Menteri Sekolahkan Adun Muda Isu Pelantikan Tyt Sabah

Menteri Sekolahkan Adun Muda Isu Pelantikan Tyt Sabah

papar berkaitan - pada 18/12/2024 - jumlah : 231 hits
Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil menegaskan bahawa pelantikan Yang di Pertua Negeri Sabah adalah hak budi bicara Yang di Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Ketua Menteri Sabah Melalui ciapan balas di X Fahmi mengkritik kenyataan...
Musa S Restoration A Look At Sabah Retro Politics Part 1

Musa S Restoration A Look At Sabah Retro Politics Part 1

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 352 hits
For months there has been speculation that Musa Aman will be appointed as Sabah s 11th governor This week it became official Sabah s longest serving chief minister ousted from power through elections in 2018 charged with corruption tied to ...
Skuad Harimau Malaya Bakal Berwajah Baharu

Skuad Harimau Malaya Bakal Berwajah Baharu

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 265 hits
ANTARA pemain pemain luar negara yang dikaitkan dengan skuad Harimau Malaya Wajah baharu Harimau Malaya PETALING JAYA Tiada lagi istilah anak jati Malaysia dalam skuad Harimau Malaya selepas ini apabila skuad kebangsaan bakal mempertaruhkan...
Pemilihan Pkr Siapa Timbalan Presiden Muka Baharu Bakal Jadi Tumpuan

Pemilihan Pkr Siapa Timbalan Presiden Muka Baharu Bakal Jadi Tumpuan

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 109 hits
Mohamad FadliPETALING JAYA Pertembungan kerusi timbalan dan naib presiden antara akan menjadi tumpuan pemilihan PKR dijangka selepas Mei depan selain muka baharu bakal ditonjolkan dalam berdepan PRU16 kata penganalisis politik Mengulas keny...
Rapid Kuantan Bakal Tamatkan Operasi Operator Swasta Baharu Ganti Bagi Tempoh 2025 Hingga 2030

Rapid Kuantan Bakal Tamatkan Operasi Operator Swasta Baharu Ganti Bagi Tempoh 2025 Hingga 2030

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 459 hits
KUANTAN Rapid Kuantan bakal menamatkan operasi bas di Kuantan dan akan digantikan dengan operator swasta baharu bagi tempoh 2025 sehingga 2030 Exco Kerja Raya Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Dato Ir Razali Kassim berkata kerajaan negeri t...
Polis Sabah Nafi Rumah Balu Wira Tragedi Tanduo Bakal Diroboh

Polis Sabah Nafi Rumah Balu Wira Tragedi Tanduo Bakal Diroboh

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 155 hits
Pesuruhjaya Polis Sabah Jauteh Dikun berkata isu itu dieksploitasi dan dimanipulasi bagi melemahkan operasi perobohan rumah setinggan pendatang haram KOTA KINABALU Isu perobohan rumah milik balu anggota polis yang terkorban dalam tragedi Ta...
Matcha Sofuto Sedap Jugalah

Konsert We 4u2c Ubati Rindu Peminat Dengan Tema Bringin Back Da 90 S Flava

15 Aktiviti Menarik Di Kedah 2025 Ramai Tak Tahu

Biomedical Science University In Malaysia What To Consider

Ejoy Nadia Cinta Abe Wiring Chord

5 Pelajaran Penting Dari Mad Unicorn Untuk Usahawan Baru

Gaojing888 To 9 2568 888 Website 888 Gaojing888 Top 69 By Leif

Senarai Semua 17 Jenis Klasifikasi Perkhidmatan Sspa Penjawat Awam Terkini Pekeliling 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Bila Budak Bawak Bekal Pergi Sekolah Be Like

Cara Beli Ev Charger Rumah Di Malaysia Panduan Kos Pemasangan

Aji Ya Launches Malaysia S First Halal Instant Gourmet Soup At The Soup Erlicious Party

Betul Ke Aloe Vera Boleh Hilangkan Parut Dan Jerawat Ini Jawapannya

Sleeve Pembungkusan Fleksibel Untuk Pelbagai Saiz Kotak Produk

The Role Of International Law In A Globalized World Challenges And Opportunities