Tamper Evident Pengedap Keselamatan Roti Sandwic Massimo Bagi Ketenangan Fikiran Tanpa Keraguan
Tamper-Evident Pengedap Keselamatan Roti Sandwic Massimo Bagi Ketenangan Fikiran Tanpa Keraguan | Sejak pandemik Covid-19 melanda negara, roti menjadi makanan harian kegemaran buat rakyat Malaysia, tidak kira sebagai sajian utama atau makanan ringan.
Tamper-Evident Pengedap Keselamatan Roti Sandwic Massimo Bagi Ketenangan Fikiran Tanpa Keraguan
Namun, terdapat keraguan yang orang yang tidak bertanggungjawab mungkin secara sengaja atau tidak sengaja menyentuh roti lembut dan gebu tersebut. Secara kebiasaan, beg roti di Malaysia ‘diikat’ dengan label roti Kwik Lock. Kalau dilakukan dengan cermat beg roti boleh dibuka dan ditutup tanpa dikesan, menjadikannya sasaran mudah untuk si penggurau mahupun mereka yang berniat jahat dan roti sebagai sasaran mudah untuk bahan gurauan dan serangan jahat.
Adakah anda benar-benar yakin bahawa roti di dalam troli anda belum disentuh?
Dengan pelancaran Pengedap Keselamatan Tamper-Evident beg roti yang pertama di Malaysia oleh Massimo, periksa sajalah ‘seal’ untuk menikmati roti kegemaran anda tanpa ragu-ragu. Pembungkusan baru dengan pengedap keselamatan ini akan dilancarkan untuk semua roti sandwic Massimo mulai hari ini.
Massimo yang terkenal dengan roti yang sihat dan sedap , melancarkan pembungkusan laser Pengedap Keselamatan Tamper-Evident untuk menangani rasa kebimbangan para pengguna mengenai keselamatan dan integriti produk yang semakin menjadi semasa pandemik Covid-19. Pembungkusan dengan pengedap keselamatan Tamper-Evident merupakan satu langkah utama dalam industri roti komersial.
Inilah cara untuk menikmati kebaikan roti sandwic Massimo dengan yakin:
Tamper-Evident Pengedap Keselamatan Roti Sandwic Massimo Bagi Ketenangan Fikiran Tanpa Keraguan
Langkah 1 Carilah roti sandwic Massimo dengan icon #SealedForSafety di rak roti
Langkah 2 #CheckTheSeal supaya ianya masih lengkap/sempurna dan tidak terbuka
Langkah 3 Belinya dengan penuh keyakinan tanpa sebarang keraguaan di fikiran
Langkah 4 Untuk membukanya, tarik kedua belah beg roti di bahagian seal; untuk menutupnya, gulung bahagian atas bag roti dan ikat Kembali dengan Kwik Lock seperti biasa
Tamper-Evident Pengedap Keselamatan Roti Sandwic Massimo Bagi Ketenangan Fikiran Tanpa Keraguan
Tamper-Evident Pengedap Keselamatan Roti Sandwic Massimo Bagi Ketenangan Fikiran Tanpa Keraguan
Sentiasa #CheckTheSeal. Sekiranya Pengedap Keselamatan Tamper-Evident tidak lengkap/sempurna, pilih roti Massimo yang lain untuk mengelakkan pencemaran yang tidak sengaja mahupun yang berbahaya.
The Italian Baker Sdn Bhd, melabur sebanyak RM1juta dalam teknologi pembungkusan laser Pengedap Keselamatan Tamper-Evident yang inovatif dari Amerika Syarikat untuk memastikan produk-produknya dan para pelanggannya selamat dengan memberi peringatan visual yang nyata kepada pengguna tentang sebarang perubahan pada integriti pembungkusan produk tersebut.
Tamper-Evident Pengedap Keselamatan Roti Sandwic Massimo Bagi Ketenangan Fikiran Tanpa Keraguan
Pengarah Urusan The Italian Baker Sdn Bhd, Encik Jeremy Goon menjelaskan bahawa pembungkusan Pengedap Keselamatan Tamper-Evident yang diperkenalkan oleh Massimo akan meningkatkan integriti produk, keselamatan makanan dan jaminan kualiti demi mengingkatkan kepuasan pelanggan, dan menjaga reputasi jenama.
"Pada akhir tahun 2019, cabaran media sosial di Amerika Syarikat telah membuat gurauan atau ‘prank’ membuka produk makanan dan sengaja mencemarkannya melalui pelbagai perbuatan yang tidak hygenis sebelum menggembalikan produk yang tercemar itu agar pengguna yang lain akan membelinya. Risiko dari perbuatan itu mungkin memberi kesan terhadap pengguna terutamanya semasa pandemik Covid-19 hingga menggalakkan kami untuk meningkatkan keselamatan dan integriti produk. Kami dengan pantas menemui penyelesaian untuk melindungi pelanggan kami tetapi dengan perintah kawalan pergerakan, kami memerlukan lebih masa untuk melaksanakannya,” jelas Mr. Goon.
"Di Malaysia, hanya Massimo yang melengkapi roti sandwic kami dengan pembungkusan Pengedap Keselamatan Tamper-Evident demi mengutamakan keselamatan dan kepuasan anda. Ketenangan fikiran anda ketika menikmati kebaikan menyeluruh produk kami, serta keyakinan anda kepada keselamatannya adalah penting kerana pihak Massimo sememangnya prihatin,” katanya.
Encik Jeremy Goon berkongsi bahawa teknologi Pengedap Keselamatan Tamper-Evident dirancang khusus untuk membuat sebarang gangguan pada roti jelas kelihatan.
"Massimo adalah organisasi yang mengutamakan pengguna dan sering mempertimbangkan keselamatan, praktikal dan fungsi pembungkusannya. Pembungkusan laser Pengedap Keselamatan Tamper-Evident kami mudah digunakan oleh pengguna dan jelas menunjukkan kesan sekiranya telah dibuka oleh orang lain. Sentiasa ingat untuk memeriksa Pengedap Keselamatan Tamper-Evident untuk keselamatan dan ketenangan fikiran anda," tambahnya.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2011, Massimo telah menjadi makanan harian Malaysia, memberikan kebaikan menyeluruh dari pelbagai roti termasuk roti sandwic, roti sandwic dengan germa gandum, roti gandum penuh 100%, roti fine wholemeal, roti Ricco Chocolato dan roti Kurma dan Susu. Roti Massimo diperbuat menggunakan bahan-bahan berkualiti dengan jaminan kualiti yang ketat untuk kepuasan pengguna dengan rasanya yang enak lagi berkhasiat dan memberi ketenangan kepada mereka dengan Pengedap Keselamatan Tamper-Evident.
Roti sandwic dengan germa gandum Massimo yang terkenal disemai dengan kebaikan semula jadi germa gandum yang dikaitkan dengan kesihatan jantung yang lebih baik. Germa gandum kaya akan vitamin E, asid lemak Omega-3, serat semula jadi, protein, B1, B2, B6, magnesium, fosforus dan zink. Rangkaian gandum penuh dan wholemeal dipenuhi dengan khasiat serat, nutrien dan mineral penting, serta tekstur lembut dan gebu, yang disukai rakyat Malaysia.
Mengenai Massimo
Sejak diperkenalkan pada tahun 2011, Massimo dengan bangga membawa anda kebaikan roti yang berkhasiat, diperbuat dengan semangat orang Itali - memastikan kebaikan dalam setiap gigitan, dari rasa, tekstur hingga perasa, sambil memenuhi standard keunggulan tepat jenama dan warisan Massimo. Sejak itu jenama ini berkembang dan kini menjadi sebahagian daripada diet harian bagi rakyat Malaysia, sama ada untuk sarapan atau di antara waktu makan. Massimo percaya dengan menggunakan bahan terbaik dengan vitamin dan nutrien yang tepat untuk memastikan anda sentiasa berkhasiat.
Semua produk yang dihasilkan oleh Massimo dikembangkan oleh pasukan R&D yang bersemangat di The Italian Baker Sdn Bhd. The Italian Baker Sdn Bhd adalah syarikat FSSC 22000 yang disahkan dan komited dalam menghasilkan produk yang sihat, selamat, berkualiti tinggi, bernilai untuk wang melalui banyak R&D, inovasi, dan pemahaman mengenai selera, keperluan nutrisi dan jangkaan pemakanan pengguna Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.iamfuzy.com/2021/02/tamper-evident-pengedap-keselamatan.html