Tambah Lagi 3 Batas Timbun Bulat Add In Another 3 Rounded Raised Bed
PENTING : UNTUK PAPARAN BLOG JOM TANAM SAYUR ( JTS ) LEBIH MENARIK MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR, SILA AKTIFKAN MOD " DESKTOP SITE ".
Apa lagi, dengan adanya peracik mini a.k.a mini chopper, kerja2 meracik sisa kebun menjadi sangat mudah dan cepat.
Peracik mini ini hanya sesuai untuk kerja2 meracik ringan dikebun. Untuk kerja2 meracik yang lebih berat dan besar perlu dapatkan peracik dengan spesifikasi lebih tinggi
Setakat ini daun / batang tebu, daun / batang kantan, daun / pelepah betik, daun / pelepah pisang, ranting kecil pokok jambu, ranting kecil pokok puding telah berjaya diracik menggunakan peracik mini ini
Untuk lebih mudah, bahan2 sisa kebun segar / yg baru dipotong perlu terus diracik
Sisa2 kebun yang besar dan / atau liat perlu dipotong secara manual
Selepas ini percubaan untuk meracik daun kelapa pula akan dibuat insyaAllah
3 lagi kawat jaring yg dibentuk menjadi bulatan
Perlu di kemaskan apa yang patut
Setelah dibuang pokok pisang rendah, pokok serai & delima
Batas timbun bulat dgn diameter +/- 1 meter
Tanah asal adalah tanah liat tambak yang dipadatkan & bercampur sisa binaan
Laluan bekerja / berjalan perlu di pastikan tiada halangan
Bahan kompos - lebihan pokok jambu
Bahan kompos - lebihan pokok limau purut
Bahan kompos - lebihan pokok pisang
Daun pisang, batang kantan, ranting delima dan ranting jambu
Nampak lebih kemas dan teratur
Siap sudah 3 lagi batas timbun, perlu cari tanah dan buat pesanan / order anak pokok pisang
Boleh pesan / order di facebook pembuat mini chopper di atas, terus dari pengeluar, lebih murah berbanding broker ... 😅
Video proses penambahan 3 lagi batas timbun bulat di tepi pagar kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS )
Selamat berkebun ..
Sentiasa sihat & selamat ..
#JomTanamSayur#BatasTimbun#MiniChopper
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://jomtanamsayur.blogspot.com/2021/04/tambah-lagi-3-batas-timbun-bulat-add-in.html