Tamaknya Ganu 32 0
Sham Ghaz
Samsuri MB Terengganu TAMAK; Minta LPT Disambung. Anwar Fokus Siapkan Lebuhraya CSR Bentong - Kota Bharu dan ECRL. Keutamaan sekarang yang mana?


1. MB Terengganu, Samsuri kena cermin diri dulu, cadang supaya Kerajaan pusat sekarang menyiapkan LPT perlu RM9.8 Billion, padahal waktu Pas berada dalam Kerajaan PN 33 bulan ia tidak beri fokus untuk siapkan?
2. Malah Prestasi hasil pendapatan Terengganu hanya RM263.4 juta tahun 2025, manakala Kelantan RM585.4 juta sahaja.
3. Bajet 2026 perlu utamakan Lebuhraya CSR Bentong - Kuala Krai yang lebih mendesak untuk pembangunan ekonomi kawasan pendalaman Pahang - Kelantan dan kosnya cuma RN7 billion +.
4. LPT sekarang tamat di Kg Gemoroh, Kuala Nerus, untuk ke Kuala Terengganu cuma 14km bila. Bermakna Terengganu sudah dapat Lebuhraya! Kelantan juga Negeri PAS menang, langsung takda Lebuhraya. Keutamaan Kerajaan sekarang bangunan Pahang - Kelantan.
5. Samsuri bagi bayangan seolah olah Kerajaan Pusat pinggir Terengganu dalam Bajet 2026, faktanya Kerajaan sudah umum/luluskan:
i. Naik taraf jalan luar bandar dan penghubung kampung – termasuk jajaran Jalan Kampung Tok Adis – Kampung Banggol di bawah peruntukan RM 3.3 bilion projek infrastruktur luar bandar.
ii. Mitigasi banjir dan saliran utama – sebahagian daripada RM 2.2 bilion nasional bagi projek RTB Sungai Buaya (Kuala Nerus) dan RTB Anak Sungai Ibai (Kuala Terengganu).
iii. Peningkatan kemudahan pendidikan & kesihatan daerah, termasuk pembaikan sekolah pedalaman dan fasiliti kesihatan setempat.
iii. Peruntukan pembangunan Persekutuan untuk Terengganu naik dari RM 1.4 b → RM 1.8 b – menunjukkan komitmen berterusan terhadap ekonomi wilayah.
6. Malah jika kita semak bajet Kerajaan Perpaduan kepada Negeri Pembangkang sekarang, terutamanya Terengganu jauh lagi tinggi dari Kerajaan PN 33 bulan bagi.
Perbandingan Antara tahun 2022 → 2025:
• Kelantan: RM 2.4 b → RM 3.2 b
• Terengganu: RM 1.4 b → RM 1.8 b
• Kedah: RM 1.6 b → RM 2.2 b
• Perlis: RM 400 j → RM 600 j
Kenaikan 25–50 peratus – semuanya negeri pembangkang. Itu bukan diskriminasi, itu bukti keadilan sebenar. Anwar tak pilih kasih.
7. Kini Kerajaan fokus siapkan segera ECRL supaya Kelantan, Terengganu, Pahang dapat melonjakkan lagi kadar Ekonominya. Projek rel mega itu bernilai RM 74.96 bilion, 68 % siap, beroperasi 2026, dijangka menjana pelaburan RM 60 bilion di sepanjang koridor industri Pahang–Terengganu–Kelantan.
8. Inilah strategi sebenar — bukan janji pilihan raya, tapi pelan pembangunan menyeluruh yang akan menghubungkan Pantai Timur terus ke jantung ekonomi negara, Kuala Lumpur dalam masa 4 jam sahaja.
8. Kerajaan Perpaduan tidak berdendam dengan negeri pembangkang. Anwar tidak membalas politik dengan politik — beliau membalas dengan jalan raya, projek, sekolah, tebatan banjir, ECRL, lebuhraya CSR, buka hospital dan jana ekonomi serta peluang pekerjaan.
“Ada yang bercakap tentang defisit, Tapi Anwar sudah pun menutup jurang pembangunan Pantai Timur.”
LPT sudah sampai ke Terengganu. CSR sedang menuju ke Kota Bharu. ECRL akan menyatukan seluruh Pantai Timur dengan Lembah Klang.
Itulah bukti bahawa Anwar bekerja untuk rakyat, bukan untuk warna bendera Parti.
21 Oktober 2025
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4325017494451637&id=100008302865519&mibextid=wwXIfr
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/10/tamaknya-ganu-32-0.html