Takut Hilang Kuasa Atau Tanggungjawab Pada Rakyat


 
Menteri berbelah bahagi sama ada darurat patut disambung

Minderjeet Kaur -June 4, 2021 Sumber berkata, anggota Kabinet yang mahu darurat dilanjutkan percaya ia patut meliputi tiga fasa di bawah ‘ total lockdown’ yang diumumkan baru-baru ini untuk membendung lonjakan kes Covid-19.PETALING JAYA: Susulan lonjakan kes Covid-19, terdapat desakan daripada beberapa menteri supaya darurat dilanjutkan selepas Ogos, menurut sumber yang tahu mengenainya.
Namun, yang lain mahu darurat ditamatkan Ogos ini kerana mereka bimbang akan dihukum oleh rakyat pada pilihan raya umum akan datang jika ia diteruskan.
Sumber memberitahu FMT, mereka yang mahu darurat dilanjutkan percaya ia patut meliputi tiga fasa di bawah “lockdown” yang diumumkan baru-baru ini untuk membendung lonjakan kes Covid-19.
Putrajaya baru-baru ini mengumumkan akan ada tiga fasa di bawah “total lockdown” yang bermula 1 Jun, dengan fasa pertama membabitkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi bukan perlu.
Jika penutupan penuh itu berjaya, kerajaan akan melaksanakan fasa kedua yang membenarkan pembukaan semula beberapa sektor tidak membabitkan perhimpunan besar, tetapi SOP masih dikekalkan.
Di bawah fasa ketiga, semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi dengan SOP ketat, tetapi aktiviti sosial masih tidak dibenarkan.
Sumber itu berkata, kerajaan masih tidak menggunakan “kuasa penuh” di bawah perintah darurat seperti yang dibenarkan, contohnya mengarahkan institusi kewangan melaksanakan moratorium pinjaman menyeluruh di bawah “total lockdown”.
Putrajaya juga boleh menggunakan kemudahan di hospital swasta untuk meringankan beban hospital awam.
Seorang lagi pemimpin berkata, sesetengah menteri tidak berminat untuk darurat dilanjutkan kerana mereka bimbang tindak balas rakyat jika Parlimen terus ditutup.
“Parlimen perlu dibuka semula untuk perbahasan, jika tidak, kita mungkin dilihat tiada kredibiliti untuk memenangi pilihan raya akan datang. Mereka yang menentang darurat percaya ada cara lain untuk menghentikan usaha menggulingkan kerajaan semasa.”
Katanya, gabungan pemerintah boleh mencapai kata sepakat dengan pembangkang untuk tidak mengemukakan usul tidak percaya terhadap perdana menteri jika Parlimen bersidang semula.
Rakyat katanya, mahu jawapan berhubung isu lonjakan kes Covid-19 dan langkah yang diambil bagi menambah baik ekonomi, khasnya untuk menyelamatkan pekerjaan.
“Adakah pelabur asing akan melabur di negara kita jika darurat dilanjutkan?” soalnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/takut-hilang-kuasa-atau-tanggungjawab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Rakyat Dah Hilang Keyakinan Pada Kerajaan

Bila Rakyat Dah Hilang Keyakinan Pada Kerajaan

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 249 hits
HAMDAN TAHAAyat ayat macam ni sepatutnya bukan di tujukan pada rakyat sahaja dia kena bagitahu ahli MKN kena bagitahu Pm kena bagi ismail sabri kena bagitahu Azmin ali pembohong tu baru betulRakyat jika ada keyakinan pada kerajaan cakap lah...
Usaha Membunuh Rakyat Sendiri Untuk Mengekalkan Kuasa Xsah Sedang Laju Berjalan

Usaha Membunuh Rakyat Sendiri Untuk Mengekalkan Kuasa Xsah Sedang Laju Berjalan

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 156 hits
MUHD MUFIZ II USAHA MEMBUNUH RAKYAT SENDIRI UNTUK MENGEKALKAN KUASA XSAH SEDANG LAJU BERJALAN XBERNILAI LANSUNG NYAWA RAKYAT SENDIRI DI MATA MAHIADDIN 1Gagal Pecahan setiap negeri mengikut negeri seperti berikut Selangor 2 052 Sabah 308 Joh...
Ahli Pkr Jika Ingin Membantu Boleh Dapatkan T Shirt Atau Terus Saja Ke Tabung Usaha Rakyat Marhaen

Ahli Pkr Jika Ingin Membantu Boleh Dapatkan T Shirt Atau Terus Saja Ke Tabung Usaha Rakyat Marhaen

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 285 hits
NORMAN RADZUANSaya sgt simpati melihat live Iswardy Morni duduk di lantai dan diakhiri live tersebut dia ada menjual t shirt utk mencari dana membeli kembali HP komputer meja dan kerusi Kita tidak perlu menyalahkan pegawai PDRM kerana ia ad...
Dah Tak Berani Buat Perutusan Dah Takut Nak Jaga Rakyat Perketatkan Sahaja

Dah Tak Berani Buat Perutusan Dah Takut Nak Jaga Rakyat Perketatkan Sahaja

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 235 hits
SHAHBUDIN HUSSINAbah dah takde keberanian buat perutusan khas berkaitan PKP kini diserah kepada Ismail Sabri Yaakob memaklumkannya Sepatutnya serahlah sekali jawatan PM tu
Pkp 3 0 Talian Hayat Kerajaan Atau Rakyat

Pkp 3 0 Talian Hayat Kerajaan Atau Rakyat

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 321 hits
Kemudahan yang ada pada kerajaan negeri dan sektor swasta boleh digunakan bagi mempercepatkan pendaftaran dan inokulasi berikutnya sebaik sahaja bekalan vaksin tempatan dipenuhi semula katanya Sementara itu Persekutuan Majikan Malaysia dala...
Tangguh Kongres Pkr Kerajaan Takut Rakyat Mahu Sidang Parlimen Maya

Tangguh Kongres Pkr Kerajaan Takut Rakyat Mahu Sidang Parlimen Maya

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 293 hits
Tangguh Kongres PKR kerajaan takut rakyat mahu sidang Parlimen maya Oleh June 06 2021Arahan penangguhan Kongres Nasional KEADILAN oleh Majlis Keselamatan Negara terus dipertikaikan Terbaharu Ketua Jawatankuasa Publisiti dan Media Kongres Na...
Fuhh Tukang Jawab Untuk Umno Makna Kata Takut Nya Hilang Jawatan Ada Jawatan Jadi Tunggul Kayu

Fuhh Tukang Jawab Untuk Umno Makna Kata Takut Nya Hilang Jawatan Ada Jawatan Jadi Tunggul Kayu

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 276 hits
Gesaan Nur Jazlan tamat kerjasama tidak wakili kepimpinan tertinggi Umno kata Timbalan Presiden PAS June 4 2021 Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS melihat kerjasama dengan Umno dalam kerangka penyatuan ummah PETALING JAYA PAS menganggap keny...
Takut Hilang Jawatan Hadi Keluar Statement Mengejut Dari Ijn

Takut Hilang Jawatan Hadi Keluar Statement Mengejut Dari Ijn

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 245 hits
Bob kelanangPresiden PAS Abdul Hadi Awang terus menyatakan sokongan parti itu terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Sokongan itu hadir selepas banyak spekulasi berlegar ketika Yang di Pertuan Agong menerima menghadap pemimpin politik ne...
The Hidden Light Bioluminescence In Deep Sea Ecosystems

Kes Tuntutan Palsu Rm450 Juta Datuk Dicekup Lagi

Continuous Learning In Business

Mma No May 6 Symbolic Walk Of Healthcare Practitioners Just Peaceful Gathering Of Mostly Gps

Xiaomi Dilapor Akan Bekerjasama Dengan Huawei Dan Bbk Lancar Os Bebas Google

Suplemen Pesakit Ckd Dan Ihd

Ketua Polis Pahang Nasihat Orang Ramai Agar Hormati Undang Undang Jangan Ceroboh Tanah Kerajaan

How Many More Journalists Must Die Rsf


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sbdj Siri 225 Penunggu Bilik

Kedah Tiga Penjenayah Mati Ditembak Polis Di Sik

Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu

Tak Perlu Besarkan Isu Cuti Panjang Rafizi Kata Nik Nazmi

Ada Tak Orang Menyesal Lepas Berdoa

Saya Cuba Jadi Morning Person Tapi Terjaga Pukul 3 Petang Kisah Sedih Seorang Pejuang Snooze