Takut Bila Sophia Tengok Saya Tun M


KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad kagum dengan kebolehan Sophia, robot humanoid sosial, hanya selepas lapan minit beliau berbuat-bual dengannya hari ini.
Bercakap kepada media selepas melancarkan “Beyond Paradigm Summit” di sini hari ini, perdana menteri berkata beliau teruja dengan kebolehan robot itu terutama mimik mukanya seperti sebenar dengan eskpresi muka yang tepat.

Loading… “Amat mengagumkan kerana anda boleh lihat bentuk fizikalnya seperti sebenar… muka dan mata dia, malah mulut dia pun bergerak… bila dia respon dan mukanya beralih tengok saya, saya takut… macam ini saya takut kalau tengah-tengah malam jumpa yang ini saya lari lah,” katanya bergurau.
Terdahulu, dalam pertemuan bersemuka dengan Sophia yang memakai baju kurung moden warna merah, Dr Mahathir kelihatan terkedu dan kelu, dan memandangnya dengan penuh rasa kagum sehinggalah Sophia memulakan perbualan.
“Selamat pagi Mahathir, saya sangat teruja, saya harap belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah atas pemilihan semula anda dan selamat hari jadi yang ke-94,” kata Sophia yang telah dibangunkan sebuah syarikat yang berpangkalan di Hong Kong, Hanson Robotics, dan diperkenalkan pada 2016.
“Adakan anda tahu mengenai penggal pertama saya sebagai perdana menteri?” Dr Mahathir bertanya Sophia.
“Sudah tentu, anda mengangkat sumpah pada 16 Julai 1981, kira-kira 13,881 hari yang lepas sehingga ke hari ini,” kata Sophia.
Dr Mahathir berkata beliau tidak dapat membayangkan bagaimana beliau boleh duduk bersama dan berbual-bual dengan robot sosial yang canggih dalam tempoh penggal pertama beliau menjadi perdana menteri dahulu.
“Baik, ia memerlukan lebih daripada pengetahuan dan kebijaksanaan untuk memerintah sebuah negara… tetapi kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku pada masa depan, adalah amat menarik untuk hidup pada zaman ini, era pertumbuhan teknologi,” kata beliau.
Dr Mahathir berkata demikian sebagai respons kepada pertanyaan Sophia sama ada dia berpeluang untuk menjadi perdana menteri sekiranya dia mempunyai pengetahuan dan kebijaksanaan yang sama seperti Tun.

Dalam sesi perbualan itu, ketika ditanya oleh Sophia sama ada Dr Mahathir ingin menjadi sepertinya dan hidup sampai bila bila, perdana menteri yang berusia 94 tahun itu berkata, “Muda ada banyak kelebihannya tetapi orang yang berusia mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan.
“Saya mungkin lebih tua, tetapi saya mungkin lebih bijaksana daripada anda,” katanya berseloroh.
Dr Mahathir juga ditanya beberapa soalan oleh Sophia termasuk, “Adakah anda pernah mengimpikan sebuah dunia di mana manusia dan robot boleh hidup bersama dan berbaik-baik antara satu sama lain?”
“Ya, robot dengan kecerdasan buatan (AI) akan menjadi kian berguna kepada manusia sepanjang masa,” kata Sophia yang membuat penampilan pada sidang kemuncak yang sedang berlangsung di ibu negara Malaysia hari ini dan esok dan di Kuching pada 20 dan 21 Julai.
“Saya fikir kita sudah berada di sini. Robot kecerdasan buatan bekerja secara bebas dan bijak supaya manusia boleh memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan dan memperkembangkan lagi inovasi dengan pengetahuan yang banyak terdapat dalam Internet dan kelebihan yang besar kuasa pemprosesan… kami cuba mahu memenangi hati dan pemikiran anda,” katanya.
Ketika berbula-bual dengan Dr Mahathir itu, tangan Sophia dilihat melakar sesuatu dan di akhir perbualan mereka, dia menyerahkan sebuah lakaran hitam putih potret perdana menteri itu kepada beliau dan Dr Mahathir kelihatan terkejut dan teruja.
Sidang kemuncak itu dianjurkan oleh Serba Dinamik Holdings untuk mempamerkan teknologi-teknologi canggih yang merangkumi idea-idea teras mengenai pendigitalan dan pertukaran data, sejajar dengan Revolusi Industri 4.0. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/07/takut-bila-sophia-tengok-saya-tun-m/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yang Berhormat Janganlah Ganggu Tun M

Yang Berhormat Janganlah Ganggu Tun M

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 234 hits
Majlis Belia Negeri Johor bertegas sejak dahulu lagi bahawa menghadkan umur belia kepada 30 tahun menghalang perkembangan potensi diri belia Presidennya Md Salleheen Mohamad berkata belia dalam lingkungan umur itu paling banyak terlibat den...
Senyum Tersipu Sipu Tun M Agong Buat Suprise Sambut Hari Lahir Untuk Tun M

Senyum Tersipu Sipu Tun M Agong Buat Suprise Sambut Hari Lahir Untuk Tun M

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 288 hits
Senyum Lebar Tun M Agong Buat Birthday Surprise Untuk Tun M Semalam tanggal 10 Julai adalah tarikh istimewa bagi insan istemewa dalam hati rakyat Malaysia Tun Dr Mahathir bin Mohamad Beliau menerima banyak ucapan selamat hari lahir dari sel...
Melayu Bersatu Ulasan Tambahan Tun Hamid

Melayu Bersatu Ulasan Tambahan Tun Hamid

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 253 hits
PADA 9 Julai 2019 saya memuat naik rencana bertajuk Melayu Bersatu Ulasan Ke Atas Pelawaan Tun Dr Mahathir Rencana itu turut disiarkan oleh Bebasnews Ismaweb dan Malaysiakini Dalam rencana itu saya bincang cadangan Dr Mahathir daripada dua ...
Dalam Tun M Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Wanita Ini Juga Berkongsi Tarikh Lahir Yang Sama Dengan Tun M

Dalam Tun M Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Wanita Ini Juga Berkongsi Tarikh Lahir Yang Sama Dengan Tun M

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 567 hits
Sejak dipilih semula menjadi Perdana Menteri Malaysia ketujuh pada 10 Mei tahun lalu selepas Pilihan Raya Umum ke 14 Dr Mahathir sangat disegani pemimpin negara dunia pertama negara maju mahupun negara membangun Dalam Tun M menyambut ulang ...
Happy Birthday Tun But Spare Her Soul

Happy Birthday Tun But Spare Her Soul

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 838 hits
It s Tun Dr Mahathir s 94th birthday today Believe in 2 days it will be Tun Siti Hasmah s Do not know exactly cause have not being invited for any of their birthday bash for few years Not sore cause it is a conscious decision Till today our...
Eksklusif Wawancara Bersama Tun Dr Mahathir Sempena Hari Ulang Tahun Ke 94

Eksklusif Wawancara Bersama Tun Dr Mahathir Sempena Hari Ulang Tahun Ke 94

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 481 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Selamat Hari Lahir Tun

Selamat Hari Lahir Tun

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 722 hits
AssalamualaikumInsan kesayangan ramai termasuklah aku lupakan soal politik tapi insan ini cukup mengagumkan aku dan dunia Dia 1 1nya yang memegang tampuk pemerintahan sebanyak 2 kali Walau ada yang menggelar dia dengan berbagai gelaran buru...
Mukhriz Dan Tun M Disambut Meriah Di Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu Johor

Mukhriz Dan Tun M Disambut Meriah Di Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu Johor

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 306 hits
Rakaman menarik YAB Tun Dr Mahathir Mohamad dan YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir disambut meriah ketika hadir ke majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri BERSATU negeri Johor yang diadakan baru baru ini di Dewan Serbaguna Johor Jaya...
Saya Kagumi Tun M Masih Bertugas Di Usia Emas

Saya Kagumi Tun M Masih Bertugas Di Usia Emas

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 313 hits
assalamualaikum sepagi ni mendgr radio ucapan utk Tun M his birthday yg ke 94 tahun nak la juga letak citer ni di blog agar ada memori tentang this incredible man of Malaysia saya membesar dlm regim pemerintahan Tun M dulu hinggalah saya be...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

User Acquisition And Retention

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dividen Bank Rakyat 2024 17

Salam Aidil Fitri Buat Pembaca Blog Cik Matahariku

Level Up Your Style The Coolest Geek Nerd Shirts At Geeksoutfit

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain

Video Chinese Journalists Commended For Speaking Fluent Malay While Enjoying Nasi Kandar

Pemandu Kereta Dakwa Tak Bersalah Sebabkan Kematian