Takkan Tunggu Nyanyi Acara Rasmi Baru Nak Kecoh


Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah Cari sampai dapat siapa terjemahkan Negaraku versi Mandarin
WAHAI cikgu yang telah menjawat jawatan tinggi dalam Kementerian Pendidikan, bercakap benarlah walaupun pahit. Buang jauh-jauh budaya membodek ini. Cukup-cukuplah…
Apabila orang nombor satu yang menjaga sekolah memberikan respon, murid SJKC yang menyanyikan lagu Negaraku versi Mandarin tidak dilakukan dalam mana-mana acara rasmi, sebaliknya dalam bilik darjah sebagai satu latihan, agak mengejutkan saya

Apa beza nyanyi lagu Negaraku dalam bilik darjah dengan luar bilik darjah? Dalam bilik darjah itu latihan, luar bilik nanti itulah praktikalnya. Takkan nak tengok sampai dinyanyikan dalam majlis rasmi baru nak kecoh

Persoalan paling penting yang perlu disiasat dan dijawab, apa tujuan lagu Negaraku itu diterjemahkan dalam versi Cina, dan dinyanyikan dengan bersungguh-sungguh, kalau bukan untuk dinyanyikan di luar sekolah atau acara rasmi sekolah

Saya juga membuat carian dalam youtube, mengenai lagu Negaraku yang terjemahkan dalam bahasa Arab. Baru saya jumpa ada sekolah agama turut menyanyikan lagu negaraku tersebut dalam bahasa Arab. Asasnya memanglah tidak wajar kerana mengubah jati negara. Namun, mengambil kira kedudukan Islam dan Melayu dalam Perlembagaan, masih boleh dibahaskan

Pun begitu, jika langkah SJKC tersebut melakukan perkara sama atas alasan sekolah agama pun melakukannya, maka SJKC telah tersilap langkah

Pemimpin nombor satu yang menjaga sekolah tidak perlu mendahului polis. Tidak perlulah keluar kenyataan lagi. Biarlah polis yang menyiasat. Tunggu dahulu siasatan polis, bukan terus berkata, lagu Negaraku tidak dinyanyikan dalam acara rasmi. Kalau nak membodek dan menjaga hati, jangan nampak sangat

Takkan kita nak tunggu sampai ia dinyanyikan dalam acara rasmi. Saya menjadi semakin musykil, budaya nak menjaga hati orang ini yang keterlaluan, bagi memastikan pangkat dan kedudukan terjamin

Siasatlah dan ambil tindakan dengan segera. Pertama, cari siapa yang terjemahkan Negaraku dalam versi Mandarin. Kedua, apa tujuannya? Ketiga, untuk apa latihan dibuat dalam kelas, sedangkan ia bercanggah sama sekali. Keempat, cari siapa guru kelas tersebut? Kelima, sudah berapa lama amalan ini dilakukan dalam kelas-kelas yang lain

Tahukah bos nombor satu yang menjaga sekolah ini dan juga cikgu yang menjawat jawatan tinggi dalam kementerian, selama ini apabila lagu negeri-negeri yang ada kalimah Allah seperti negeri Selangor dan Pahang, pelajar-pelajar bukan Islam telah diarahkan oleh guru-guru dan ibu bapa supaya tidak menyanyikan lagi tersebut dan jangan sama sekali menyebut kalimah Allah dalam lagu negeri tersebut

Pergilah buat siasatan bagaimana pelajar-pelajar bukan Islam mengunci mulut mereka apabia menyanyi lagu negeri kerana tidak mahu menyebut kalimah Allah yang terdapat dalam lagu tersebut? Buatlah siasatan

Perkara ini sudah lama berlaku, tetapi terus dibiarkan begitu sahaja tanpa apa-apa tindakan. Bila ada sesuatu berlaku, seperti isu ini, mulalah kecut perut. Pakat-pakat cari apa jua alasan untuk menjaga diri dan jawatan. Jujurlah pada amanah yang diberikan

Pangkat dan jawatan ini hanya pinjaman, datang dan pergi. Jika bertahan pun, akan pencen juga nanti. Kita mahu harapkan apa lagi selepas itu? Adakah kita mengharapkan belas ihsan lagi selepas sudah bersara seperti yang berlaku kepada mereka yang sudah-sudah

Akhirnya, ingin saya ingatkan ultra kiasu, setiap lagu negeri-negeri yang ada termaktub kalimah Allah, ada sejarahnya tersendiri. Jangan pertikai, jika kamu rakyat bersultan. Semua rakyat jelata, tidak kira Islam atau bukan, wajib menyebutnya tanpa berkecuali. Kerana apa

Jika tidak faham lagi, saya jawab mudah, menunjukkan asal-usul negara ini dan negeri-negeri yang bernaung tidak dapat lari daripada jata negeri dan identiti Melayu dan Islam. Sejarah berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu. Justeru hormatilah ia walaupun kamu bukan Islam atau bukan Melayu

*Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah- Pusat Pengajian TerasUniversiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/takkan-tunggu-nyanyi-acara-rasmi-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adik Meninggal Dunia Hidap Kanser Abang Sedih Hajat Arwah Nak Pakai Selipar Baru Tak Kesampaian

Adik Meninggal Dunia Hidap Kanser Abang Sedih Hajat Arwah Nak Pakai Selipar Baru Tak Kesampaian

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 459 hits
Ajal pertemuan milik Allah siapa kita untuk menidakkan ketentuan Illahi Kehilangan orang yang disayangi memang perit tambah tambah lagi mempunyai pertalian darah dengan kita Kenangan bersama boleh dijadikan memori terindah saat dia ada deng...
Tak Masuk Akal Cukai Baru Ni Bayaran Melambung Mahal Kacau Bajet Nak Beli Rumah

Tak Masuk Akal Cukai Baru Ni Bayaran Melambung Mahal Kacau Bajet Nak Beli Rumah

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 424 hits
Tak masuk akal cukai baru ni bayaran melambung naik kacau bajet nak beli rumah Mesti ramai diantara kita yang sedia maklum bahawa Sistem Cukai Tanah sudah pun digantikan dengan Sistem Cukai Petak yang telah diperkenalkan Kerajaan Negeri Sel...
Malu Terpaksa Nyanyi Bahasa Mandarin Nak Faham Negaraku

Malu Terpaksa Nyanyi Bahasa Mandarin Nak Faham Negaraku

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 450 hits
BANGI 10 Rabiulakhir 1441H Sabtu Isu murid sekolah menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin berpunca daripada sistem pendidikan sekolah vernakular kata Haji Aminuddin Yahaya Presiden gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia itu berkata
Nak Berak Dan Kencing Baru Tandas Muncul

Nak Berak Dan Kencing Baru Tandas Muncul

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 605 hits
Bagi masyarakat Eropah khususnya London dan Amsterdam Belanda tandas ini sudah sangat akrab bagi mereka Urilift toilet adalah salah satu tandas awam yang sering digunakan di kota London dan Amsterdam selain fungsinya banyak orang yang bermi...
Sudah Lama Tak Nyanyi Kali Ni Lirik Baru Asif Belanja Satu Lagu Raih Lebih 260k Views

Sudah Lama Tak Nyanyi Kali Ni Lirik Baru Asif Belanja Satu Lagu Raih Lebih 260k Views

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 487 hits
Nyanyi lagu lagi Asif atau nama sebenarnya Mohd Asyiff Suhaimi 17 yang sangat popular menerusi Drama Spontan membuatkan netizen terhibur setelah Syahmi Sazli berkongsikan satu rakaman video Menurut Syahmi sudah lama tidak mendengar Asif men...
Lagu Negaraku Versi Mandarin Untuk Bantu Murid Lebih Faham Bukan Acara Rasmi Kpm

Lagu Negaraku Versi Mandarin Untuk Bantu Murid Lebih Faham Bukan Acara Rasmi Kpm

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 575 hits
Siasatan Kementerian Pendidikan mendapati rakaman klip video murid menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku dalam bahasa Mandarin yang tular di laman media sosial berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah Ketua Pengarah Pelajar...
Jangan Tunggu Cemas Baru Pindah Adun Kemasik

Jangan Tunggu Cemas Baru Pindah Adun Kemasik

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 307 hits
Ir Saiful Azmi meninjau keadaan beberapa keluarga yang berisiko terdedah banjir semalam Foto Ahmad Syahid AdnanOleh Khalid AbdullahKEMAMAN 3 Disember Beberapa keluarga di kawasan rendah di Kampung Batu Putih Kertih di sini dinasihatkan supa...
Bila Nak Periksa Saya Berapa Jam Nak Tunggu Pesakit Tumbuk Dressar Namun Mangsa Tetap Merawatnya Sehingga Pulih

Bila Nak Periksa Saya Berapa Jam Nak Tunggu Pesakit Tumbuk Dressar Namun Mangsa Tetap Merawatnya Sehingga Pulih

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 274 hits
Tugas mereka sangat mulia merawat dan membantu pesakit Namun mereka seringkali dikritik dan dihamburkan dengan kata kata negatif Namun begitu kata kata itu tidak melemahkan mereka malah mereka tetap memberikan perkhidmatan yang terbaik buat...
Krisis Pkr Tubuh Parti Baru Jika Mahu Terus Langgar Saluran Rasmi

Krisis Pkr Tubuh Parti Baru Jika Mahu Terus Langgar Saluran Rasmi

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 295 hits
Naib Ketua Pemuda PKR Syed Badli Shah Syed Osman menegaskan bahawa hanya ada satu majlis Perasmian Kongres AMK dan ia akan dirasmikan oleh Penasihat PKR Wan Azizah Wan Ismail Dalam kenyataan medianya hari ini Syed Badli mencabar pihak yang ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization