Takkan Nak Tunggu Lagi 20 Tahun



Berita mengenai kewujudan ladang durian haram di kawasan hutan simpan kekal (HSK) dekat Raub, Pahang yang kini tular di media adalah satu isu undang-undang. Ia bukan isu politik.

Jika ada ahli politik mendakwa mereka bersedia membantu mana-mana individu yang ditangkap dan dituduh menceroboh hutan simpan, biarkanlah. Tak perlulah kita buat spekulasi sama ada mereka ini mencari publisiti atau political mileage. Kita tunggu sahaja proses undang-undang berjalan seperti biasa.

Mengikut portal rasmi Jabatan Perhutanan, dari keluasan Semenanjung berjumlah 13.21 juta hektar, keluasan HSK adalah 4.81 juta hektar. Kawasan hutan simpan itu pula terbahagi kepada beberapa kategori, iaitu hutan darat, hutan paya gambut, hutan paya laut, ladang hutan, hutan tanah kerajaan, hutan taman hidupan liar dan lain-lain rizab hutan.

Pada Ogos 2019, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ada berkata, sehingga Jun 2019, negeri itu punyai lebih 2.5 juta hektar hutan simpan. Daripada jumlah itu, 2,531 hektar hutan simpan kekal telah diteroka secara haram (diceroboh).

Pencerobohan satu jenayah
Pencerobohan tanah kerajaan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965, manakala pencerobohan hutan simpan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 81 Akta

Perhutanan Negara (APN) 1984. Jika sabit kesalahan, kedua-dua kesalahan ini boleh dikenakan hukuman penjara (lima tahun di bawah KTN dan tiga tahun di bawah APN), denda (maksimum RM500,000 di bawah KTN dan RM10,000 di bawah APN) atau kedua-duanya sekali.

Seorang sahabat bertanya, kenapa tunggu sampai 20 tahun sebelum tindakan diambil terhadap penceroboh? “Kenapa sekarang baru bertindak?” Lantas spontan saya jawab, “jika tidak sekarang, bila lagi? Nak tunggu lagi 20 tahun?”

Pada 8 Julai lalu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Pahang, Datuk Abdul Wahab Mohamed Ali menjelaskan, kawasan hutan simpan Batu Talam di mana tindakan penguatkuasaan kini dijalankan adalah kawasan terpencil yang sukar dikesan sebelum ini. Apakah ini punca tindakan penguatkuasaan lambat dijalankan?

Langgar injunksi mahkamah
Kebelakangan ini, ada pihak mempersoal kesahihan tindakan yang diambil terhadap penceroboh. Pihak ini mendakwa tindakan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) ini melanggar injunksi yang dikeluarkan Mahkamah Rayuan pada 5 Januari lalu.

Menurut Pengerusi Ikatan Selamatkan Musang King (SAMKA), Wilson Chang pada Januari lalu, Mahkamah Rayuan telah mengeluarkan satu injunksi interim melindungi 111 orang penanam durian daripada dikenakan apa-apa tindakan undang-undang oleh pihak penguat kuasa.
Abdul Wahab menjawab, injunksi Mahkamah Rayuan itu sebenarnya mengenai satu kawasan lain yang telah pun dipajak oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn. Bhd.

Tindakan penguatkuasaan di kawasan hutan simpan Batu Talam ini tidak ada kena mengena dengan injunksi mahkamah itu. Perkara sama disahkan oleh Wan Rosdy yang menegaskan, operasi penguatkuasaan yang dilakukan ini direstui oleh Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri yang sebelum itu merujuk kepada Mahkamah Rayuan.

Pembersihan hutan
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang, Datuk Mohd. Hizamri Mohd. Yasin memberitahu media, kerja pembersihan hutan (menebang pokok durian) akan diteruskan mengikut jadual ditetapkan. Setakat Khamis lalu, seluas 16.4 hektar tanah hutan telah dibersihkan dari keseluruhan kawasan 101 hektar.

Untuk menjaga keselamatan pegawai penguat kuasa yang bertugas, 60 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dari Briged Tenggara dikerahkan ke situ. Menurut Ketua Polis Negeri, Datuk Ramli Mohd. Yusuf, sekiranya jumlah tenaga PGA yang dihantar ke situ masih tidak mencukupi, tenaga tambahan akan dihantar pada masa depan.

Siasatan SPRM
Pada 10 Julai lalu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki menyatakan, pihaknya sudah pun menjalankan siasatan dengan memanggil peneroka kebun durian terlibat serta pihak berkuasa berkaitan. Siasatan ini rupanya bukan perkara baharu.

Pada September lalu, SPRM telah mengambil dokumen daripada beberapa agensi kerajaan untuk siasatan termasuk Pejabat Perhutanan Daerah Raub serta Pejabat Tanah Daerah Raub. Azam Baki menyatakan, matlamat siasatan adalah meneliti kemungkinan wujudnya elemen salah guna kuasa.

Pada ketika itu, tumpuan siasatan adalah kepada pencerobohan Hutan Simpan Gunung Benom, di mana hampir 4,400 hektar dibangunkan sebagai ladang durian haram sejak 40 tahun lalu.

Sedia disiasat
Pada 8 Julai lalu, Pengarah JPNP, Datuk Mohd. Hizamri Mohd. Yasin mengesahkan pencerobohan kawasan HSK ini berlaku sejak puluhan tahun lalu, iaitu sebelum beliau mula berkhidmat di Pahang dan diketahui umum. “Kita tiada masalah. Jika berlaku ketirisan dan jika ada laporan, SPRM boleh siasat. Sebenarnya operasi penguatkuasaan ini adalah operasi yang biasa dilakukan dengan kerjasama agensi lain termasuk pejabat tanah dan polis,” katanya.

Menjawab pertanyaan kenapa pokok durian di kawasan hutan simpan itu perlu ditebang, Hizamri menjelaskan, pokok-pokok tersebut berbuah dua tiga kali setahun. Jika tidak ditebang, penanam akan kembali untuk mengutip buah dan pihaknya tidak mampu meletakkan anggota untuk terus mengawasi kawasan hutan berkenaan.

Mengambil pengajaran daripada kesilapan silam, barangkali sudah sampai masanya JPNP menggubal satu strategi baharu supaya penduduk Raub dan daerah berdekatan (yang ada pengalaman, kepakaran dan minat) boleh mengusahakan dusun durian mereka secara sah di satu kawasan alternatif yang disediakan oleh kerajaan negeri.

Dengan adanya kawasan khas baharu ini, tidak perlu lagi mereka menceroboh kawasan hutan simpan untuk terus hidup.

Undang-undang moden digubal bukan untuk menyusahkan, menghalang dan menghukum, sebaliknya mengawal dan memudahcara kehidupan.

Oleh: Datuk Salleh Buang

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/07/takkan-nak-tunggu-lagi-20-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tunggu 9 Bulan Baru Beli Ok Ke 6 Tahun Tak Ada Baby Siti Sarah Lupa Nak Beli Apa

Tunggu 9 Bulan Baru Beli Ok Ke 6 Tahun Tak Ada Baby Siti Sarah Lupa Nak Beli Apa

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 285 hits
Bila jarak anak terlalu jauh memang sedikit sebanyak buat kita sebagai ibu bapa lupa apa persiapan yang diperlukan untuk menyambut kelahiran anak baru Malah mungkin ada yang mula lupa bagaimana cara penjagaan bayi baru lahir Orang kata gap ...
Bawah 5 Tahun Penting Untuk Bermain Rumah Sepah Boleh Kemas Tapi Anak Ketagih Gajet Susah Nak Ubah

Bawah 5 Tahun Penting Untuk Bermain Rumah Sepah Boleh Kemas Tapi Anak Ketagih Gajet Susah Nak Ubah

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 442 hits
Bila PKPD dilaksanakan memang tak dapat biarkan anak anak bermain di luar namun ianya bukan alasan untuk menghalang anak anak bermain di dalam rumah Bermain sangat penting untuk perkembangan anak anak terutama anak dibawah umur 5 tahun Kena...
Hiburan Nazrief Nazri Diduga Apendiks Bengkak Dikala Isteri Tunggu Masa Nak Bersalin

Hiburan Nazrief Nazri Diduga Apendiks Bengkak Dikala Isteri Tunggu Masa Nak Bersalin

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 339 hits
Pelakon Nazrief Nazri dilaporkan terpaksa ditahan di sebuah pusat perubatan di Puchong selepas dia diserang sakit perut yang berpanjangan pada malam Khamis lalu Ujar pelakon drama Bidadari Salju ini lagi doktor telah mengesahkan dia menghid...
Nak Siap Mandi Di Bilik Sendiri Baru 5 Tahun Elly Mazleen Bangga Anak Dah Pandai Berdikari

Nak Siap Mandi Di Bilik Sendiri Baru 5 Tahun Elly Mazleen Bangga Anak Dah Pandai Berdikari

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 400 hits
Bakal menimang anak keduanya tidak lama lagi penyanyi Elly Mazleen bangga bila mana melihat gelagat anak sulungnya Puteri Sara Sefhia kini makin pandai berdikari menguruskan diri meskipun baru berusia lima tahun Menerusi Instagramnya Elly b...
Anak Dua Tahun Dah Boleh Diajak Solat Lagi Senang Nak Patuh Faham Mudah Sungguh Ikut Cara Ni

Anak Dua Tahun Dah Boleh Diajak Solat Lagi Senang Nak Patuh Faham Mudah Sungguh Ikut Cara Ni

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 481 hits
Bila anak semakin membesar tak dinafikan anak semakin sukar untuk menerima arahan Mendidik anak untuk menunaikan solat ada waktunya menguji kesabaran kita sebagai ibu Tak perlu pening kepala jika tahu cara dan triknya anak jadi mudah ikut k...
Hiburan Enam Tahun Tak Ada Baby Lupa Nak Beli Apa Untuk Persiapan Siti Sarah

Hiburan Enam Tahun Tak Ada Baby Lupa Nak Beli Apa Untuk Persiapan Siti Sarah

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 317 hits
Penyanyi hebat Siti Sarah yang kini sedang sarat hamil anak keempat berkongsikan situasinya sekarang ini kepada pengikut di laman media sosialnya iaitu Instagram AdvertisementMenurut Sarah kerana sudah hampir enam tahun tidak mempunyai bayi...
Menteri Agama Lena Kah Ini Lah Kerja Kamu Mgnews Zakat Hina Saya Pihak Gereja Yang Bantu Hampir 9 Tahun

Menteri Agama Lena Kah Ini Lah Kerja Kamu Mgnews Zakat Hina Saya Pihak Gereja Yang Bantu Hampir 9 Tahun

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 239 hits
Tiga ibu tunggal yang mendakwa diri mereka tidak mendapat bantuan sewajarnya daripada pihak berwajib dalam sidang media yang dianjurkan oleh aktivis Kramat di Ukay Perdana Ampang
22 Tahun Berlalu Ini Kronologi Pembunuhan Kejam Along Spoon Yang Generasi Sekarang Mungkin Tak Tahu

22 Tahun Berlalu Ini Kronologi Pembunuhan Kejam Along Spoon Yang Generasi Sekarang Mungkin Tak Tahu

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 721 hits
Siapa masih ingat dengan kisah pembunuhan kejam yang melibatkan penyanyi Along Spoon sekitar tahun 90 an Popular dengan lagu Rindu Serindu Rindunya tak dinafikan ini antara lagu yang paling hit ketika itu
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas

Acara Harith Iskander Di Dewan Filharmonik Petronas Dibatal