Tak Suka Ayat Copywriting Dalam Iklan Online
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Tak Suka Ayat Copywriting Dalam Iklan Online | Bisnes online terkini, dan ramai para usahawan gunakan kaedah ayat Copywriting... Apa itu Copywriting??
Copywriting ni kita teknik untuk lariskan jualan bisnes la..
Contoh ayat copywriting
Contohnya...
Panjang kan.. Berjela..
Perlu ke aplikasi teknik untuk bisnes online??? Adakah berkesan kepada pelanggan???
Ok.. Ini pendapat peribadi sendiri...berdasarkan pengalaman sendiri... MF TAK SUKA AYAT COPYWRITING!!
Ayat Copywriting meletihkan pembeli
Pengakuan ikhlas nih... Tak suka sebab letih ahh..baca berjela.. Yang paling penting MF nak tahu ialah harga...dan nombor telefon... Testimonial tu perlu juga tapi bukan dalam post yang sama...
Bagi MF, suka peniaga yang layan pelanggan macam kawan... Takde ayat skema-skema... Letih aihh...
Pernah tanya satu produk kesihatan untuk hilangkan perut boroi... Dia sibuk buat ayat Copywriting hingga salah sebut nama pelanggan... Tak ke malu... Padahal MF tanya harga je.. Berjela dia terangkan.. Sedangkan ayat tu dah dia bagi kat page di Facebook.
Jadikan pelanggan macam kawan
Alhamdulillah.. Setakat ni, kami layan pelanggan kami macam kawan... Tiada ayat skema-skema... Apa yang ditanya itu yang dijawab...
Jadi, pendapat peribadi... Kami tak suka ayat Copywriting... Post iklan seringkas mungkin... Yang pasti ada input penting...
Boleh nak guna ayat Copywriting.. Tapi edit la sikit.. Tak payah nak skema-skema sangat... Tak semua pelanggan suka sebenarnya... Serabut baca ada... Baik-baik tengok gambar nak beli, terus tak jadi...
Disebabkan ini, MF suka beli kat kedai online macam Shopee atau Lazada... Senang, pilih, bayar dan tunggu barang sampai... semua maklumat ada dalam tu...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdz.com/2015/11/tak-suka-ayat-copywriting-dalam-iklan.html