Tak Serik Serik Lagi Daging Import Diragui Halal Dirampas


Oleh Herman Hamid Kira-kira 56 tan daging kerbau import dari India dirampas untuk siasatan selepas diragui status halal./ Gambar media sosial MAQIS TAK serik-serik.
Dalam tahun ini sahaja, sudah banyak kali dilaporkan rampasan daging import sama ada kerbau, kambing, ayam dan lain-lain.
Puncanya, kerana diragui status halal.
Terbaru, hampir 56 tan atau 56,000 kilogram (kg) daging kerbau sejuk beku dari India dirampas di Butterworrth.
Rampasan ke atas daging bernilai lebih RM600,000 itu kerana labelnya disyaki menggunakan maklumat tidak tepat dengan yang diisytiharkan pada sijil halal.
Tindakan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang itu hasil dua pemeriksaan berasingan di Terminal Kontena Utara Butterworth (NBCT) Isnin serta Selasa lalu.
Pengarah MAQIS negeri, Noriah Dahlan berkata, terdahulu dalam kejadian jam 5.30 petang Isnin dan 12.50 tengah hari Selasa lalu itu, anggota melakukan pemeriksaan terhadap dua kontena yang baru tiba di pelabuhan berkenaan.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati keseluruhan daging kerbau sejuk beku dalam kontena terbabit disyaki dilabel menggunakan maklumat tidak tepat dengan yang diisytiharkan pada sijil halal.
“Susulan itu, sebanyak 3,748 kotak daging kerbau sejuk beku seberat 55,994 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM603,932.76 terbabit dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Noriah berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).
“Mengikut seksyen ini, mana-mana orang memberi maklumat palsu, tidak tepat atau mengelirukan dalam pengimportan keluaran pertanian, adalah menjadi suatu kesalahan.
“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali,” jelasnya.
Beliau menegaskan, MAQIS sentiasa melakukan pemeriksaan keluaran pertanian di setiap pintu masuk negara bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian serta mikroorganisma yang diimport ke negara ini, bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar, selain mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan kerajaan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/tak-serik-serik-lagi-daging-import.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sindiket Kartel Daging Sejuk Beku Import Sasaran Terbaru Polis Selepas Macau Scam

Sindiket Kartel Daging Sejuk Beku Import Sasaran Terbaru Polis Selepas Macau Scam

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 213 hits
Seramai 36 individu ditahan polis di enam negeri menerusi Ops Kartel Daging yang dilancarkan pada 9 April lalu kerana disyaki terbabit dengan sindiket kartel daging sejuk beku import Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir ...
Polis Bongkar Komplot 19 Syarikat Pengedar Terlibat Kartel Daging Import

Polis Bongkar Komplot 19 Syarikat Pengedar Terlibat Kartel Daging Import

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 148 hits
Jabatan Siasatan Jenayah turut menahan 36 individu JOHOR BAHRU Sebanyak 19 buah syarikat pengedar sejuk beku dikenal pasti berkomplot dan terlibat dalam kegiatan kartel daging import dalam satu operasi yang dilaksanakan di enam negeri secar...
The Malay Male Finds His Calling At A Halal Pub

The Malay Male Finds His Calling At A Halal Pub

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 272 hits
Amir s Half EasyFollowers of local blogs earlier this century may remember The Malay Male a blog about the dark side of a young journalist from Pahang blinded by the city lights Well the journalist and author of that blog Amir Hafizi is now...
Mung Mung Halal Chinese Food

Mung Mung Halal Chinese Food

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 396 hits
Sementara cuci kereta Suami MY ajak makan dulu So kami pun menapaklah ke seberang tempat cuci kereta ni Kawasan ni terletak di belakang Petronas Pekan Nanas dan bersebelahan dengan Masjid Jamek Pekan Nanas Gambar ni Mama Yan ambil dari keda...
Jaga Kesihatan Diri Amp Keluarga Dengan Produk Belvea Malaysia Tiada Sls Amp Dijamin Halal

Jaga Kesihatan Diri Amp Keluarga Dengan Produk Belvea Malaysia Tiada Sls Amp Dijamin Halal

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 220 hits
Apabila menyentuh soal penjagaan kesihatan diri dan keluarga rata rata ibu ayah pada masa kini mengakui bahawa mereka sanggup mengeluarkan sejumlah wang agar bebas dari sebarang ancaman penyakit Justeru jenama penjagaan kesihatan pemakanan ...
Beberapa Isu Tanpa Penjelasan Jadikan Sistem Kewangan Negara Diragui Anwar

Beberapa Isu Tanpa Penjelasan Jadikan Sistem Kewangan Negara Diragui Anwar

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 185 hits
Saya bimbang dengan tidak adanya langkah proaktif dari pihak pemerintah dalam memastikan wujudnya keyakinan terhadap sistem kewangan negara Malangnya reputasi serta keupayaan Malaysia akan terus diragui oleh para pelabur serta institusi kew...
S 039 Pura Lapor 24 Kes Import Covid 19 Tiada Jangkitan Tempatan

S 039 Pura Lapor 24 Kes Import Covid 19 Tiada Jangkitan Tempatan

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 173 hits
Images KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Singapura melaporkan 24 kes import COVID 19 setakat 12 00 tengah hari Selasa menurut kemas kini harian Kementerian Kesihatan Tiada jangkitan tempatan dilaporkan Kese
Mengapa Import Barang Dari China Lebih Murah

Mengapa Import Barang Dari China Lebih Murah

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 254 hits
Import merupakan salah cara yang paling mudah dan murah untuk mendapatkan barang tertentu untuk kemudian di jual kembali Cara ini adalah yang paling umum dilakukan oleh para penjual online yang ada di market place lokal Biasanya barang yang...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa