Tak Serik Dipenjara Kerana Ambil Gambar Bawah Skirt Bekas Banduan Ditahan Lakukan Kesalahan Sama


Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA SINGAPURA: Seorang pesalah berulang yang sudah beberapa kali diberkas mengambil gambar bawah skirt sepanjang lima tahun lalu, dihukum penjara lagi selepas mengulangi kesalahan itu sebaik sahaja dibebaskan dari penjara.
Berita Mediacorp melaporkan, cara dia melakukan jenayah itu tidak berubah dengan menggunakan kamera yang disembunyikan dalam kasutnya.
Tham Heng Yew, 29, dijatuhi hukuman penjara 10 bulan, semalam selepas mengaku bersalah atas satu tuduhan mengintai dengan tuduhan kedua diambil kira.
Heng Yew dihukum penjara 44 minggu pada Mac 2020 atas 30 tuduhan, sebahagian besarnya kerana mencabuli kehormatan wanita dengan 138 tuduhan lagi diambil kira.
Dia memotong lubang di dalam kasut untuk menyelitkan telefonnya dengan kamera menghadap ke atas.
Heng Yew kemudian merakam video bawah skirt wanita sedang dia berjalan-jalan di pusat beli-belah dan di sekolahnya.
Tidak lama selepas dibebaskan, dia melakukan kesalahan lagi.
Pada 21 Januari tahun ini, dia pergi ke cawangan Daiso di Plaza Singapura. Seorang wanita yang sedang berbelanja di situ mendapati Heng Yew mengekori dan berada dekat dengannya.
Beliau mendapati kaki Heng Yew rapat dengan kakinya dan terdapat lubang di bahagian atas kasutnya itu. Mangsa juga ternampak lensa kamera dalam lubang itu.
Wanita itu menunggu hingga tertuduh meninggalkan cawangan itu sebelum memanggil teman lelakinya untuk memberitahu tentang apa yang berlaku. Mereka memaklumkan kepada kakitangan Daiso yang membuat panggilan kepada pengawal keselamatan pusat beli-belah itu.
Heng Yew cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan teman lelaki wanita itu. Pengawal keselamatan kemudian menahannya hingga polis tiba dan merampas telefonnya.
Siasatan menunjukkan Heng Yew pergi pusat ke beli-belah itu untuk merakam video bawah skirt.
Antara pukul 6 petang dengan 7.45 malam pada hari itu, dia merakam lima video bawah skirt keseluruhannya.
Dalam membuat rayuan, Heng Yew berkata dia amat menyesali perbuatannya itu dan ketika melakukan kesalahan tersebut dia dalam keadaan ‘amat buntu’ dan ‘sedih’.
Menurutnya dia gagal mendapatkan kerja selepas keluar dari jel dan merasa ‘amat murung’.
Bagi kesalahan mengintai, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda, disebat atau mana-mana gabungan hukuman tersebut.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/tak-serik-dipenjara-kerana-ambil-gambar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyidin Yassin Ditahan Di Bawah Sosma

Muhyidin Yassin Ditahan Di Bawah Sosma

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 220 hits
Adakah dalam masa terdekat ini bekas TPM iaitu Tan Sri Muhyidin Yasin akan di tahan
Gambar Wajah Sebenar Bekas Tunang Fizz Fairus

Gambar Wajah Sebenar Bekas Tunang Fizz Fairus

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 323 hits
Pada Februari tahun lalu Fizz Fairus mengejutkan industri hiburan tempatan apabila bertunang secara mengejut dengan seorang wanita yang juga isteri orang lain Bagaimanapun ikatan pertunangan itu hanya bertahan seminggu selepas suami kepada ...
Bekas Pramugari Teman Lelaki Ditahan Miliki Dadah

Bekas Pramugari Teman Lelaki Ditahan Miliki Dadah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 376 hits
SUNGAI PETANI 8 Mac Polis menahan seorang bekas pramugari bersama teman lelakinya kerana memiliki dadah dipercayai jenis ganja seberat 13 19 kilogram dalam serbuan di sebuah homestay di Persiaran Cinta Sayang di sini kelmarin Ketua Polis Da...
Bagaimana Sih Hukum Gambar Itu

Bagaimana Sih Hukum Gambar Itu

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 421 hits
Manusia yang paling keras siksanya di hari kiamat nanti yaitu orang orang yang menggambar Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu berkata kepada Abul Hayyaj Al Asadi Maukah aku mengutus mu dengan apa yang Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam...
Banduan Sedang Jalani Hukuman Penjara Dihukum Penjara 7 Tahun Atas Kesalahan Seksual Terhadap Kanak Kanak

Banduan Sedang Jalani Hukuman Penjara Dihukum Penjara 7 Tahun Atas Kesalahan Seksual Terhadap Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 418 hits
KUANTAN Seorang bekas mekanik yang sedang menjalani hukuman penjara kerana memiliki bahan lucah termasuk video pornografi kanak kanak hari ini dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan melakukan hubungan seksua...
2 Lelaki Menyamar Polis Lakukan Samun Ditahan

2 Lelaki Menyamar Polis Lakukan Samun Ditahan

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 370 hits
2 lelaki menyamar polis lakukan samun ditahan TANAH MERAH Polis menahan dua lelaki pada Jumaat lepas dan semalam yang dipercayai terlibat dalam tujuh kes samun dengan menyamar sebagai anggota polis di daerah ini Ketua Polis Daerah Tanah Mer...
Penunggang Motosikal Ini Lakukan Dua Kesalahan Khianat Dan Turut Guna Laluan Kecemasan Polis

Penunggang Motosikal Ini Lakukan Dua Kesalahan Khianat Dan Turut Guna Laluan Kecemasan Polis

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 238 hits
Penunggang motosikal yang mengambil tindakan undang undang sendiri seperti merosakkan side mirror kereta yang menggunakan laluan kecemasan boleh didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat lapor Ketua Pol...
Lelaki Humban Budak Dari Tingkat 10 Ditahan Kerana Liwat Banduan Lain Di Bilik Mandi

Lelaki Humban Budak Dari Tingkat 10 Ditahan Kerana Liwat Banduan Lain Di Bilik Mandi

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 387 hits
The ReporterSeorang lelaki yang dipenjarakan seumur hidup atas kesalahan menghumban kanak kanak lelaki berusia enam tahun dari platform penonton di galeri seni Tate Modern kini dituduh meliwat banduan lain di bilik mandi Jonty Bravery 20 di...
Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

Openai Releases Gpt 5 2 Codex The Most Advanced And Secure Ai For Coding

Yis Hidup Tapi Roti Jadi Keras Ini Punca Sebenar Ramai Tak Sedar

Resipi Snek Homemade Sihat Paling Digemari Anak Anak Ketika Cuti Sekolah

Boleh Ke Oven Rumah Buat Roti Macam Kedai Ini Jawapan Sebenar

Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Papagomo Didakwa Terima Sumbamgan Bayar Saman Anwar Tanpa Kemas Kini Perniagaan

The Roi Of A Coffee


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Trump Umum Serangan Besar Besaran Terhadap Isil Di Syria

Cabaran Pekerjaan Menjelang Tahun 2026

Pendapatan Usdt Automatik Solusi Realistik Untuk Kewangan Masa Kini

Penduduk Resah Diganggu Misteri Ketukan Pintu

Kopratasa Ke Pintu Asar Chord