Tak Selesa Perut Kembung Minum Surya Apple Cider Vinegar Pasti Lega
hai assalammualaikum
Tak Selesa Perut Kembung! Minum Surya Apple Cider Vinegar, Pasti Lega..Apple Cider Bantu Selesaikan Masalah Perut Kembung - Sejak kebelakangan ni, nad kerap sangat angin masuk dalam badan. Kalau dah masuk angin tu, jenis yang senang keluarkan takpa, ni susah nak keluarkan sampai tertonggeng dibuatnya. Lagi kalau perut kembung, huishh, sengsara, tak selesa, nak buat apa pun tak boleh. Nad ni dahla kurus, tiba-tiba perut kembung macam mengandung pulak..hahaha. Ramai pulak ucap tahniah!!..ah sudah..hahaha. Nad ada juga sapu minyak, minum air halia, tapi sama juga.
Lepas tu, nad ternampak kawan nad ambil Apple Cider untuk masalah kembung perut. Dia cakap, ok minum Apple Cider tu, habis semua angin keluar. Apa lagi, nad pun cepat-cepat beli online dekat Lazada. Ada pulak promosi untuk pembelian dua botol, jadi nad grab je la terus.
Ni pertama kali nad minum Apple Cider Vinegar ni. Sebelum tu nad bacala arahan dia dekat botol, macam mana cara minum, berapa sukatan, apa khasiat dia. Bagus juga cuka epal ni rupanya ya. Banyak khasiat tau selain boleh menghilangkan kembung perut. Antara khasiat dia
- membantu menurunkan berat badan
- membantu merendahkan paras glukosa darah
- membantu mengatasi masalah penghadaman
- membunuh bakteria dalam tubuh badan
- membantu penghadaman dan senang lawas
- menurunkan paras kolesterol dalam darah
- melegakan sakit tekak
- menjadikan rambut lebih sihat
- boleh menggantikan minuman kordial
- menggantikan asam jawa dan gula
Cara Minum Surya Apple Cider Vinegar
Nad minum Apple Cider ni selepas makan. Ia boleh diminum begitu sahaja, tapi nad selalu ambil bersama air kosong selepas makan. Nad masukkan dua sudu ke dalam air kosong, kacau, kemudian minum. Huishh, terkejut juga bila rasa, ada rasa tajam sikit. Yela, mungkin sebab dia cuka kan, nad pun jarang makan atau minum bercuka ni. Nad ambil ni pun sebab nak hilangkan perut kembung nad ni. Mujurlah masih lagi boleh masuk dalam tekak ni ha sebab ada rasa manis di situ.
Manis rasa tu sebab cuka epal ni dah dicampur dengan madu asli. Sebab tu, masih boleh telan lagi. Sebenarnya bukan sahaja boleh diminum dengan air kosong, malah boleh guna air buah-buahan, atau masukkan ke dalam makanan. Bagus kan. Nad selalu ambil waktu selepas sarapan dan sebelum tidur.
Masalah Kembung perut Selesai Dengan Apple Cider Vinegar
Lepas je nad minum cuka epal ni, atau Apple Cider ni, terus angin keluar sikit-sikit.. " pruttt, prutt, prutt"..Memang tersangat-sangatla lega. Kalau tak, kadang sampai tak boleh bernafas kalau angin dah masuk tu. Kadang loya pening bila angin dah masuk tu. Nad pun tak tau sebab apa, mungkin kadang maka lewat atau tersalah makan. Yela nad ni main bedal je makan. .Kihkih..Esok pagi terus laqas nak membuang.
Sekarang tak risau dah bila badan masuk angin, perut kembung, nad ambil Surya Apple Cider Vinegar setiap hari. Memang takkan tinggal. Lagipun Apple Cider ni boleh diminum seisi keluarga. Disebabkan nad baru tau cuka epal ni boleh dimasukkan dalam makanan, nad pun kadang masukkan sikit.
Korang yang ada masalah seperti nad masalah kembung perut boleh cuba minum Surya Apple Cider Vinegar ni. Korang noleh dapatkan di semua cawangan Watsons, butik Himalaya dan farmasi-farmasi yang berdekatan kecuali Guardian. Apple Cider ni Halal dan HACCP certified, so tak was-was nak minum dia.
Kalau malas pergi kedai, boleh sahaja order secara online. Nad pun order online di Lazada. Beli dua terus sebab tengah ada promosi dengan mengguakan kod KBBA10. Boleh klik link Twin Pack Surya Apple Cider Vinegar.
Untuk maklumat lanjut atau untuk mendapatkan maklumat promosi terkini korang boleh dapatkan di :Facebook : https://www.facebook.com/Surya.Malaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/surya.malaysia/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2019/04/tak-selesa-perut-kembung-minum-surya.html