Tak Sama Ini Kisah Di Sebalik Hari Kebangsaan Hari Malaysia


Tak Sama, Ini Kisah Di Sebalik Hari Kebangsaan & Hari Malaysia
Umum mengetahui, negara Malaysia mempunyai dua tarikh penting iaitu 31 Ogos dan 16 September yang sering dikaitkan dengan Hari Kebangsaan.
Setiap kali menjelang tarikh-tarikh penting ini, seluruh negara dihiasi dengan jalur gemilang, lagu patriotik berkumandang dan semangat kenegaraan mula membara.
Walaupun kedua-dua tarikh ini disambut dengan meriah, namun sering disalah anggap sebagai satu sambutan yang sama.
Justeru, SK ingin berkongsi perbezaan antara kedua-dua tarikh yang mempunyai nilai sejarah tersendiri, namun sama penting dalam pembentukan Malaysia.
31 Ogos, kemerdekaan Tanah Melayu daripada British Menurut portal Arkib Negara Malaysia, Hari Merdeka atau Hari Kemerdekaan disambut setiap 31 Ogos untuk memperingati pembebasan Tanah Melayu daripada penjajahan British pada tahun 1957.
Pada tarikh keramat ini, laungan “Merdeka!” sebanyak tujuh kali oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bergema di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur menjadi simbolik kepada kebebasan dan kedaulatan sebuah negara baharu.
Di samping itu, ia turut menjadi lambang kepada kebebasan politik dan semangat kemerdekaan rakyat Tanah Melayu.
Ketika itu, kegembiraan khayalak berada di kemuncak apabila bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar megah diiringi buat kali pertama lagu kebangsaan, Negaraku.
Suasana kegembiraan ini diraikan di hadapan Raja-raja Melayu; Duke of Gloucester dan Sir Donald MacGilivray, Pesuruhjaya Tinggi British yang terakhir. Maka lahirlah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat iaitu Persekutuan Tanah Melayu.
16 September, penubuhan persekutuan Malaysia Menurut portal Perpustakaan Negeri Sabah, Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963.
Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pada 9 Julai 1963, termeterailah Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia antara wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963.
Namun begitu, negara Malaysia telah diisytiharkan pada 16 September disebabkan beberapa isu yang dihadapi pada ketika itu.
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur menjadi saksi upacara pengisytiharan Malaysia pada 17 September 1963 apabila Tunku Abdul Rahman membacakan Deklarasi Malaysia di hadapan 30,000 rakyat berbilang kaum.
Upacara tersebut turut diakhiri dengan laungan “Merdeka” sebanyak tujuh kali.
Sejak tahun 2010, kerajaan Malaysia menetapkan 16 September sebagai cuti umum seluruh negara untuk memperingati Hari Malaysia.
BACA: Netizen Mula “Kecoh”, Suasana Raptai Hari Kebangsaan 2025 Buat Ramai Ternanti Sumber: Arkib Negara Malaysia, Perpustakaan Negeri Sabah
The post Tak Sama, Ini Kisah Di Sebalik Hari Kebangsaan & Hari Malaysia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/27/tak-sama-ini-kisah-di-sebalik-hari-kebangsaan-hari-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Unit K 9 Kastam Diraja Malaysia Jadi Bintang Raptai Hari Kebangsaan 2025

Unit K 9 Kastam Diraja Malaysia Jadi Bintang Raptai Hari Kebangsaan 2025

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 3182 hits
Unit K 9 Kastam Diraja Malaysia Jadi Bintang Raptai Hari Kebangsaan 2025 Setiap tahun antara acara yang paling dinantikan oleh rakyat Malaysia adalah perarakan sambutan Hari Kebangsaan Antara yang paling dinanti nantikan tentunya kemunculan...
Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Semarak Semangat Perpaduan Rakyat Malaysia

Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Semarak Semangat Perpaduan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 6588 hits
Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Semarak Semangat Perpaduan Rakyat Malaysia PUTRAJAYA 31 Ogos Sambutan Hari Kebangsaan ke 68 di Dataran Putrajaya membuka tirai secara rasminya pada pagi ini sekali gus menjadi medium untuk rakyat pelbagai kaum ...
Selamat Hari Kebangsaan Malaysia 2025 Yang Ke 68

Selamat Hari Kebangsaan Malaysia 2025 Yang Ke 68

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 6114 hits
Selamat Hari Kebangsaan Malaysia 2025 Yang ke 68 Tarikh 31 Ogos merupakan tarikh keramat buat rakyat Malaysia dimana kita akan menyambut Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan setiap tahun Tahun ini 2025 Malaysia akan menyambut Kemerdekaan b...
Lagu Tema Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2025

Lagu Tema Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2025

papar berkaitan - pada 30/8/2025 - jumlah : 5678 hits
30 Ogos 2025 Sabtu Bagi tahun 2025 lagu tema sambutan Hari Kebangsaan diberi judul Malaysia Madani Rakyat Disantuni hasil ciptaan Affan Mazlan dan dinyanyikan oleh Biduanita Negara Dato Sri Siti Nurhaliza Melodi dan susunannya menampilkan g...
Wanita Ditahan Cuba Serang Sultan Nazrin Semasa Sambutan Hari Kebangsaan Polis

Wanita Ditahan Cuba Serang Sultan Nazrin Semasa Sambutan Hari Kebangsaan Polis

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 4724 hits
Wanita Ditahan Cuba Serang Sultan Nazrin Semasa Sambutan Hari Kebangsaan Polis IPOH 31 Ogos Polis menahan seorang wanita tempatan yang cuba menyerang Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di atas pentas utama ketika sambutan rasmi Hari Kebangsaan...
Rasa Bangga Ramai Kagum Tengok Latihan Udara Tudm Sebelum Hari Kebangsaan

Rasa Bangga Ramai Kagum Tengok Latihan Udara Tudm Sebelum Hari Kebangsaan

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 3705 hits
Rasa Bangga Ramai Kagum Tengok Latihan Udara TUDM Sebelum Hari Kebangsaan Sambutan Hari Kebangsaan ke 68 pada tahun ini disambut meriah dengan pelbagai persembahan yang ditunjukkan oleh para kontijen yang terlibat Di samping itu persembahan...
Fahmi Luah Rasa Bangga Lebih 100 000 Hadir Rai Sambutan Hari Kebangsaan Di Putrajaya

Fahmi Luah Rasa Bangga Lebih 100 000 Hadir Rai Sambutan Hari Kebangsaan Di Putrajaya

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 5194 hits
Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya pagi tadi mencatat sejarah apabila lebih 100 000 pengunjung hadir sejak awal pagi untuk bersama sama meraikan detik bersejarah negara Sambutan Hari Kebangsaan meriah Memetik laporan daripad...
Lebih 100 000 Banjiri Dataran Putrajaya Rai Hari Kebangsaan 2025 Fahmi

Lebih 100 000 Banjiri Dataran Putrajaya Rai Hari Kebangsaan 2025 Fahmi

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 4533 hits
Lebih 100 000 Banjiri Dataran Putrajaya Rai Hari Kebangsaan 2025 Fahmi PUTRAJAYA 31 Ogos Lebih 100 000 pengunjung membanjiri Dataran Putrajaya di sini hari ini bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang berlangsung penuh meriah dan la...
Jalur Gemilang Kelihatan Terbalik Dalam Perarakan Hari Kebangsaan Ini Penjelasan Netizen

Jalur Gemilang Kelihatan Terbalik Dalam Perarakan Hari Kebangsaan Ini Penjelasan Netizen

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 2187 hits
Malam tadi seorang pengguna Facebook memuat naik video berdurasi 1 minit 13 saat sekitar jam 7 39 malam yang menunjukkan Jalur Gemilang gergasi dibawa melalui bangunan Kementerian Kewangan ketika raptai perarakan Video itu menimbulkan perso...
Nancy Tells Chong To Focus On Stampin Constituents Instead Of Politicising Santubong Beer Issue

Destinasi Ikonik Sabah Pantai Tanjung Aru Kota Kinabalu Sabah

Matcha Lovers Vs Coffee Lovers

Syed Badli Gesa Annuar Musa Jelaskan Isu Kg Sg Baru Minta Jangan Jadi Pengecut

Kuetiau Goreng Masak Cara Saya

R Is For Rough Winston Yeh Redesigns The Aprilia Rsv4

Amway Wangsa Maju Panduan Lengkap Lokasi Produk Dan Cara Daftar Ahli

Lirik Lagu Bawang Merah Bawang Putih Nabila Maharani Ft Eira Syazira


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasi Goreng Cina Dan Doa Buat Anak Saudara Saya

Kecewa Usaha Bertahun Tahun Tak Dihargai Amp Asyik Ditolak Fadlan Hazim Undur Diri Dari Dunia Lakonan

Marissa Dania Sunting Gambar Ai Sedang Peluk Dirinya Masa Kecil Lagu Putar Waktu Buat Netizen Sebak

A Flat White A Busy Road And A Book

Rebut Harta Motif Pembunuhan Wanita Ditemui Maut Dalam Kereta Suspek Lari Ke Luar Negara Polis

Interview