Tak Sakit Hati Kah Selepas Pujian Melangit Tetapi Dibalas Hinaan


agendaily.com17/01/2023
Selepas Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan memuji DAP sebagai rakan yang setia, tiba-tiba pemimpin parti yang baharu saja tidur sebantal dengan mereka 'menembak' UMNO dan presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang bermula 11 hingga 14 Januari lalu, bukan main lagi parti itu menerusi timbalan presidennya mengisytiharkan ke seluruh Malaysia segala puji-pujian terhadap rakan sebantal baharu mereka – DAP.

Malah, Datuk Seri Mohamad Hasan sanggup ‘menghina’ parti yang pernah menjadi penyelamat dan penolong mereka – PAS – setelah Barisan Nasional (BN) dan UMNO kalah buat kali pertama dalam sejarah pilihan raya di Malaysia pada 2018.

Untuk rekod, menyusul Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) diadakan dengan BN/UMNO mendapat kerjasama PAS menerusi Muafakat Nasional (MN) sehingga calon-calonnya menang – ada yang mengalahkan calon Bersatu yang ketika itu berada bersama Pakatan Harapan (PH).

Namun, bagai melepaskan anjing tersepit, jasa yang ditaburkan dibalas tuba, apabila menuduh parti yang menghulur tangan, berpelukan di atas pentas di Menara Dato Onn dengan mereka, tidak jujur. Tetapi, telajak perahu boleh diundur, telajak kata buruk padahnya.

Sebaliknya Mohamad atau Tok Mat, – yang baharu saja berkahwin dengan DAP – memuji-muji parti itu yang menurutnya setia dalam berkawan dan jujur.

Dan ketika pujian Tok Mat itu masih terngiang-ngiang di telinga perwakilan yang hadir di Pusat Dagangan Dunia mulai Rabu hingga Sabtu lalu, tiba-tiba gegendang mereka hampir pecah apabila salah seorang pemimpin kanan DAP mengkritik UMNO dan presiden yang mereka sayangi, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bukan, DAP sahaja yang mengkritik parti ‘keramat’ Melayu itu, tetapi sehari kemudian satu lagi parti komponen PH – PKR yang dipimpin sendiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim – turut melepas peluru terhadap UMNO dan Zahid.

Mungkin, merah padam muka Tok Mat setelah beliau memuji DAP tiba-tiba pemimpin parti yang dianggap rasis dan cauvinis itu, memulangkan sindiran tajam dan kutukan, bukan sebaliknya berterima kasih terhadap pujian yang membanggakan itu.

“Malu ooo… masuk ke rumah orang tiba-tiba tuan rumah tak layan sebaliknya menyindir-nyindir pula. Mungkin masuk tak cuci tangan dan kaki. Kena asap pedih mata, tapi kalau kena sindir dan kena kutuk… menusuk kalbu ooo,” kata seorang rakan penulis sambil ketawa.

“Takkan Tok Mat tak terasa kena hentam macam tu? Atau kerana kuasa biarkan maruah diri dan parti terkulai layu,” tambahnya lagi merujuk kepada kenyataan Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, P Ramasamy, kelmarin (15 Januari 2023).

Ya! Memang benar Ramasamy tu kasar sedikit, tapi beliau bukan mabuk atau hilang akal ketika mengatakan Zahid adalah beban dan ‘duri dalam daging’ kepada kerajaan PH dan Anwar.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II itu juga menyifatkan Zahid yang kini Timbalan Perdana Menteri daripada UMNO, sebagai ‘albatross’ atau ‘pembawa masalah yang menjadi penghalang’ yang bukan sahaja melingkari leher UMNO, tetapi juga PH.

Ramasamy yang berpendidikan kewartawanan dan sains politik, percaya usaha UMNO untuk berubah juga akan melalui jalan sukar selagi imej korupsi yang melingkari parti itu tidak dibersihkan dan malangnya, Zahid selaku teraju parti sendiri dilihat sebagai pemimpin paling terkesan dengan imej korup itu.

Perkara itu, katanya, mungkin mendatangkan kesan kepada usaha parti serta kerajaan pimpinan Anwar untuk menarik sokongan, khususnya dalam kalangan pengundi Melayu pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Menurutnya lagi UMNO yang sudah kehilangan dukungan Melayu kini lebih memerlukan sokongan PH berbanding sebaliknya, malah ia juga menjadi faktor yang memaksa parti ‘keramat’ itu bekerjasama membentuk kerajaan PH-UMNO.

Belum pun hilang kesan di kalbu UMNO, Zahid dan Tok Mat, tiba-tiba PKR pula menembak mengiakan kata-kata DAP. Kita tidak terkejut kerana PKR dan DAP sudah lama serasi, sedang UMNO baru berada di pinggiran tapi peliknya sudah mengenali hati budi DAP dalam berkawan.

Veteran PKR yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, dalam kenyataan semalam (16 Januari) menyifatkan BN dan UMNO adalah sekumpulan penjenayah yang terlibat dengan rasuah dan pecah amanah.

Menurutnya dilema dihadapi kerajaan pimpinan Anwar sekarang antara lain ialah sekiranya rakyat yang celik huruf dan berilmu peengetahuan bertanya, bagaimana kerajaan yang ada sekarang boleh dihormati jika Timbalan Perdana Menteri 1 (TPM1) terdiri dari sosok tubuh individu yang sedang dibicarakan di mahkamah atas berpuluh tuduhan jenayah rasuah dan pecah amanah?

“TPM1 (Zahid) sekarang berada di peringkat membela diri. Di akhir kes pendakwaan yang lalu, beliau telah didapati bersalah oleh Hakim kerana pihak Pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya.

“BN-UMNO dari kelompok kes jenayah rasuah dan pecah amanah ini boleh diibaratkan sebagai virus yang sedang menjangkiti Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Harapan.

“Tiada vaksin untuk menawar racun toksik ini. Jalan kesudahannya mungkin maut dan mati,” tambah Hassan lagi menambah pedihnya hati ahli UMNO yang sayangkan Tok Mat dan Zahid.

Jadi, selepas pujian itu dibalas ‘pujian’ juga oleh DAP dan PKR, Tok Mat dan ahli UMNO patut ingat ‘sepahit-pahit mambu, kelatnya menjadi ubat’.

Ketua Pengarang
Agenda Daily


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/tak-sakit-hati-kah-selepas-pujian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Warga Emas Maut Selepas Disamun Awal Pagi Tadi

Wanita Warga Emas Maut Selepas Disamun Awal Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 154 hits
The ReporterFoto Redzuan News MPBSeorang wanita warga emas maut dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Pulai Darat di sini awal pagi tadi Dalam kejadian kira kira 2 pagi itu polis menemukan mangsa Misah Md Amin 91 ya...
Dua Mangsa Rela Berenang Selamatkan Diri Selepas Di Lapor Hilang Di Lautan

Dua Mangsa Rela Berenang Selamatkan Diri Selepas Di Lapor Hilang Di Lautan

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 174 hits
nbsp KUANTAN Banyak kali saya mengalami kekejangan sepanjang dua hari berenang tetapi saya tidak panik dan terus berenang hingga berjaya sampai ke pantai Mujur saya ada pengalaman menjalani latihan di air ketika masih berkhidmat dalam FRU P...
Pelajar Upm Hilang Selepas Pergi Solat Jumaat Bila P0lis Siasat Jumpa Motor Di Tbs Rupanya Ini Lokasi Yang Dia Pergi

Pelajar Upm Hilang Selepas Pergi Solat Jumaat Bila P0lis Siasat Jumpa Motor Di Tbs Rupanya Ini Lokasi Yang Dia Pergi

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 340 hits
Seorang pelajar Universiti Putra Malaysia dilaporkan hilang selepas pergi solat Jumaat dengan menunggang motosikal
Enam Dilaporkan Maut Selepas Tali Layang Layang Terbelit Di Leher

Enam Dilaporkan Maut Selepas Tali Layang Layang Terbelit Di Leher

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 274 hits
Teruja Lihat Perayaan Dipenuhi Layang Layang Tak Sangka Tali Boleh Terbelit Di LeherMAISARAH AISYAAkibat terlalu teruja untuk lihat layang layang lebih dekat ketika perayaan Uttarayan di Gujerat India ramai berpusu pusu naik ke bangunan leb...
Dua Mangsa Kemalangan Disangka Mati Selepas Diselimuti Kain Putih

Dua Mangsa Kemalangan Disangka Mati Selepas Diselimuti Kain Putih

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 152 hits
Mary Victoria Dassam hmetro com myKEMALANGAN berlaku di Lebuh Raya Perling berhampiran Sungai Danga menyebabkan dua mangsa menaiki kereta jenis Proton Wira mengalami kecederaan FOTO Ihsan JBPMJohor Bahru Dua mangsa kemalangan di Lebuh Raya ...
Selepas 11 Tahun Debut Hwang Minhyun Bakal Lancar Album Solo Pertama Februari Nanti

Selepas 11 Tahun Debut Hwang Minhyun Bakal Lancar Album Solo Pertama Februari Nanti

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 145 hits
Akhirnya pelakon dari drama Alchemy of Souls iaitu Hwang Min hyun akan mengeluarkan album solonya yang pertama ARTIKEL BERKAITAN Penantian Hwang Min hyun akan berakhir tak lama lagi kerana dia bakal melancarkan album solo pertamanya selepas...
Selepas Keluar Dari Yg Kang Dongwon Dilapor Ingin Buka Agensi Sendiri Kini

Selepas Keluar Dari Yg Kang Dongwon Dilapor Ingin Buka Agensi Sendiri Kini

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 236 hits
Kang Dong won meninggalkan YG Entertainment selepas tujuh tahun bersama untuk membuka satu agensi yang baru ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini pelakon Kang Dong won dilapor sedang merancang untuk menubuhkan sebuah agensi pengurusan selepas kon...
Dingin Senja Selepas Hujan

Dingin Senja Selepas Hujan

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 143 hits
DINGIN SENJA SELEPAS HUJAN Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Assalammualaikum semua Hihi HUJAN SELEBAT LEBATNYA Waktu senja Waktu azan maghrib berkumandang Sejuk Ada kilat Ada guruh Kecut perut Berdebar hati Babah den...
Masa Depan Umno Bergantung Kepada Keputusan Prn Selepas Zahid Kekal Jadi Presiden

Masa Depan Umno Bergantung Kepada Keputusan Prn Selepas Zahid Kekal Jadi Presiden

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 143 hits
agendaily com18 01 2023UMNO akan bekerjasama dengan DAP menghadapi PRN di enam negeri tahun ini Selepas gagal mendapatkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke 15 kini masa depan UMNO bergantung kepada keputusan di enam negeri yang bakal dia...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Fishing As A Stress Reliever

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco