Tak Rugi Dapat Join Program Pemandulan Kucing
Assalamualaikum
Tak Rugi Dapat Join Program Pemandulan Kucing | Sememangnya saya memang tengah survey klinik untuk mandulkan Kyubi. Banyak juga klinik saya whataps bertanyakan tentang harga dan procedure pemandulan kucing di area Masai dan Pasir Gudang ni.
Lepas Kyubi beranak memang saya gigih mencari klinik yang meletakkan harga yang mampu bayar. Baru sekor tu nak dimandulkan, belum lagi anak-anak dia yang 3 ekor tu. Dah la kucing saya ni kawen dengan kucing mana ntah, dapat anak-anak pula bulu 3 warna. Dah tu bukan senang pula nak cari adopter. Sebelum anaknya bertambah lagi, baik saya cari solusi agar tak membebakan kami.
Saya sempat daftar di hari terakhir pendaftaran. Book hari Isnin, 26.12.2022 sebab kebetulan kami cuti pada hari tersebut. Lari sekejap ke klinik kemudian sambung semula bersihkan kawasan rumah. Program ini berjalankan selama 6 hari iaitu pada 24.12.2022 hingga 29.12.2022
Syarat-syarat untuk menyertai Program Pemandulan;1- Kucing hendaklah di dalam keadaan yang sihat (tiada flu, cirit, sakit mata, luka, muntah)2- Kucing dipuasakan selama 8 jam
3- Kucing hendaklah berumur sekurang-kurangnya 6 bulan
4- Ibu kucing yang baru beranak perlu tunggu sekurang-kurangnya 2 bulan selepas beranak
Hantar jam 9 pagi dan ambil jam 5.30 petang. Tidak perlu menunggu di klinik
Penjagaan selepas pemandulan;1- Simpan dalam sangkar 1 tingkat selama seminggu. Perlu periksa luka mandul dan jika mendapati luka mandul bernanah atau terbuka perlu datang ke klinik secepat mungkin
2- Penggunaan Tofu. Elakkan penggunaan pasir kerana takut pasir boleh jadi agen bakteria dan boleh terkena jangkitan kuman pada luka mandul
3- Kucing betina. Perlu datang selepas 1 minggu untuk buka jahitan
4- Pemakanan kucing. Perlu tukar makanan untuk kucing mandul
Sepatutnya kami perlu bawa Kyubi buka jahitan pada 2.1.2023, Isnin, tapi nak jadikan cerita, dia keluar rumah dari pagi tak balik-balik. Waktu tengahari balik sekejap makan, kemudian dia keluar semula sampai petang baru muncul. Tapi, memang kena bawa ke klinik semula untuk buka jahitan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://jnjikita.blogspot.com/2023/01/tak-rugi-dapat-join-program-pemandulan.html