Tak Ramai Tahu Tentang Pompe Disease Tapi Ibu Ayah Wajar Peka


Bayangkan anak kecil yang lahir kelihatan sihat, membesar seperti bayi lain… tetapi selepas beberapa bulan, tubuhnya mula lemah, otot kian susut, pernafasan jadi pendek-pendek, dan degupan jantung semakin tidak normal. Itulah realiti yang dihadapi oleh anak-anak dengan Pompe Disease, sejenis penyakit metabolik yang sangat jarang berlaku, tetapi memberi kesan besar kepada kehidupan seharian.
Apa Itu Pompe Disease? Pompe Disease adalah penyakit genetik yang berlaku kerana tubuh anak tidak mempunyai enzim khas untuk memecahkan glikogen (sejenis gula dalam otot). Bila gula ini terkumpul, otot termasuk otot jantung, otot pernafasan dan otot badan lain jadi lemah dan rosak sedikit demi sedikit.
Terdapat dua jenis utama:
Infantile-onset Pompe Disease – mula kelihatan sejak bayi, lebih cepat memburukkan keadaan.
Late-onset Pompe Disease – muncul ketika kanak-kanak lebih besar atau remaja, dengan simptom lebih perlahan.
Tanda-Tanda Yang Ibu Ayah Perlu Peka Walaupun jarang berlaku, ibu bapa perlu tahu simptom awal, antaranya:
Bayi lemah dan tidak mampu mengangkat kepala.
Susah menelan atau menyusu.
Nafas laju atau sering sesak.
Otot badan nampak lembik dan mudah penat.
Perut kelihatan buncit kerana otot abdomen lemah.
Simptom ini kadang-kadang nampak seperti “biasa”, tapi bila berlarutan, ia sebenarnya petanda serius.
Realiti Rawatan, Cabaran Besar Keluarga Rawatan untuk Pompe Disease dikenali sebagai Enzyme Replacement Therapy (ERT). Ia membantu menggantikan enzim yang tiada dalam badan anak. Namun, rawatan ini bukan mudah:
Kosnya sangat tinggi, mencecah ratusan ribu ringgit setahun.
Anak perlu rawatan berjadual, seumur hidup.
Sokongan perubatan lain (fisioterapi, terapi pernafasan) juga diperlukan.
Ramai keluarga rasa buntu kerana kos terlalu besar, tetapi mereka tetap berjuang demi anak.
Apa Yang Kita Semua Boleh Buat? Peka tanda-tanda awal – jika anak lambat berkembang atau kelihatan terlalu lemah, segera buat pemeriksaan.
Sokong keluarga rare disease – beri kata semangat, bantu sebarkan kesedaran.
Jaga kesihatan anak sendiri – hargai setiap nafas, kerana tidak semua kanak-kanak diberi peluang membesar dengan sempurna.
Pompe Disease mungkin jarang berlaku, tetapi ia benar-benar wujud. Setiap anak yang menghadapinya adalah pejuang kecil, dan setiap ibu ayah yang menjaganya adalah wira tanpa jersi. Semoga kesedaran ini membuka mata kita semua bahawa kesihatan anak adalah anugerah yang tidak ternilai.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-ramai-tahu-tentang-pompe-disease-tapi-ibu-ayah-wajar-peka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Nampak Sihat Tapi Rupanya Hidap Cah Penyakit Rare Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

Anak Nampak Sihat Tapi Rupanya Hidap Cah Penyakit Rare Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 4/9/2025 - jumlah : 3094 hits
Bayangkan saat yang ditunggu tunggu akhirnya tiba Si kecil lahir ke dunia dengan tangisan pertama yang cukup mengharukan hati ibu dan ayah Semua kelihatan normal sehinggalah beberapa hari kemudian bayi mula muntah berulang kali hilang seler...
Ibu Ayah Jangan Sampai Ai Jadi Teman Setia Anak Anak

Ibu Ayah Jangan Sampai Ai Jadi Teman Setia Anak Anak

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 2706 hits
Dalam dunia digital serba canggih dan automasi hari ini teknologi hadir dalam setiap sudut penjuru kehidupan kita Dari telefon pintar aplikasi pendidikan kenderaan hinggalah platform hiburan hampir semuanya berhubung rapat dengan teknologi ...
Kasihan Adik Ni Kaki Tersepit Di Eskalator Elvina Mohamad Jadi Saksi Kejadian Cemas Tititp Pesanan Buat Ibu Ayah

Kasihan Adik Ni Kaki Tersepit Di Eskalator Elvina Mohamad Jadi Saksi Kejadian Cemas Tititp Pesanan Buat Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 2019 hits
Pelakon dan berkongsi satu pengalaman mencemaskan yang dilaluinya baru baru ini Dia secara peribadi menyaksikan seorang kanak kanak tersepit di eskalator satu insiden yang tiba tiba dan mengejutkan Menurut Elvina kejadian tersebut berlaku s...
Bukan Cerewet Tapi Risau Ibu Ini Tegur Trend Bagi Goodie Makanan Di Taska

Bukan Cerewet Tapi Risau Ibu Ini Tegur Trend Bagi Goodie Makanan Di Taska

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 2156 hits
Sambutan hari lahir di taska biasanya diraikan dengan pemberian goodies kepada rakan rakan sebaya Niatnya untuk berkongsi rezeki dan menggembirakan anak anak kecil Namun tidak semua goodies sesuai malah ada yang boleh mendatangkan bahaya ta...
Anak 6 Tahun Cedera Diserang Anjing Ibu Bapa Peka Risiko Bahaya Sekeliling

Anak 6 Tahun Cedera Diserang Anjing Ibu Bapa Peka Risiko Bahaya Sekeliling

papar berkaitan - pada 4/9/2025 - jumlah : 2825 hits
Luluh hati bila tengok darah membasahi wajah anak sendiri Itulah perasaan yang mungkin hanya difahami oleh ibu bapa apabila anak kecil mereka cedera Itulah yang dilalui oleh sebuah keluarga di Batu 9 Cheras selepas anak lelaki mereka berusi...
Tanda Anak Kena Buli Ibu Bapa Perlu Peka Dari Awal

Tanda Anak Kena Buli Ibu Bapa Perlu Peka Dari Awal

papar berkaitan - pada 4/9/2025 - jumlah : 2290 hits
Buli di sekolah atau mana mana tempat bukan perkara kecil Ia boleh tinggalkan kesan mendalam pada emosi keyakinan diri dan juga masa depan anak Ramai anak sebenarnya dibuli tapi mereka diam sebab takut atau malu Sebab itu ibu bapa perlu pek...
Tanda Awal Alahan Pada Anak Yang Ramai Ibu Ayah Terlepas Pandang

Tanda Awal Alahan Pada Anak Yang Ramai Ibu Ayah Terlepas Pandang

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 7339 hits
Sebagai ibu bapa kita sering bimbang bila anak tiba tiba demam batuk atau naik ruam Namun adakalanya masalah kesihatan si manja bukanlah kerana jangkitan kuman tetapi sebenarnya disebabkan oleh alahan Malangnya ramai ibu ayah kurang sedar t...
Ibu Penat Tapi Ibu Sayang Buku Parenting Santai Yang Dekat Dengan Hati Ibu

Ibu Penat Tapi Ibu Sayang Buku Parenting Santai Yang Dekat Dengan Hati Ibu

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 4814 hits
Buku Parenting Santai Yang Dekat Dengan Hati Ibu Assalamualaikum hai korang Kalau korang sampai ke blog aku ni mungkin korang tengah cari atau sekurang kurangnya bahan bacaan yang boleh temani jiwa seorang ibu kan Atau mungkin korang sendir...
Lega Ibu Ayah 2027 Anak Tahun 1 2 Tiada Subjek Berat Bahasa Isyarat Diperkenalkan

Lega Ibu Ayah 2027 Anak Tahun 1 2 Tiada Subjek Berat Bahasa Isyarat Diperkenalkan

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 2713 hits
Lega Ibu Ayah 2027 Anak Tahun 1 2 Tiada Subjek Berat Bahasa Isyarat Diperkenalkan Berita yang menyejukkan hati ibu ayah KPM membawa nafas baharu ke sekolah rendah mulai 2027 Fokus awal ditumpukan pada asas 3M pembelajaran bersepadu yang leb...
M Nasir Gemakan Axiata Arena Dengan Puisi Keinsafan Palestin

Sarapan Di Kedai Nasi Lemak Hussain Tukar Meter Elektrik Digital

Basmi Kemiskinan Perlu Kerjasama Semua Pihak Bukan Kerajaan Sahaja Nurul Izzah

Lirik Lagu Teristimewa Pu Fendi Ustaz Fadhil Abdul Rahman Ustaz Huri

Zakir Naik Tuntut Rm10 Juta Daripada Portal Wartawan Berhubung Dakwaan Hiv

Kalau Diberi Peluang Travel Mana Destinasi Korang Suka

Peranan Penting Rekod Pergigian Dalam Pengecaman Forensik

How Ai Agents Will Transform E Commerce In 2025 What Every Online Entrepreneur Must Know


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Karambusel Hydrothermal Field A New Frontier In Deep Sea Exploration

Mohon Doa Pembentangan Belanjawan 2026 Esok Berjalan Lancar Anwar

170 000 Tan Bantuan Kemanusiaan Sedia Dibawa Masuk Ke Gaza Pbb

Time To Fly Vietjet S Biggest Sale Of The Year Offers Malaysians Unbeatable Fares To Vietnam And Beyond

Ember Bath House By Studio Traces

Selangor Aims To House 70pc Of Nation S Aerospace Aviation Operations Drone Hub In Pipeline