Tak Pernah Duduk Diam Aktiviti Fizikal Hands On No Satu Ini Cara Tangani Anak Kinestetik


Selalu kita mendengar ada ibu yang memberitahu anaknya tergolong dalam anak kinestetik. Namun bagaimanakah ciri anak kinestetik ini?
Kata seorang ibu, anaknya yang baru berusia dua tahun merupakan jenis kinestetik kerana tidak pernah duduk diam selain waktu tidur. Ahli terap cara kerja, Pn Maryam Jamadi berkongsi jenis anak kinestetik ini untuk kefahaman ibu bapa. Mungkinkah anak anda juga jenis kinestetik?

ANAK KINESTETIK?
“Anak saya jenis kinestetik sebab tak pernah duduk diam selain waktu tidur” Kata seorang ibu yang ada anak umur 2 tahun.
Maaf, saya rasa terpanggil untuk betulkan info yang berlegar-legar sebab ramai mak ayah keliru tentang ini.
Kinestetik adalah salah satu gaya pembelajaran (learning style) yang biasanya boleh dilihat dengan jelas semasa anak umur 6 atau 7 tahun. Ada juga anak yang menunjukkan ciri-ciri kinestetik lebih awal.

Ciri-ciri anak kinestetik:
1. Suka buat tugasan “hands on”.
2. Sukar duduk setempat semasa belajar atau “fidget” (jika terpaksa duduk atau berdiri setempat, anak akan cenderung untuk gerakkan kaki ataupun buka tutup pen).
3. Minat dan hebat dalam aktiviti fizikal (sukan sekolah).
4. Suka belajar dalam persekitaran yang menarik (ada games, melukis atau melibatkan pergerakan).
5. Kurang minat untuk membaca manual, nak buat terus!
6. Koordinasi mata dan tangan yang bagus. (Eye hand coordination)

Bila baca ciri-ciri di atas, saya pasti semua mak ayah akan rasa ada pada anak. Gaya pembelajaran ada 4 jenis tetapi seperti biasa, normal semua orang akan ada kesemua 4 jenis ciri-ciri cuma perlu lihat mana yang lebih dominan.
Bagi mak ayah yang ada anak berumur 6 tahun ke bawah?
Perlu kenalpasti adalah ia lebih kepada keperluan sensori anak untuk bergerak, melompat atau berlari ataupun memang anak jenis kinestetik.
Normal semua kanak-kanak akan suka bergerak 24 jam cuma yang membezakan anak jenis kinestetik adalah anak ini akan susah nak belajar dalam persekitaran yang bosan seperti belajar menggunakan buku dan pensil sahaja. Kalau mak ayah dapati anak betul-betul jenis kinestetik,

Tips saya:
1. Aktiviti menarik sambil belajar.
– Libatkan apa-apa pergerakan semasa belajar seperti mewarna, menari, melukis atau menulis.
– Lakukan aktiviti menarik sambil belajar seperti bermain game, puzzle, sticker, warna air dan sebagainya.
2. “Sensory break”.
– Berikan “sensory break” pada anak semasa belajar setiap kali lihat anak dah mula hilang fokus belajar.
– “Sensory break” adalah “makanan” untuk keperluan sensori anak untuk bergerak.
– Masa dan kekerapan bergantung kepada keperluan anak.
– Bagi mak ayah yang ada anak umur 7 tahun kebawah, cadangan saya 15 minit setiap 1 jam belajar.
– Umur 7 tahun ke atas, setiap 1 jam 30 minit.
– 15 minit rehat, bukan untuk tengok gadget ya tetapi untuk lakukan aktiviti yang melibat pergerakan.
(Kalau ada permintaan, saya kongsikan lebih lanjut berkaitan ini)

3. Urutan.
– Bila nampak anak mula tidak fokus, boleh lakukan urutan tangan kerana anak jenis kinesthetic ini memang sangat suka bila dapat rangsangan deria sendi. (Ada tekanan di badan)
– Jadikan rutin untuk urut anak sambil-sambil beri rangsangan deria sendi (proprioception).
– Deria sendi akan 100% berkembang semasa anak umur 8-9 tahun.
4. Jangan marah anak sebab bergerak.
– Perlu ingat yang pergerakan umpama “makanan” bagi anak kinestetik tetapi perlu juga pastikan keselamatan anak.
– Jika mak ayah rasa anak terlalu menganggu bila anak asyik nak melompat 24 jam, solusi terbaik belilah trampoline jika ada bajet.
– Nak tak nak, perlu alihkan keperluan bergerak anak ke tempat lain lagi-lagi semasa PKP ini tak boleh ke taman.
5. Modifikasi persekitaran.
– Boleh jadikan ruang belajar anak lebih menarik, contohnya pasang “basketball ring” untuk main anak baling bola semasa tengah berfikir. Kedai RM2 pun ada jual.
– Kerusi belajar yang boleh pusing. (Swivel chair).
– Papan putih atau hitam supaya anak boleh belajar sambil berdiri.
– Meja boleh laras, supaya anak boleh tukar posisi semasa belajar. Duduk atau berdiri.
– Duduk di atas gymball.
– “Fidget toy”, boleh taip di Lazada atau Shopee.

Bahagian modifikasi persekitaran ini sebenarnya sangat sesuai dilakukan di sekolah ataupun bilik belajar anak. (jika ada bajet)
Mak ayah perlu ingat yang anak umur 12 tahun ke bawah perlu ada masa untuk bermain di taman bagi memenuhi keperluan perkembangan mereka.
Di saat pandemik ini, rasa kasihan sangat dengan anak-anak. Bukan akademik sahaja terkesan, mental dan fizikal mereka juga terkesan. Paling kasihan dengan anak jenis kinesthetic.
Saya harap mak ayah yang mempunyai anak jenis kinestetik boleh bertoleransi dan bertolak ansur dengan anak. Tak ada guna paksa anak duduk tapi hanya jasad sahaja duduk, fikirannya melayang. Tak pasal-pasal, anak terus putus asa nak belajar.
Boleh cuba ya semua tips saya di atas. Bertabahlah ya mak ayah dan cikgu yang ada anak atau anak murid jenis kinestetik.
Ada tak mak ayah yang syak anak betul-betul jenis kinestetik?
Artikel berkaitan: 7 Tip Approach Anak- Kinestetik Atau Tak Boleh Duduk Diam Mereka Bukan Tak Suka Belajar Tau!
Kenal Pasti Anak Anda Jenis Mana, Adakah Visual Auditori Atau Kinestetik, Baru Senang Nak Ajar Mereka
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Tak Pernah Duduk Diam, Aktiviti Fizikal & Hands On No. Satu, Ini Cara Tangani Anak Kinestetik! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-pernah-duduk-diam-aktiviti-fizikal-hands-on-no-satu-ini-cara-tangani-anak-kinestetik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anggaplah Anak Tak Duduk Diam Rezeki Ibu Ayah Maksudnya Otak Badan Anak Sihat

Anggaplah Anak Tak Duduk Diam Rezeki Ibu Ayah Maksudnya Otak Badan Anak Sihat

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 328 hits
Anak tak boleh duduk diam tu rezeki Tu tandanya otak dia sihat fizikal dia sihat emosi dia sihat tumbesaran dia sihat dalaman dan luaran dia sihat walafiat Yang buat dia jadi tak sihat bila kita suruh dia duduk diam diam dan ikut arahan mac...
Pemilik Terkejut Anjing Lahirkan Anak Bermata Satu

Pemilik Terkejut Anjing Lahirkan Anak Bermata Satu

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 369 hits
MANILA Seorang pemilik anjing Amie de Martin dari wilayah Aklan terkejut apabila haiwan peliharaannya itu melahirkan anak bermata satu baru baru ini lapor akhbar Menerusi satu rakaman video anak anjing bermata satu itu dilihat tidak mempuny...
Cara Ajar Anak Membaca Bahasa Inggeris Di Rumah

Cara Ajar Anak Membaca Bahasa Inggeris Di Rumah

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 548 hits
Hi Pertama sekali tips adalah untuk membantu ibu ibu surirumah mahupun yang bekerjaya untuk mengajar anak anak membaca bahasa Inggeris sendiri di rumah Maklumlah kerana PKP bukan mudah para guru nak mengajar membaca secara dalam talian wala...
Alahai Anak Gara Gara Sebuah Buku Habis Baju Satu Mesin Melekat Kertas Hancur

Alahai Anak Gara Gara Sebuah Buku Habis Baju Satu Mesin Melekat Kertas Hancur

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 276 hits
Apa perasaan anda sebagai ibu bila tengok baju yang dibasuh dalam mesin basuh penuh dengan kertas kertas hancur dan melekat pada semua pakaian Agak agak nak salahkan anak atau pun diri sendiri Seperti situasi yang berlaku pada Puan Syada Sy...
Pernah Berkahwin Penulis Webtoon True Beauty Dedah Sebenarnya Sudah Miliki Seorang Anak Lelaki

Pernah Berkahwin Penulis Webtoon True Beauty Dedah Sebenarnya Sudah Miliki Seorang Anak Lelaki

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 340 hits
Siapa yang minat drama True Beauty mesti kenal dengan penulis webtoon asalnya iaitu Yaongyi Bukan sahaja berjaya menghasilkan naskhah yang mencipta fenomena di luar Korea malah dia juga terkenal kerana kecantikannya dalam dunia sebenar Bahk...
Ini Cara Terbaik Mengawal Telefon Pintar Android Milik Anak Sepanjang Pkp

Ini Cara Terbaik Mengawal Telefon Pintar Android Milik Anak Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 256 hits
Sejak PKP 2 0 berkuat kuasa dan PdPR menggantikan waktu sekolah kami menerima banyak mesej dari ibu bapa yang risau anak mereka menghabiskan terlalu banyak masa menghadap peranti Dalam kes serius ada yang pasrah anak yang mengakses kandunga...
Penatnya Ingatkan Dah Tidur Bila Lepaskan Puting Terus Menangis Ini Cara Nak Bagi Anak Tidur Lena

Penatnya Ingatkan Dah Tidur Bila Lepaskan Puting Terus Menangis Ini Cara Nak Bagi Anak Tidur Lena

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 259 hits
Anak suka mengempeng pada payudara tapi tidak menyusu ialah cabaran buat mama Mereka akan melekap pada payu dara biarpun sudah selesai menyusu sehingga kadangkala ibu tidak mampu berbuat apa apa tugas Ibu mungkin boleh menggunakan cara yang...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian