Tak Perlu Sabun Seluruh Badan Bayi Cukup Hanya Guna Span Mandi Di Sekitar Kawasan Lampin Mulut Paha Dan Pipi


Mempunyai baby comel pasti impian setiap pasangan yang berkahwin, tidak kira sama ada baby comel itu lelaki mahupun perempuan. Namun, dalam keseronokan mendapat baby comel, anda seharusnya tidak mengambil mudah aspek penjagaannya, terutama apabila ia berkaitan dengan kulit, penggunaan produk yang bersesuaian dan masalah kulit yang mungkin dialami oleh baby comel anda.
Keadaan kulit biasa bagi bayi baru lahir Bayi baru lahir mungkin mengalami banyak masalah kulit memandangkan kulit mereka sedang mengadaptasi persekitaran di luar rahim. Jika dirawat dengan betul, kecacatan kulit tersebut akan hilang dari semasa ke semasa dan membentuk kulit yang cantik dan mulus.
Berikut adalah masalah kulit paling biasa dalam kalangan bayi baru lahir:
Milia Disebabkan oleh rembesan kelenjar kulit, benjolan kecil putih atau kuning ini, yang berada pada muka bayi, sebenarnya adalah sista yang diisi dengan keratin dan sebum. Milia juga boleh berlaku di gusi. Berita baiknya adalah keadaan ini akan hilang dalam beberapa hari atau minggu pertama tanpa memerlukan sebarang rawatan. Minyak dan krim boleh memburukkan keadaan tersebut.
Miliaria (juga dikenali sebagai “ruam panas” or “panas berduri”) Berbentuk seperti lepuh kecil diisi cecair (atau nanah) atau benjolan merah di belakang, dada atau ketiak bayi, miliaria disebabkan oleh kelenjar peluh di dalam kulit yang tersumbat. Keadaan ini paling berkemungkinan ditemui di iklim panas dan lembap atau jika bayi dipakaikan pakaian yang terlalu tebal.
Cradle cap (penyakit kulit/dermatitis seboroik) Cradle cap ialah keadaan kulit di mana penghasilan sebum yang terlalu banyak menyebabkan sel-sel kulit melekat, yang secara normalnya, tidak menyebabkan penghasilan tompok kuning berminyak atau keras di kepala bayi.
Jerawat Lebih kurang 30% bayi baru lahir mempunyai jerawat dalam tempoh 4 bulan pertama (kebanyakannya bermula selepas 2 minggu). Pakar percaya bahawa kemunculan benjolan merah atau putih ini adalah disebabkan oleh transmisi hormon ibu kepada bayi. Memandangkan keadaan ini boleh hilang sendiri, tiada keperluan kepada minyak atau krim yang boleh memburukkan lagi keadaan.

Eritema toksikum (secara umumnya disebut sebagai “E tox”) Keadaan ini dicirikan oleh ruam percikan merah (sebahagiannya mempunyai benjolan putih kekuningan di tengah) yang kebiasaannya berada di belakang, muka, dada atau lengan bayi. Berita baiknya adalah ia tidak membahayakan dan kebiasaannya hilang dalam tempoh beberapa bulan.
Tanda lahir Sesetengah tanda lahir hilang dengan sendiri manakala ada juga yang kekal seumur hidup. Tanda lahir yang kerap berlaku ialah:
−Tompok Mongolia: Ia berlaku dalam lebih 90% dari orang Asia, orang asli Amerika, Afrika Amerika dan bayi Hispanik. Ia adalah tanda lahir berwarna hijau kebiruan atau sinar kebiruan yang paling kerap ditemui di belakang atau punggung bayi. Tanda lahir ini adalah berbentuk leper dan kebiasaannya hilang dalam tempoh 2 tahun.
−Tanda lahir gigitan bangau merah jambu: Ini adalah tanda lahir leper berwarna merah jambu yang berlaku di jambatan hidung, di bawah kelopak mata atau di belakang leher. Tanda tersebut boleh dirujuk sebagai “ciuman malaikat” jika ia berada di depan atau “gigitan bangau” jika di belakang.
−Hemangioma infantil (atau strawberi): Diperbuat dari saluran darah, tanda lahir berwarna merah ini bertambah saiz dan ketinggian dari semasa ke semasa. Kebiasaannya bermula antara umur 2-4 minggu. Ia mungkin mengambil masa sehingga 8 tahun untuk hilang jika tidak dirawat.
Penjagaan baby comel: Aspek penjagaan kulit Kulit bayi sentiasa sensitif dan perlu dijaga dengan rapi untuk mengelakkan masalah kulit seperti iritasi, kering, melecet atau ruam. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan untuk mengekalkan kulit baby comel anda dalam keadaan licin, lembut dan mulus.
Memikirkan semula waktu mandi Bagi waktu mandi, anda perlu ingat bahawa:
Anda tidak perlu menyabunkan seluruh badan bayi anda. Gunakan span mandi di sekitar kawasan lampin, mulut, paha dan pipi sudah mencukupi. Pilih pembersih cecair ringan iaitu sabun bebas bau dan pewarna. Jenis ini tidak akan mengeringkan kulit bayi atau menyakitkan mata. Elakkan sabun buku atau mandian buih. Pegang kepala anak anda. Periksa suhu air jika terlalu panas sehingga boleh membahayakan anak anda. Jangan sesekali meninggalkan anak anda semasa mandi. Ia boleh menyebabkan kemalangan yang tidak diingini. Lindungi dari cahaya matahari Jika baby comel anda berusia kurang dari 6 bulan, anda harus cuba melindunginya dari cahaya matahari langsung seboleh mungkin terutamanya antara pukul 10 pagi dan 4 petang iaitu waktu di mana cahaya matahari paling kuat.
Apabila sudah melebihi 6 bulan dan anda perlu keluar di siang hari, anda perlu:
Menutup kulit bayi anda menggunakan topi atau baju lengan panjang dan seluar panjang. Pakaikan mereka cermin mata hitam dengan perlindungan ultraviolet (UV). Gunakan pelindung matahari ke atas kawasan kecil yang mungkin susah untuk dilindungi dengan baju seperti muka dan tangan. Jangan biarkan pelindung matahari bersentuhan dengan mata. Gunakan semula setiap 2 jam atau selepas bayi membuang air kencing.
Pelembap Kulit anda perlu dalam keadaan lembap, begitu juga kulit baby comel anda. Berbanding menggunakan losyen, anda patut fikirkan tentang krim atau salap (ointment)  pelembap bebas pewangi kerana losyen biasa lebih berkemungkinan untuk merengsa kulit bayi yang sensitif. Anda boleh menyapu krim atau salap tersebut selepas memandikan anak anda untuk  mengekalkan kelembutan serta kelicinan kulitnya. Jangan lakukannya dengan kerap. Dua kali sehari mungkin sudah mencukupi jika kulit anak anda agak kering, cuaca sejuk dan kering atau jika anak anda mengalami ekzema.
Melegakan kawasan yang sensitif Kulit di kawasan lampin kebiasaannya basah dan cenderung kepada alahan. Anda boleh melegakan kawasan sensitif ini dengan beberapa tip berikut:
Tukar lampin dengan kerap. Gunakan kain lap atau tisu basah bebas alkohol dan wangian untuk memastikan kawasan terbabit bersih. Biarkan anak anda bebas lampin apabila boleh. Gunakan salap atau krim pelindung seperti jeli petroleum sebelum meletakkan lampin baru. Penjagaan jerawat Perkara terbaik yang anda boleh lakukan adalah dengan memastikan ia sentiasa kering dan bersih dan menahan diri anda dari memecahkan jerawat tersebut kerana ia boleh menyebabkan parut kekal. Jerawat tersebut akan hilang dengan sendiri. Walau bagaimanapun, jika masalah ini berkekalan atau semakin buruk dengan kegatalan dan ketidakselesaan, anda harus meminta nasihat daripada doktor memandangkan ia mungkin disebabkan penyakit kulit lain seperti ekzema.
Penjagaan baby comel: Aspek pemilihan produk Sila berhati-hati dengan pakaian bayi anda Untuk mengelakkan alahan dan ruam, anda harus hanya menggunakan sabun basuh baju yang bebas daripada bau dan pewarna. Jangan lupa untuk basuh baju, sarung tilam dan selimut anak anda secara berkala dan berasingan dari pakaian ahli keluarga yang lain.
Pemilihan produk Produk yang dibuat menggunakan bahan-bahan asli seperti yang ada dalam produk organik adalah selamat untuk bayi kerana tidak mengandungi bahan yang menyebabkan alergi dan toksik. Elakkan daripada membeli produk penjagaan bayi yang mengandungi bahan seperti di bawah:
Bahan kimia berbahaya Silikon Paraben Phthalates Minyak galian Lemak haiwan SLS & SLES Wangian Sebaliknya, semasa memilih produk penjagaan bayi, carilah produk dengan kandungan berikut:
Bebas paraben: Paraben adalah bahan yang sering digunakan untuk membuat pewarna rambut dan kosmetik. Paraben juga merupakan antara bahan pengawet yang merbahaya. Justeru itu, carilah produk yang mengandungi bebas paraben. Bebas kimia: Jika kandungan dalam produk mengandungi air, garam, gula dan berlian, ia adalah dikira sebagai bahan kimia. Selain itu, lihatlah nama-nama kandungan ini; Formaldehyde, DMDM Hydantoin (LS1) dan natrium sulfat- ini juga adalah nama-nama bahan kimia. Vegan: Kandungan vegan dalam sesuatu produk bermaksud produk tersebut bebas daripada lemak haiwan atau sisa haiwan. Panduan memilih produk penjagaan baby comel Produk penjagaan diri bayi yang sering digunakan adalah seperti bedak, losen, minyak urut, salap dan tisu basah. Selain itu, antara produk lain yang perlu diberi perhatian ialah barangan mandian bayi seperti syampu, sabun badan, pencuci baju dan sebagainya.
Bedak– Elakkan menggunakan bedak yang mengandungi talkum atau karsinogen dan carilah bedak yang diperbuat daripada mineral semula jadi dan tanah liat atau tepung jagung. Losen– Jika anda berhasrat untuk memakaikan bayi anda losen, ketahui tujuan anda ingin memakaikan losen pada bayi. Adakah untuk melembapkan kulit bayi atau sebagai pelindung cahaya matahari atau pencegah serangga atau mengubati ruam lampin? Selain itu, pilih losen yang bertindak lembut pada kulit bayi. Kenal pasti kandungan bahan asli yang berkualiti yang dapat melindungi kulit bayi anda. Pilih juga losen yang bebas wangian. Minyak urut– Minyak urut adalah salah satu produk yang perlu ada di rumah. Selain bertujuan untuk mengelakkan kembung perut bayi, minyak urut juga dapat merapatkan jalinan ikatan antara ibu dan bayi. Sesi mengurut bayi sebaik-baiknya dilakukan selepas waktu mandi atau sebelum bayi tidur. Ada minyak urut yang berfungsi untuk melegakan ruam lampin dan menghalang ruam baru daripada tumbuh. Pilih minyak urut yang mengandungi minyak lavender atau rosmeri yang berfungsi untuk memelihara kulit dan melawan bakteria. Selain itu, gabungan dua minyak ini juga boleh memudahkan minyak meresap ke dalam kulit dan mengekalkan lembapan supaya kulit kekal halus dan lembut. Pelindung matahari– Ada ibu bapa yang menggunakan pelindung matahari untuk bayi khususnya jika membawa bayi keluar dari rumah. Walau bagaimanapun, lazimnya pelindung matahari ini dibuat khas untuk bayi seawal usia 6 bulan dan ke atas. Carilah pelindung matahari yang diformulasikan khusus untuk bayi. Kandungannya pula perlulah tidak berminyak atau menyebabkan iritasi pada kulit si manja. Selain itu, pilihlah pelindung matahari yang bersifat bukan-comedogenic (tidak menghalang pori). Syampu– Carilah syampu yang mengandungi emolien yang bertujuan melembapkan kulit kepala bayi, menghalang keguguran rambut di samping merangsang pertumbuhan rambut baru. Pencuci baju / detergen– Pencuci baju atau sabun basuh/ detergen untuk mencuci pakaian bayi perlulah tidak mengandungi bahan kimia. Bayi selalunya mengalami ruam-ruam kecil di sekeliling leher, pergelangan tangan dan beberapa bahagian pada badan. Antara punca ruam pada bayi adalah disebabkan kandungan bahan kimia yang ada dalam sabun pencuci pakaian mereka. The post Tak Perlu Sabun Seluruh Badan Bayi Cukup Hanya Guna Span Mandi Di Sekitar Kawasan Lampin, Mulut, Paha Dan Pipi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-perlu-sabun-seluruh-badan-bayi-cukup-hanya-guna-span-mandi-di-sekitar-kawasan-lampin-mulut-paha-dan-pipi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buang Racun Dalam Badan Guna Garam

Buang Racun Dalam Badan Guna Garam

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 587 hits
Buang racun dalam badan guna garam Tanpa disadari tubuh manusia setiap hari terkena paparan racun baik itu melalui udara yang dihirup maupun melalui makanan dan minuman Tubuh kita terkontaminasi racun tanpa kita sadari Tapi sukurlah karena ...
Jom Cuba Teknik Paling Rare Ni Untuk Tidurkan Bayi Guna 3 Bahan Je

Jom Cuba Teknik Paling Rare Ni Untuk Tidurkan Bayi Guna 3 Bahan Je

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 457 hits
Sudah menjadi lumrah ibu bapa untuk menghadapi dugaan bayi tidak tidur lena dan selalu terjaga Bukan sahaja pada waktu malam tetapi isu bayi tidak tidur lena ini boleh berlaku pada bila bila masa setiap hari Ramai ibu bapa yang mengalami du...
Tertekan Dicerai Suami Ibu Sumbat Air 19 Liter Dalam Mulut Bayi Hingga Maut

Tertekan Dicerai Suami Ibu Sumbat Air 19 Liter Dalam Mulut Bayi Hingga Maut

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 500 hits
Seorang bayi malang berusia 2 tahun menemui ajal ditangan ibunya sendiri selepas dipaksa minum air secara berterusan dalam kejadian yang berlaku di Duri Kepa Kebon Jeruk Jakarta Barat Jumaat lepas Menurut laporan Minews perlakuan berkenaan ...
Rm1000 Sebulan Sudah Cukup Duduk Di Kampung Nak Guna Apa Sangat Calon Ph Tg Piai

Rm1000 Sebulan Sudah Cukup Duduk Di Kampung Nak Guna Apa Sangat Calon Ph Tg Piai

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 391 hits
Pekebun perlu bersyukur harga sawit RM270 satu tan kata calon PH Calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai Karmaine Sardini menasihatkan pekebun kecil tidak mengeluh mengenai kemerosotan harga kelapa sawit Katanya ...
Diduga Dibuang Orang Tuanya Warga Temukan Bayi Di Semak Kawasan Bukit Gombak

Diduga Dibuang Orang Tuanya Warga Temukan Bayi Di Semak Kawasan Bukit Gombak

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 353 hits
Selasa siang warga Bukit Gombak Nagari Baringin Limakaum Tanah Datar digegerkan dengan penemuan seorang bayi yang diduga baru lahir dan dibuang oleh orang tuanya di pinggir jalan kawasan tersebut Penemuan bayi berjenis kelamin perempuan ter...
Gadis 18 Tahun Di Purworejo Melahirkan Sendiri Di Indekos Sumpal Mulut Bayi Taruh Di Lemari

Gadis 18 Tahun Di Purworejo Melahirkan Sendiri Di Indekos Sumpal Mulut Bayi Taruh Di Lemari

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 289 hits
Seorang gadis asal Purworejo telah melakukan perbuatan yang tidak terpuji kepada bayi yang dilahirkannya Gadis bernama Feri Safitri telah tega menghilangkan nyawa bayinya Diketahui Feri Safitri merupakan warga Bakurejo RT 02 RW 02 Kecamatan...
Duterte Mahu Haramkan Plastik Sekali Guna

Duterte Mahu Haramkan Plastik Sekali Guna

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 335 hits
Duterte mahu haramkan plastik sekali guna Dikemas kini 17 minit yang lalu Diterbitkan pada 7 Nov 2019 11 45PM
Zahid Komidi Guna Politik Kebencian Perkauman Di Tg Piai

Zahid Komidi Guna Politik Kebencian Perkauman Di Tg Piai

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 510 hits
Meskipun Barisan Nasional mengakui mereka tidak mengamalkan politik perkauman dengan meletakkan seorang calon dari parti Cina iaitu MCA kenyataan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi pula memperlihatkan sebaliknya Ahmad Zahid di pentas ceramah ...
Pancing Undi Nelayan Guna Dana Kerajaan Salah Alasan Menteri Pula Memalukan Bersih 2 0

Pancing Undi Nelayan Guna Dana Kerajaan Salah Alasan Menteri Pula Memalukan Bersih 2 0

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 282 hits
Seorang pekerja Ismail Salleh dilihat sibuk menyiapkan papan iklan Pakatan Harapan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena kempen Pilihan Raya Kecil P 165 Tanjung Piai di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan Pontian Johor foto HAZROL ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand