Tak Perlu Remehkan Hubungan Umno Pas Kata Syed Saddiq


Haspaizi Zain      PRK SEMENYIH | Menjelang PRK DUN Semenyih, Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa Pakatan Harapan (PH) agar tidak meremehkan hubungan Umno dengan PAS, sebaliknya memberi tumpuan dalam soal khidmat kepada rakyat.

Beliau berkata ini kerana rakyat sendiri ingin melihat PH yang kini mentadbir di peringkat persekutuan menjalankan tanggungjawabnya.

"Kami hormati jalinan antara Umno-PAS (tetapi) paling mustahak apa yang rakyat hendak lihat adalah PH terus berkhidmat kepada rakyat.

"Biar mereka (Umno dan PAS) buat apa yang mereka mahu, tak perlu remeh-temehkan mereka. Khidmat kepada rakyat (adalah) dasar PH," katanya dalam sidang media selepas program Kementerian Belia dan Sukan di Semenyih, hari ini.

Beliau yang juga menteri belia dan sukan diminta mengulas kenyataan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin semalam, yang antara lain berkata PH akan menumpukan isu berkaitan Melayu-Islam yang menurutnya diputar belit pembangkang, dalam PRK itu.

"Pembangkang memutar belit isu Melayu-Islam seolah-olah PH tidak memperjuangkan hak Melayu. Ini salah. Kami akan ambil peluang untuk menjelaskannya secara terperinci," kata Muhyiddin

Penamaan calon bagi PRK DUN Semenyih adalah pada 16 Februari ini, manakala hari mengundi pada 2 Mac.

Ditanya sama ada program itu yang menyediakan tukar minyak hitam percuma untuk motosikal kepada penduduk di Semenyih merupakan 'dedak' kepada pengundi menjelang PRK, Syed Saddiq menafikannya dan berkata ia telah dirancang lama.

"Ada PRK atau tidak saya tetap turun. Dedak? Saya tak bagi wang, ini lebih kepada tanggungjawab pemimpin," katanya.

Berhubung calon yang akan diturunkan, Syed Saddiq berkata pemuda Bersatu ada memberikan nama tetapi menyerahkan kepada Muhyiddin selaku presiden untuk membuat keputusan.

PRK DUN Semenyih diadakan selepas kematian penyandangnya Bakhtiar Mohd Nor, daripada Bersatu, pada 11 Januari lalu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/tak-perlu-remehkan-hubungan-umno-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hubungan Dengan Pas Umno Bermain Api Kata Pemimpin Dap

Hubungan Dengan Pas Umno Bermain Api Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 514 hits
February 1 2019 10 50 AMPemimpin DAP P Ramasamy PETALING JAYA Pemimpin DAP P Ramasamy hari ini mempersoalkan kerjasama antara Umno dengan PAS yang dianggap banyak membantu kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Cameron Highlan...
Dakwaan Pas Tidak Sokong Umno Di Semenyih Helah Alih Perhatian Kegagalan Ph Kata Hishammuddin

Dakwaan Pas Tidak Sokong Umno Di Semenyih Helah Alih Perhatian Kegagalan Ph Kata Hishammuddin

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 498 hits
February 17 2019 6 57 PMHishammuddin dalam program yang dianjurkan PAS dan Umno cawangan Kantan Permai sempena kempen PRK Semenyih SEMENYIH Penerimaan penyokong PAS kepada calon BN dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Semen...
Hubungan Pas Umno Mula Dikhuatiri

Hubungan Pas Umno Mula Dikhuatiri

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 495 hits
Roslan SMS Pemimpin DAP yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan pengganas Tamil LTTE Dr P Ramasamy mendakwa bahawa dalam hubungan PAS dan Umno Umno perlu berwaspada Umno kata Ramasamy is riding the PAS tiger Kononnya Umno mengambil risiko ...
Pas Janji Tak Sokong Umno Di Semenyih Kata Dr M

Pas Janji Tak Sokong Umno Di Semenyih Kata Dr M

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 490 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjanji kepadanya untuk tidak menyokong Umno pada pilihan raya kecil Semenyih kali ini Pengerusi PPBM itu berkata perkara itu dibincangkan dalam pertemuannya deng...
Siasat Penulis Blog Dedah Pas Terima Duit Umno Kata Ph Bachok

Siasat Penulis Blog Dedah Pas Terima Duit Umno Kata Ph Bachok

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 733 hits
BACHOK Pakatan Harapan Bachok semalam membuat laporan polis terhadap pemilik sebuah blog yang mengaku hadir ketika Anggota Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz membuat pengakuan mengenai isu pemimpin PAS menerima dana daripada U...
Syed Saddiq Thanks Pas For Coming To His Aid

Syed Saddiq Thanks Pas For Coming To His Aid

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 426 hits
Youth and Sports Minister Syed Saddiq Syed Abdul Rahman claims he was attacked by Barisan Nasional supporters as he was leaving the nomination centre for the Semenyih by election today The PPBM Youth chief said he was walking to his car sho...
Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh

Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Anggota Komando Pulpak Cedera Semasa Aktiviti Payung Terjun Di Pantai Klebang

Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan

Tidak Mudah Tapi Alhamdulillah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Tabir Jendela 2026 Bermula Selamat Tahun Baru Buat Semua

Hari Bonus 2025 30 12 25

Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025

Program Penurunan Berat Badan Di Kalangan Kakitangan Kesihatan Keberkesanan Cabaran Dan Implikasi Amalan

Permulaan Hari Yang Baik Dengan Hati Yang Bersih

Resipi Kari Ayam Mamak Padu Ala Nasi Kandar Pekat Berempah Berlemak